Showing posts with label kits. Show all posts
Showing posts with label kits. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

ANAK ARNAB MIX TEDDY BEAR



Pengujung tahun lepas, sayasukaarnab telah join suatu gathering yang berkaitan arnab yang telah dianjurkan oleh group fb Bunny’s Journal (kalau nak tahu tentang gathering tu, boleh bace kat link ni BUNNY'S JOURNAL GATHERING 2012). Pada masa tu jugalah sayasukaarnab telah memenangi seekor arnab baka campuran ataupun digelar ‘mongrel’ dalam kalangan pencinta arnab. Arnab tersebut telah diberi nama Pinky (nama ni pun ada kaitan dengan gathering tersebut, hehe). Setelah sekian lama memelihara, akhirnya Pinky dimatingkan dengan Giorgio (arnab Teddy Bear) dan berjaya melahirkan 5 ekor kits, yeayyy! Dengan penjagaan yang sempurna oleh Pinky, akhirnya kits tersebut membesar menjadi arnab yang comel. Hurm, nampaknya mesti pencinta arnab di luar sana nak tengok rupa bentuk kits2 Pinky+Giorgio kan? So ini antara pics arnab-arnab tersebut yang sempat sayasukaarnab rakamkan.







Haaa, comel bukan? Sememangnya diakui kecomelan mereka semakin hari semakin bertambah, bulu pun makin lama makin gebu dan kelincahan pun turut berganda. Nasiblah ada ahli keluarga sayasukaarnab yang turut membantu menguruskan arnab-arnab ni, haish kalau ikutkan seorang je, pasti tak menang tangan dibuatnya. So sehingga bertemu lagi dengan entry yang lebih terkini dan baharu dalam sayasukaarnab.blogspot.com =)




Tuesday, 5 February 2013

ARNAB MINI REX JUNIOR UNTUK DIJUAL



Terdapat beberapa anak arnab Mini Rex ingin dijual kepada individu yang berminat. Berikut merupakan antara arnab tersebut:


Breed: Mini Rex
Color: Broken Blue
Sex: Doe
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal
SOLD


Breed: Mini Rex
Color: Broken Blue Otter
Sex: Buck
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal
SOLD



Breed: Mini Rex
Color: Broken Opal
Sex: Buck
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal



Arnab Mini Rex ini dijaga dengan baik daripada segi pemakanan dan penjagaan sehari-hari. Sayasukaarnab memberikan pellet Cargill, alfalfa hay dan timothy hay sebagai makanan. Manakala, vitamin neurovit diberikan sebagai supplement kepada anak arnab tersebut. Arnab tersebut dijamin 100% terhindar daripada sebarang penyakit dan berada dalam keadaan yang terbaik. Jika berminat untuk bertanya berkaitan harga dan maklumat lain-lain, sila maklumkan kepada sayasukaarnab melalui ruangan komen mahupun di facebook Sayasukaarnab Blogspot. Selamat memelihara arnab.



Friday, 26 October 2012

UBAT CIRIT-BIRIT ANAK ARNAB



Kebelakangan ini, beberapa pertanyaan diajukan oleh pencinta arnab di luar sana kepada sayasukaarnab mengenai ubat cirit-birit yang sesuai untuk anak arnab. Setakat ini, sayasukaarnab tidak berapa pasti ubat yang paling sesuai untuk diberikan kepada anak arnab yang cirit-birit kerana sayasukaarnab masih belum mengalami masalah sedemikian. Walaupun begitu, menerusi rujukan daripada breeder dan pencinta arnab yang lebih berpengalaman, sayasukaarnab telah menemui beberapa bahan yang sesuai bagi mengatasi masalah cirit-birit anak arnab.

Jikalau anak arnab baru sahaja diserang cirit-birit, cuba berikan minuman kultur hidup seperti Yakult atau yogurt natural menggunakan picagari. Cukup dengan memberikan sedikit demi sedikit, kuantitinya bergantung kepada usia anak arnab. Yakult atau natural yogurt berkesan kerana mengandungi kultur hidup (bakteria baik) yang mampu melawan patogen (bakteria jahat) untuk menstabilkan kembali ph perut anak arnab.

natural yogurt

picagari


Manakala jika berterusan, gunakanlah pil chi kit teck aun tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Cukup sekadar 2-3 biji dan dihancurkan bersama air suam dan diberikan kepada anak arnab menggunakan picagari. Pil chi kit teck aun mengandungi arang yang mampu menutralkan ph perut anak arnab, malahan juga arnab dewasa.

