Showing posts with label mini rex. Show all posts
Showing posts with label mini rex. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

ARNAB MINI REX JUNIOR UNTUK DIJUAL



Terdapat beberapa anak arnab Mini Rex ingin dijual kepada individu yang berminat. Berikut merupakan antara arnab tersebut:


Breed: Mini Rex
Color: Broken Blue
Sex: Doe
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal
SOLD


Breed: Mini Rex
Color: Broken Blue Otter
Sex: Buck
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal
SOLD



Breed: Mini Rex
Color: Broken Opal
Sex: Buck
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal



Arnab Mini Rex ini dijaga dengan baik daripada segi pemakanan dan penjagaan sehari-hari. Sayasukaarnab memberikan pellet Cargill, alfalfa hay dan timothy hay sebagai makanan. Manakala, vitamin neurovit diberikan sebagai supplement kepada anak arnab tersebut. Arnab tersebut dijamin 100% terhindar daripada sebarang penyakit dan berada dalam keadaan yang terbaik. Jika berminat untuk bertanya berkaitan harga dan maklumat lain-lain, sila maklumkan kepada sayasukaarnab melalui ruangan komen mahupun di facebook Sayasukaarnab Blogspot. Selamat memelihara arnab.



Sunday, 23 December 2012

ARNAB MINI REX UNTUK DIJUAL



Saban tahun bilangan arnab sayasukaarnab semakin meningkat. Tambahan pula penghujung sesi tahun 2012 ini memperlihatkan banyak kelahiran arnab yang berjaya dikembangbiakkan. Lantaran kekangan kawasan dan masa untuk memelihara arnab dalam kapasiti yang banyak, sayasukaarnab perlu melepaskan beberapa ekor induk mini rex yang sedia ada dengan kadar segera. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan mana-mana arnab yang ingin dijual, sila hubungi sayasukaarnab melalui blog mahupun facebook Sayasukaarnab Blogspot. Hanya minimum adoption fees perlu dibayar pembeli ataupun sayasukaarnab terima mana-mana swap dengan pellet arnab kerana sayasukaarnab perlu mengosongkan sangkar dengan segera demi keselesaan anak-anak arnab yang kian membesar. Berikut merupakan arnab mini rex yang ingin dilepaskan kepada yang berminat:

Breed: Mini Rex
Color: Black
Sex: Buck
Sire: MR Tort
Dam: MR Opal
Pedigree: Non


Breed: Mini Rex
Color: Tortoise
Sex: Buck
Sire: MR Black
Dam: MR Black
Pedigree: Non


Jika berminat, sila maklumkan sayasukaarnab dengan segera untuk mengetahui minimum adoption fees atau pellet untuk di swap. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia berdasarkan rundingan dan adoption fees atau pellet untuk di swap tidak termasuk kos penghantaran. Selamat memelihara arnab =)



Thursday, 22 November 2012

CARA-CARA POTONG KUKU ARNAB



Sepertimana kebanyakkan haiwan peliharaan lain, arnab juga perlu di grooming agar kesihatan dan kecantikkannya kekal terpelihara. Tambahan pula, sebagai haiwan kesayangan daripada spesis yang menggorek tanah, kuku arnab akan sentiasa tumbuh memanjang. Jadi jika tidak dipotong, kuku arnab yang terlalu panjang akan menyebabkan kecederaan kepada manusia jika dicakar. Namun, sayasukaarnab sering mendengar rintihan sesetengah individu yang mengatakan, ”Takutlah potong kuku arnab. Takut kena cakar”, ”Susahlah nak potong kuku arnab, saya tak tahu”, dan ”Boleh ke potong kuku arnab? Arnab ok ke?”. Oleh itu, sayasukaarnab ingin menunjukkan kepada semua cara-cara untuk memotong kuku arnab. Dalam entry terdahulu iaitu MARI MENCANTIKKAN ARNAB, saya sukaarnab telah meuar-uarkan kepada pencinta arnab agar memotong kuku arnab supaya tidak luka apabila dicakar. Kini, tutorial melalui video akan lebih memudahkan semua untuk mempelajari cara-cara memotong kuku arnab dengan betul, mudah dan selamat. Selamat menonton.




Mudah bukan? Jadi tunggu apa lagi? Potonglah kuku arnab anda semua, agar arnab sihat, cantik dan kemas sentiasa. Selamat mencuba.



Saturday, 26 May 2012

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *MIRANDA, ARNAB MINI REX BERANAK



Dalam entry lepas iaitu VITAMIN UNTUK ARNAB *NEUROVIT, sayasukaarnab ada memberitahu tentang kebaikan penggunaan multivitamin tersebut. Kesan ketara penggunaan multivitamin ini ialah dapat dibuktikan melalui kelahiran sulung Miranda Eve telah berjaya. Pada 19 Mei 2012 yang lepas, Miranda telah melahirkan 4 ekor kits (1 mati ketika dilahirkan). Hal ini pastinya amat dinantikan sayasukaarnab dan keluarga, sementelah kelahiran Luna yang lalu tidak berjaya diselamatkan.

