Seperti manusia jugak, nak bagi ubat kat Giorgio dan Tyra niy ade waktunya. Antibiotik dan vitamin tu kene bagi 2 hari sekali. Sukatannya pulak 0.5ml untuk sekali suapan. Kite kene gune picagari yea, memang liat 2 ekor niy nak makan ubat.
antibiotik 0.5ml, 2 kali sehari
vitamin 0.5ml, 2 kali sehari
pastu kita suap kat mulut dorang guna ni..
ubat time for Tyra..die pusing kiri..
pusing kanan pula..memang degil!
**kalau Giorgio time makan vitamin oke je, time antibiotik bukan main mengelak-elak..
pahit kot..hihi
Ubat mata pulak 3 kali sehari, titiskan sekali untuk setiap mata dan sapukan krim mata dengan menggunakan jari anda sampai kene kat semua anak mata. Jangan tonyoh, gunakan kelembutan tahap maksimum anda (klo tak luka yea bebola mata rabbit anda).
sapukan ubat krim..
titiskan ubat titis pula..
So dah bagi ubat, dah sapukan ubat mata, kita bolehlah sikat-sikatkan bulu rabbit anda. Belailah dorang tu sikit.
terlentok je kena belai..
**sila abaikan model inai tu..hihi
Lepas sikat, kita boleh bebaskan die bermain-main dikawasan pokok bunga ibu anda (pastikan dorang tak mengutis dan menjamah pucuk pokok ibu anda, kalau tidak, anda akan terdengar jeritan yang maha hebat dari ibu anda..hihi). Anda perlu tahu, arnab juga punya hati dan perasaan ingin dibelai, dimanja dan sukakan kebebasan..cewah!.
bukan main seronok lagi dapat bergerak bebas
menyelinap di sekitar pasu...
tiba-tiba terhidu bau daunan segar...
takda orang nampak niy, rasa sikitlah...yummy!!
GIORGIO!!!!!!!!
**jeritan dari dalam rumah kedengaran
terus lari menyorok kat celah pasu..hihi, tahu pun takot..
Eh mana Tyra ni? Ralit dengan Giorgio lupa lak kat Tyra..Tyra..Tyra..
tu dia..dok riang-ria berlari-lari..
bukan main gembira dia sampai main dalam rumah..berani nampak..
**ni tak kena jerit lagi tu yang berani tu..
Macam tula gelagat arnab-arnab ni lepas makan ubat dan dibebaskan dari kurungan. Boleh jadi leka tengok dorang bergembira. Mahu rasa pengalaman tu, cubalah pelihara arnab sendiri.. =)
No comments:
Post a Comment