Monday 13 June 2011

SHOPPING TIME!! *RABBIT'S ACCESSORIES


Oleh kerana dorang dah disyaki menghidap SELESEMA, tak nak la aku bagi air dalam bekas leper lagi, aku nak bagi yang ade nipple supaya kebarangkalian untuk air tu tak masuk hidung dorang bile di minum adalah rendah. 

ni bekas minuman dorang yang leper

Pluss, aku na bli tempat makan yang proper, rabbit litter box, pengepit kuku dan sikat. So on that day, my sis yang cuti bekerja and my little sis yang dah start cuti sekolah pon ikotla. Kami pergi ke jalan pasar, hope dapat cari barang dengan harga yang murah. Gigih dari satu kedai ke satu kedai kami round dan survey, finally dapat la jugak beli barang-barang tersebut. Habis jugak dekat RM100 (nasib baik my sis ade duet lagi..hihi). Ni la contoh barang-barang tu..

bekas makanan lut sinar

rabbit litter box 
**actually rabbit juga boleh di train untuk membuang najis di satu tempat sahaja

pengetip kuku
**lain kali jangan beli jenis camni, lenguh tangan..tapi murah, boleh jimat kos..hihi

sikat dwi permukaan, bergigi halus..

gigi lebih kasar..

Bekas air dan makanan saja aku beli sampai 2 sebab kami nak asingkan dorang after one week, sebab dorang asyik makan bulu masing-masing. FYI, rabbit jenis berbulu panjang tidak boleh dicampurkan (even buck with doe) sebab dorang akan makan bulu pasangan masing-masing sesedap rasa. At last nanti, jadilah rabbit togel. Oleh kerana aku tak nak that bad thing happened, so aku akan asingkan mereka sikit waktu lagi (sebab dorang baru travel jauh, tak nak la pisahkan, kang stress pulak). So selamat ber'shopping' untuk arnab anda!! =)

2 komen:

  1. maaf nk tnye mne nk cr rabbit little box tu eh? Brape rm eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba survay kat pet shop berdekatan..saya dulu pun just try and error,at last baru jumpa kat area jalan pasar,KL ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...