pil chi kit teck aun


Tetapi jika ingin gunakan bahan secara alami, bolehlah dicuba pucuk jambu batu. Ambillah pucuk jambu batu dan dihancurkan bersama air suam dan diberikan kepada kits menggunakan picagari. Pucuk jambu batu dipercayai mampu menyembuhkan masalah cirit-birit bukan sahaja arnab, tetapi juga manusia itu sendiri. Bagi langkah ini, disarankan agar pencinta arnab berhati-hati kerana pucuk jambu batu (daun hijau) masih asing terhadap perut anak arnab. Maka penggunaannya haruslah diawasi.

pucuk jambu batu


Itu sahaja. Segala proses pemberian ubat cirit-birit anak arnab haruslah dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Ingat, kuantiti ubatan tersebut juga perlu bergantung kepada usia dan berat anak arnab. Selamat mencuba.


*segala gambar adalah ehsan Google. Terima kasih Google.


Wednesday, 8 August 2012

ANAK ARNAB MATI


Bulan Jun dan Julai 2012 telah berlalu meninggalkan sayasukaarnab dengan memoir yang pelbagai warna. Hakikatnya, menerusi pengalaman inilah sayasukaarnab mengatasi kelemahan dan mempelajari ilmu baharu untuk meningkatkan kualiti pemeliharaan arnab yang lebih baik. Sepanjang 2 bulan tersebut, Tyra, Selita dan Istabella (teddy bear rabbit) telah berjaya melahirkan anak-anak yang pastinya cukup menggembirakan sayasukaarnab. Tyra beranak sebanyak 3 ekor kits, Selita 2 ekor kits dan Istabella 2 ekor kits. Bukankah jumlah ini cukup banyak buat pencinta arnab kecil-kecilan seperti sayasukaarnab? Ya, ternyata sayasukaarnab cukup gembira dan tak menang tangan dibuatnya dengan kelahiran kali ini.

Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan. Tidak tahu pucuk pangkalnya, Tyra yang sedia berpengalaman melahir dan menjaga anak telah kematian anaknya satu demi satu selang beberapa hari beranak. Ada yang mati tidak menyusu, terbelit bulu induknya dan juga mati dipijak Tyra. 

Tyra's kits di hari ke-3 kelahiran

Kesedihan ini berterusan apabila kelahiran Istabella yang buat julung kalinya tidak berjaya, keseluruhan anaknya mati sedari awal kelahiran. Berlainan pula dengan Selita. Seekor anaknya mati sejak dilahirkan dan seekor lagi hidup tetapi tidak mahu dijaga olehnya. Sayasukaarnab mengambil langkah untuk mengasingkan anak tersebut dan dijaga dengan begitu rapi. Susu diberikan secara manual dengan menumpang susu Miranda (senior doe mini rex). Namun sudah ketentuan-Nya, pada hari ke-6 anak tersebut turut mati.

anak Selita yang mati

anak Selita yang hidup, namun sehingga hari ke-6 sahaja

Maka, keseluruhan kelahiran pada musim ini tidak menjadi. Sehingga saat ini, sayasukaarnab  mengambil keputusan merehatkan kesemua buck dan doe agar rabbits tersebut akan dapat lebih bersedia untuk kelahiran musim yang seterusnya. Semoga pencinta arnab diluar sana dapat mendoakan kejayaan sayasukaarnab yang lebih gemilang kelak. Sehingga berjumpa lagi dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/.


Saturday, 26 May 2012

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *MIRANDA, ARNAB MINI REX BERANAK



Dalam entry lepas iaitu VITAMIN UNTUK ARNAB *NEUROVIT, sayasukaarnab ada memberitahu tentang kebaikan penggunaan multivitamin tersebut. Kesan ketara penggunaan multivitamin ini ialah dapat dibuktikan melalui kelahiran sulung Miranda Eve telah berjaya. Pada 19 Mei 2012 yang lepas, Miranda telah melahirkan 4 ekor kits (1 mati ketika dilahirkan). Hal ini pastinya amat dinantikan sayasukaarnab dan keluarga, sementelah kelahiran Luna yang lalu tidak berjaya diselamatkan.