Seawal hari ke-23 bunting, Miranda telah bersedia menyusun hay di suatu sudut sangkarnya. Bulu badannya turut dicabut sedikit demi sedikit. Hal ini telah menjadikan sayasukaarnab sedikit gusar kerana hal ini terlalu awal untuk seekor arnab bersedia untuk beranak. 

sedia mengangkut hay untuk disusun menjadi sarang

mencabut bulu badan

Setelah pemberian multivitamin Neurovit, Miranda ternyata lebih santai dan tidak terlalu stress. Biarpun nestbox diletakkan dalam sangkarnya pada hari ke-29 bunting, tiada langkah-langkah persediaan untuk melahirkan pula dilakukannya. Sedikit masa diambil, barulah Miranda memulakan tugasnya menyusun hay dalam nestbox. Kemudiannya pada hari ke-30 bunting, barulah bulu badannya dicabut sepenuhnya. 

hay disusun dalam nestbox

barulah penuh nestbox dengan gumpalan bulu

Sayasukaarnab menjangkakan untuk Miranda beranak pada hari ke-30 mahupun pagi hari ke-31, namun setelah puas menanti, masih tiada hasil. Tup, tup, kits dilahirkan pada 1.15 tengahari pada hari ke-31 bunting.

ketika baru beberapa minit beranak..kits paling kiri mati ketika dilahirkan

Mujur 3 daripada 4 kits yang dilahirkan selamat. Takut juga sayasukaarnab anak yang dilahirkan stillborn (sepertimana yang terjadi kepada Selita tempoh hari) mahupun anak tidak boleh keluar sebab besar kerana inilah pertama kali Miranda beranak.

kits yang mati, sempurna, sederhana saiznya (macam yang lain-lain) dan mungkin mati kerana dilahirkan paling akhir

Sayasukaarnab turut meragui kemampuan Miranda untuk menjaga dan menyusui anaknya dengan baik kerana merupakan induk muda, kurang pengalaman dan saiz badannya kecil. Namun, apa-apa yang dirunsingkan dapat diuraikan kerana sehingga hari ini, anak-anak Miranda montel-montel hasil jagaannya. Bagi memastikan bekalan susu Miranda sentiasa ada dan tidak stress, sayasukaarnab senantiasa memastikan pellet, alfalfa hay dan oat sentiasa ada dalam sangkarnya. Begitu juga Neurovit akan diberikan 0.5ml diwaktu pagi dan 0.5ml diwaktu malam. Hal ini bagi memastikan tubuh Miranda sentiasa dibekalkan dengan nutrien, vitamin dan tenaga yang cukup.

selepas seminggu dijaga Miranda Eve

bulat-bulat semuanya =)


Semoga anak-anak Miranda ini akan terus membesar dengan jayanya. Bagi pengetahuan semua, dalam bulan Mei ini, bukan sahaja Miranda berjaya melahirkan kits, malahan terdapat lagi seekor arnab teddy bear yang sudah pun melahirkan anaknya. Nantikan kisah generasi ke-2 arnab teddy bear dalahttp://sayasukaarnab.blogspot.com/. =)


Saturday, 21 April 2012

MINI REX BUCK RABBIT


Name  :  Marc Klien
Breed  :  Mini Rex
Gender  :  Buck
Date of Birth  :  15 August 2011
Colour  :  Black Tortoise
Group  :  Senior






Thursday, 19 April 2012

NEW MINI REX DOE RABBIT


Name  :  Miranda Eve
Breed  :  Mini Rex
Gender  :  Doe
Group  :  Junior






Friday, 6 April 2012

OPAL MINI REX


Baka arnab mini rex terdiri daripada pelbagai warna. Antara warna yang telah diiktiraf oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA) ialah blue (kelabu kebiruan), blue eyed white (putih bermata kelabu), broken (bertompok), castor (perang mahogoni), chinchilla (campuran hitam dan putih mutiara), chocolate (keperangan), himalayan (putih kehitaman dibahagian telinga, hidung, kaki dan ekor), lilac (sederhana kebiruan), lynx (jingga pudar), opal, otter (warna asas dengan tan dibahagian bawah badan, rahang, ekor), red (jingga kemerahan), sable point (perang muda kehitaman dibahagian telinga, hidung, kaki dan ekor), seal (perang dan kepudaran dibahagian bawah badan dan rahang), tortoise (jingga terang keperangan) dan white (putih).

Menerusi projek penyelidikan dan pembangunan yang telah dijalankan dalam dunia arnab, terdapat beberapa warna baru telah diiktiraf oleh ARBA. Antaranya ialah sable, smoke pearl, silver marten dan tan mini rex.

