Showing posts with label grooming. Show all posts
Showing posts with label grooming. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

UBAT HAMA, KELIMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES


Entry yang lepas ada sayasukaarnab sebutkan tentang suatu ubat yang mampu berfungsi sebagai penghilang kelimumur arnab (rujuk HAMA, KELIMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES). So hari ini sayasukaarnab nak kongsikan dengan pencinta arnab di luar sana tentang produk yang telah sayasukaarnab gunakan dan didapati berkesan untuk membunuh kelimumur dalam kalangan arnab (sebab actually kelimumur ni kan sejenis hidupan yang digelar ‘walking dandruff’ oleh orang Barat). Produk tersebut adalah Fungus Killer (fungus spray for pets) keluaran Dr Bunny.

inilah rupa bentuk produk Fungus Killer tersebut
*pic kredit kepada CME Rabbitry

Didatangkan dalam bungkusan kotak kecil warna biru putih dan dalam kotak tersebut terdapat sebotol spray warna putih yang mengandungi cecair fungus killer ni. Cecair tersebut bewarna putih jernih dan anda tidak perlu risau akan warna bulu arnab kesayangan anda terjejas. Semburlah banyak mana pun, tiada kesan warna yang akan melekat pada bulu arnab. Sayasukaarnab pun biasa semburkan pada Tyra (arnab baka teddy bear bewarna ruby eyed white (REW)), tak pernah terkesan pun pada bulunya.

Tyra REW teddy bear rabbit

Bagi pencinta alam, jangan risau. Cecair tersebut adalah 100% ekstrak tumbuhan semulajadi dan bebas daripada alkohol mahupun toksid. Senang cerita produk ini memang mesra alam dan mesra haiwan. Fungsi utamanya ialah untuk merawat kulat dan kuman pada haiwan kecil sahaja. Contohnya seperti chinchillas, guinea pig, hamsters dan pastinya arnab. Kekerapan penggunaannya pula adalah bergantung pada keperluan arnab tersebut. Seeloknya gunakanlah secara kerap mahupun secara rutin. Tetapi perlu diingat, semakin tinggi kekerapan penggunaan, maka semakin cepat jugalah cecair tersebut berkurangan. Perlu disarankan, penggunaan produk ini adalah secara luaran. Tetapi jika arnab anda menjilat dibahagian yang disemburkan tadi, jangan risau kerana produk ini kan mesra alam, maka tiada kesan sampingan yang membahayakan. Jika tersembur pada bahagian mata pula, cuci segera bahagian mata haiwan yang terkena agar tidak berlaku  rengsa. Itu sahaja, mudah bukan.

So jika ada pencinta arnab diluar sana yang ingin menggunakan produk ini, sila pastikan baca dahulu arahan pada label kotak sebelum menggunakannya. Anda juga boleh dapatkan produk ini daripada kedai haiwan yang berhampiran mahupun rakan pencinta arnab seperti CME Rabbitry. Selamat mencuba =)



Thursday, 14 March 2013

HAMA, KELEMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES



Pernahkah anda melihat keruping-keruping putih seakan kelemumur di sekitar tengkuk, telinga mahupun dicelah-celah helaian bulu arnab anda?

ni keruping di sekitar bahagian hujung cuping telinga. kurang jelas bukan? 
tidak mengapa, sila lihat gambar dibawah...


haaa... inilah contoh keruping yang dimaksudkan. ni memang dah banyak ni, kadang kala keruping ini wujud dalam kuantiti yang sedikit... 
*pic tanx google


Macamana, adakah arnab anda mempunyai masalah keruping tersebut? Jika jawapan anda adalah ‘Ya’, maka anda perlu bertindak segera kerana arnab anda telah dijangkiti hama atau lebih dikenali dengan panggilan ‘walking dandruff’.

ni merupakan contoh ilustrasi hama 'walking dandruff' tersebut. 
*pic tanx google

Terdahulu, sayasukaarnab juga sering dilanda masalah ini berikutan kebanyakan my beloved bunnies adalah daripada kategori berbulu panjang. Jadi jika tidak sering di grooming dan dipantau, plus dengan climates Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, maka ‘kelemumur’ ini akan mudah berkoloni dibadan arnab anda. Tapi, jangan ingat arnab berbulu panjang sahaja yang berpotensi dijangkiti hama, malahan semua jenis arnab termasuklah kucing dan juga anjing boleh dihinggapi hama tersebut.

Antara simptom-simptom ketara yang ditunjukkan oleh arnab anda jika mengalami masalah hama ini adalah seperti berikut:

  1. Terdapat kepingan-kepingan putih seakan kelemumur dimana-mana bahagian anggota tubuh arnab. Selalunya terdapat di belakang tengkuk dan juga telinga arnab. Hakikat keruping itu merupakan sel kulit mati arnab yang menjadi tempat bersarangnya hama-hama tersebut.

  1. Berlaku keguguran bulu dibahagian yang diserang hama tersebut. Keguguran bulu ini tidaklah ketara seperti botak, namun dikawasan yang dijangkiti hama itu akan memiliki bulu yang jarang, sedikit dan pertumbuhan bulu baru adalah lambat. Hal ini adalah berbeza dengan situasi arnab yang mengalami proses pertukaran bulu atau molting secara semulajadi. Molting yang biasa akan berlaku mengikut perubahan makanan, tumbesaran dan usia arnab anda serta berlaku dikeseluruhan bahagian anggota tubuh arnab.

  1. Arnab akan kerap menggaru dibahagian tersebut. Contohnya jika terdapat ’kelemumur’ dibahagian telinga, maka arnab akan dilihat kerap menggaru telinganya. Hati-hati, jika arnab menggaru sesuatu anggotanya dengan kerap, luka boleh terjadi. Hal ini hanya akan menyebabkan hama melarat dan mungkin merebak ke bahagian lain tubuh arnab yang tidak dirawat.