Seawal hari ke-23 bunting, Miranda telah bersedia menyusun hay di suatu sudut sangkarnya. Bulu badannya turut dicabut sedikit demi sedikit. Hal ini telah menjadikan sayasukaarnab sedikit gusar kerana hal ini terlalu awal untuk seekor arnab bersedia untuk beranak. 

sedia mengangkut hay untuk disusun menjadi sarang

mencabut bulu badan

Setelah pemberian multivitamin Neurovit, Miranda ternyata lebih santai dan tidak terlalu stress. Biarpun nestbox diletakkan dalam sangkarnya pada hari ke-29 bunting, tiada langkah-langkah persediaan untuk melahirkan pula dilakukannya. Sedikit masa diambil, barulah Miranda memulakan tugasnya menyusun hay dalam nestbox. Kemudiannya pada hari ke-30 bunting, barulah bulu badannya dicabut sepenuhnya. 

hay disusun dalam nestbox

barulah penuh nestbox dengan gumpalan bulu

Sayasukaarnab menjangkakan untuk Miranda beranak pada hari ke-30 mahupun pagi hari ke-31, namun setelah puas menanti, masih tiada hasil. Tup, tup, kits dilahirkan pada 1.15 tengahari pada hari ke-31 bunting.

ketika baru beberapa minit beranak..kits paling kiri mati ketika dilahirkan

Mujur 3 daripada 4 kits yang dilahirkan selamat. Takut juga sayasukaarnab anak yang dilahirkan stillborn (sepertimana yang terjadi kepada Selita tempoh hari) mahupun anak tidak boleh keluar sebab besar kerana inilah pertama kali Miranda beranak.

kits yang mati, sempurna, sederhana saiznya (macam yang lain-lain) dan mungkin mati kerana dilahirkan paling akhir

Sayasukaarnab turut meragui kemampuan Miranda untuk menjaga dan menyusui anaknya dengan baik kerana merupakan induk muda, kurang pengalaman dan saiz badannya kecil. Namun, apa-apa yang dirunsingkan dapat diuraikan kerana sehingga hari ini, anak-anak Miranda montel-montel hasil jagaannya. Bagi memastikan bekalan susu Miranda sentiasa ada dan tidak stress, sayasukaarnab senantiasa memastikan pellet, alfalfa hay dan oat sentiasa ada dalam sangkarnya. Begitu juga Neurovit akan diberikan 0.5ml diwaktu pagi dan 0.5ml diwaktu malam. Hal ini bagi memastikan tubuh Miranda sentiasa dibekalkan dengan nutrien, vitamin dan tenaga yang cukup.

selepas seminggu dijaga Miranda Eve

bulat-bulat semuanya =)


Semoga anak-anak Miranda ini akan terus membesar dengan jayanya. Bagi pengetahuan semua, dalam bulan Mei ini, bukan sahaja Miranda berjaya melahirkan kits, malahan terdapat lagi seekor arnab teddy bear yang sudah pun melahirkan anaknya. Nantikan kisah generasi ke-2 arnab teddy bear dalahttp://sayasukaarnab.blogspot.com/. =)


Wednesday, 16 May 2012

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *SELITA, ARNAB TEDDY BEAR BERANAK



Seperti yang dimaklumkan dalam entry MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *GENERASI KE-2 ARNAB TEDDY BEAR, pada tanggal 20 April 2012, Selita Lily generasi pertama arnab teddy bear sayasukaarnab telah berjaya melahirkan 2 ekor kits. Persediaan yang dilakukan Selita amat rapi iaitu telah mula mengonggong hay dan menyusunnya disuatu sudut sangkarnya (untuk dibuat sarang) sedari hari ke-25 bunting. 

lihat hay yang tergonggong di mulut Selita, diguna untuk buat sarangnya

Setelah nest box diletakkan dalam sangkarnya pada hari ke-28 bunting, Selita kerap menyusun hay dan kelihatan sibuk membuat persediaan sarangnya sebelum kelahiran sulung. 

Selita bekerja keras menyusun hay

Bulunya dicabut pada hari ke-29 bunting dan sayasukaarnab menjangkakan Selita akan melahirkan anaknya pada malam tersebut. Keesokkan paginya iaitu hari ke-30 bunting, didapati sarangnya hanya dipenuhi gumpalan bulu yang dicabut sahaja.

bulu Selita yang telah dicabut memenuhi nest box


Setelah puas menanti, pada malam hari ke-30 tersebut anak Selita dilahirkan sempurna dan besar saiznya berbanding Tyra’s kits. Tetapi malangnya, anak Selita telah mati sedari awal kelahiran. Anaknya dilahirkan diluar nesting box dan terdapat kelukaan kecil dikaki salah seekor daripada anaknya (kesan digigit Selita). Hal ini mungkin disebabkan Selita mahu membersihkannya daripada uri dan darah. 