Bagi warna opal untuk mini rex, bahagian tubuh atasnya harus berwarna sederhana kebiruan. Dibahagian sisinya pula berwarna sedikit perang pudar dengan campuran kelabu kebiruan dibahagian bawah warna perang pudar tersebut. Manakala dibahagian bawah badan, ekor, rahang, dalam telinga dan persekitaran mata haruslah berwarna perang pudar (krim). Mata arnab mini rex opal berwarna kelabu kebiruan.

opal mini rex, cantik bukan? =)

Lantaran kerana keunikan warna opal ini, sayasukaarnab seakan tertarik untuk memilikinya sebagai salah satu koleksi terbaharu sayasukaarnab. Adakah sayasukaarnab akan berjaya memiliki arnab mini rex bewarna opal? Sentiasa nantikan entry terbaharu dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/. Selamat membaca =)


Saturday, 31 March 2012

R.I.P LUNA VERUSHKA DUCHESS (MINI REX DIED)


Tanggal 28 Mac 2012 menyaksikan Luna Verushka Duchess, seekor arnab mini rex berusia 9 bulan telah pergi selamanya. Dipelihara semenjak usia 2 bulan, Luna tidak pernah mendatangkan sebarang masalah kepada sayasukaarnab. Hanya masa yang minima diperlukan untuk memeliharanya iaitu grooming 3 hari sekali (menggunakan sikat berus) dan makan apa-apa sahaja jenis makanan arnab yang diberi. Kemudian apabila menginjak usia matang, Luna dipasangkan dengan Marc Klien, seekor mini rex tort. Diharapkan pasangan ini mampu membiakbakakan mini rex disini. Sayangnya, tanpa sebarang baka yang diperturunkan dan sedang berada dalam keadaan sarat bunting (due date), Luna mati tanpa sempat melahirkan. Walaupun sayasukaarnab membawanya berjumpa dengan vet (biar pun ketika itu klinik haiwan telah pun tutup dan memerlukan sayasukaarnab mencari dan mengetuk rumah vet), tetapi tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan lagi. Tubuh Luna telah pun terkujur kaku.

Biarpun ajal yang bakal menimpa Luna ini seakan dapat dihidu sayasukaarnab sedari awal, namun sayasukaarnab tetap menjaga Luna sebaik yang mungkin. Pada 24 Mac 2012, Luna telah menunjukkan tanda-tanda due date iaitu tidak mahu makan dan asyik berehat. Bagi sayasukaarnab itu sememangnya suatu kemestian bagi arnab yang menanti masa untuk melahirkan anak. Namun hari berganti hari, sehingga ke tanggal 26 Mac 2012 Luna masih tidak melahirkan anak dan tidak mahu menjamah sebarang makanan sehinggakan tubuhnya semakin kurus mencekung. Paling ketara adalah pada tubuhnya yang dahulu munggil, kini kurus (sehingga dapat dilihat ruas-ruas tulang selangkanya) dengan perut yang memboyot. Akhirnya, sayasukaarnab mengambil keputusan untuk menyuapkan oat yang dibancuh menggunakan picagari kepada Luna.

Diharapkan, sekurang-kurangnya dengan adanya oat ini dapat membekalkan tenaga kepada Luna agar terus bertahan sehingga melahirkan anak. Tidak kira siang dan malam, Luna sentiasa akan dipastikan mendapat oat yang secukupnya. Bangun sahaja daripada tidur, sangkar Lunalah yang akan dituju dahulu. Puas Luna dibelek itu dan ini diberikan itu dan ini, barulah sayasukaarnab lakukan rutin kerja seperti selalu. Pulang daripada sekolah, sangkar Luna jugalah yang dituju. Usai dibelek dan diberikan makan, barulah sayasukaarnab lakukan tugas lain. Setiap sejam sekali, sayasukaarnab pasti akan menjengah sangkar Luna untuk memastikan Luna berada dalam keadaan yang baik. Tengah malam sebelum sayasukaarnab tidur, Luna jugalah yang dilihat dahulu. Boleh dikatakan pada hari-hari terakhir Luna di rumah ini, rutin hidup sayasukaarnab telah berubah. Luna menjadi keutamaan, segala-galanya tentang dia. Namun sudah ketentuan-Nya, Luna pergi juga tanpa sempat melahirkan anak. Pada saat Luna ingin pergi, tiada apa-apa lagi yang diharapkan sayasukaarnab selain mahu melihat dia pergi dengan keadaan yang aman dan tenteram. Biarlah jasad Luna disemadi, namun segala sejarah Luna akan terus terpahat disini. Semoga Luna bersemadi dengan tenang di sana.

Video berikut merupakan momen terakhir Luna Verushka Duchess bersama sayasukaarnab. Perut Luna yang sarat dapat dilihat dengan jelas kerana rakaman ini dilakukan pada malam sebelum Luna menemui ajalnya.

Setidak-tidaknya dengan adanya video ini, terubatlah rindu sayasukaarnab pada Luna kelak. Sayonara Luna =(


*Terima kasih yang tidak terhingga kepada para blogger dan penternak arnab yang sudi menjadi tempat rujukan sayasukaarnab sepanjang proses merawat Luna. Semoga dengan adanya bantuan daripada kalian akan dapat membantu sayasukaarnab untuk menjadi pencinta arnab yang lebih berkualiti dan tabah kelak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...