Jadi, arnab anda yang mempunyai masalah tersebut perlu dapatkan rawatan segera kerana masalah hama ini AMAT SUKAR DI ATASI! Ya, sayasukaarnab sendiri mengambil tempoh masa yang panjang demi mencari rawatan yang sesuai dan menghapuskan hama tersebut. Memetik kata-kata saudara Tim daripada Tru-Luv Rabbitry, ”Hama ini sukar dihapuskan dan mungkin akan kekal selamanya di tubuh arnab yang dijangkiti. Penawarnya hanyalah rawatan yang berterusan”. Lantaran itu, sayasukaarnab ingin berkongsi bersama pencinta arnab semua ubat yang boleh mengurangkan, sekali gus menghapuskan hama atau ’walking dandruff’ yang mengganggu arnab semua. Mahu tahu apakah ubat itu? Bagaimana pula cara-cara untuk mengaplikasikannya? Nantikan kemunculan entry yang seterusnya dalam sayasukaarnab .blogspot.com.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan juga arnab tersayang =)



Thursday, 22 November 2012

CARA-CARA POTONG KUKU ARNAB



Sepertimana kebanyakkan haiwan peliharaan lain, arnab juga perlu di grooming agar kesihatan dan kecantikkannya kekal terpelihara. Tambahan pula, sebagai haiwan kesayangan daripada spesis yang menggorek tanah, kuku arnab akan sentiasa tumbuh memanjang. Jadi jika tidak dipotong, kuku arnab yang terlalu panjang akan menyebabkan kecederaan kepada manusia jika dicakar. Namun, sayasukaarnab sering mendengar rintihan sesetengah individu yang mengatakan, ”Takutlah potong kuku arnab. Takut kena cakar”, ”Susahlah nak potong kuku arnab, saya tak tahu”, dan ”Boleh ke potong kuku arnab? Arnab ok ke?”. Oleh itu, sayasukaarnab ingin menunjukkan kepada semua cara-cara untuk memotong kuku arnab. Dalam entry terdahulu iaitu MARI MENCANTIKKAN ARNAB, saya sukaarnab telah meuar-uarkan kepada pencinta arnab agar memotong kuku arnab supaya tidak luka apabila dicakar. Kini, tutorial melalui video akan lebih memudahkan semua untuk mempelajari cara-cara memotong kuku arnab dengan betul, mudah dan selamat. Selamat menonton.




Mudah bukan? Jadi tunggu apa lagi? Potonglah kuku arnab anda semua, agar arnab sihat, cantik dan kemas sentiasa. Selamat mencuba.



Saturday, 9 July 2011

CARA-CARA MENYIKAT BULU ARNAB


Sememangnya di akui kerja-kerja menyikat bulu arnab adalah kerja yang paling kerap perlu dilakukan dalam aktiviti grooming arnab anda (terutamanya arnab yang memiliki bulu yang panjang). Cara-caranya :

1)     Sediakan arnab anda, helaian surat khabar dan penyikat bulu arnab atau kucing yang boleh dibeli dimana-mana pet shop. Saya memilih sikat dwi permukaan iaitu satu bahagian bergerigi halus dan rapat-rapat (untuk meleraikan kekusutan bulu), manakala permukaan satu lagi memiliki gigi sikat yang lebih kasar (untuk menarik sisa-sisa bulu yang tertanggal).

fuyyoo Tyra jadi model (nasib arini kurang agresif..kalau tak, tukar model lain..hihi)

2)     Letakkan arnab anda di atas surat khabar yang sudah dibentangkan.

letakkan Tyra atas old news paper..

3)  Ambil sikat, dan sikatlah bulu arnab anda dengan permukaan yang bergigi halus. Seterusnya ulang langkah ini dengan menggunkan permukaan bergigi kasar.

sikat guna sikat bergigi halus dan rapat..

diikuti dengan sikat berbulu kasar untuk menarik bulu-bulu yang berlebihan

4)     Hasilnya, bulu arnab kembali terurus (iklan syampoo ke? Hihi).

fewwhhiitt cun lah Tyra..(lepas niy mesti Giorgio tergoda punya! hihi)

Tuesday, 21 June 2011

MARI MENCANTIKKAN ARNAB



Sedar mahupun tidak, arnab yang berbulu panjang memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikemascantikkan. Percaya atau tidak? Jawapannya adalah ya anda patut percaya kerana ini bukan mitos, namun ada kebenarannya. Hal ini kerana bulu arnab yang panjang perlu disikat dengan kerap untuk mengelakkan gumpalan, perlu dimandi dan dibubuh bedak khas supaya tidak berkelemumur (jangan tak tahu arnab berbulu panjang juga ada kelemumur) dan kuku arnab juga perlu dikerat supaya bila die meronta-ronta ketika disikat, tangan kita tak la luka (tangan aku pon pernah luka kene cakar arnab masa kat rabbittary yang aku pergi survey dulu). Hihi. Oke, just check it out! =)


Sebelum disikat (serabai je..)

Selepas disikat (kemas je..barulah comel!)

Sebelum kuku kene gunting (panjang! Kalau kene cakar boleh berdarah niy)

Selepas diketip kuku (hujung kuku dah tumpul sikit)

Begitulah bulu dan kuku dorang lepas di grooming kan. Jangan ingat kucing dan anjing sahaja yang memerlukan perkhidmatan 'kecantikan' ini, arnab pon nak juga, tak mau kalah. Hihi. Jadi buat pencinta arnab sekalian, jangan lupa untuk mencantikkan arnab anda semua. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...