Selita's kits yang telah mati. lihat kits sebelah kiri, kakinya berdarah dan luka

Hal ini bermakna, kelahiran bagi bulan April ini tidak membuahkan sebarang hasil. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh faktor cuaca (sepanjang tempoh bunting kedua-dua arnab tersebut, keadaan cuaca adalah panas. Biarpun semua arnab diletakkan dalam rumah dan disediakan kipas angin, namun haba yang terhasil mampu mengakibatkan arnab stress) dan kurangnya pemberian vitamin oleh sayasukaarnab. Implikasi daripada kesemua faktor tersebut didapati arnab akan mengalami stress dan seterusnya mengakibatkan arnab kurang bersedia untuk melahir dan menjaga anaknya serta tidak menghasilkan susu badan yang mencukupi buat anaknya. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah kelahiran kali ini tidak berjaya.

Bagi memastikan keadaan ini tidak berulang, kini sayasukaarnab siap siaga mendapatkan vitamin yang mengandungi beberapa jenis khasiat dan berupaya menangani stress arnab daripada breeder yang lebih berpengalaman. Ingin tahu bagaimanakah rupa bentuk dan apakah kebaikan vitamin tersebut? Nantikan entry sayasukaarnab yang terbaharu dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/


Wednesday, 9 May 2012

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *GENERASI KE-2 ARNAB TEDDY BEAR



Pada 16 dan 20 April 2012 yang lepas, Tyra dan Selita (anak Tyra) telah pun berjaya melahirkan 5 ekor kits (masing-masing 3 ekor dan 2 ekor). Sememangnya kelahiran ini amat dinanti sayasukaarnab, sementelah tiada kelahiran semenjak musim 2012 ini bermula. Namun sayangnya, kesemua Tyra’s kits mati sebelum sempat membesar. Kelihatan kali ini Tyra seakan tidak cukup bersedia dengan kelahiran anaknya, lantaran bulu yang dicabut tidak menyeluruh serta 2 ekor anak dilahirkan dilantai dan seekor dalam nest box (bersepah). Seekor daripada anak Tyra telah mati seawal kelahiran kerana terbelit dalam gumpalan bulu Tyra yang dicabut untuk nest box nya (lihat sahaja bulunya yang semakin gebu daripada sehari ke sehari, panjang dan berselirat). 

anak arnab Teddy Bear yang mati selepas dilahirkan

Manakala baki 2 ekor lagi diharapkan dapat membesar dengan jayanya, walaupun seeekor didapati sangat kecil (peanut). Habis bulu bahagian bawah badan Tyra digunting bagi memudahkan anaknya menyusu. Lantaran disebabkan kit peanut tersebut kelihatan macam tak dapat menyusu secukupnya daripada Tyra, so susu diberikan secara manual oleh sayasukaarnab dengan memegang ibunya serta diletakkan peanut tadi diperut ibunya untuk menyusu.

lihat perbezaan saiz, seekor kecil, peanut (kanan) dan seekor lagi sederhana (kiri)


Namun, masuk hari ke-3, pulang sahaja daripada sekolah sayasukaarnab melihat sekujur tubuh anak arnab yang sempurna telah kaku. Setelah diasingkan daripada nest box dan diteliti, tiada tanda yang menunjukkan punca anak ini mati maka sayasukaarnab menyimpulkan mungkin telah dipijak oleh Tyra. Jadi yang tinggal hanyalah kit peanut tersebut dan rutin pemberian susu secara manual diteruskan (dalam hati sayasukaarnab hanya berdoa agar anak ini pergi sahaja daripada tersiksa begini sebab tak berapa sempurna kejadiannya). Maka seperti yang telah dijangkakan, malam tersebut anak itu telah pun pergi buat selamanya. Kelahiran kali ini biarpun meninggalkan kesedihan dalam diri, tetapi sayasukaarnab percaya pengalaman sebegini mengajar untuk terus-menerus berusaha memantapkan diri dengan ilmu dan pengalaman yang lebih dalam bidang arnab, seperti kata-kata Joseph Conrad yang berbunyi "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."

Ingin tahu apakah yang terjadi kepada kelahiran sulung Selita Lily? Nantikan entry yang seterusnya dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/


Wednesday, 19 October 2011

RABBIT BREEDING *BUNNIES PROGRESS


20 Oktober 2011, genaplah 2 minggu usia anak-anak Tyra dan Giorgio. Saysukaarnab amat bersyukur kerana Tyra dapat menjaga anaknya dengan baik sehinggalah ke hari ini. Jadi, sayasukaarnab ingin kongsikan perkembangan anak-anak arnab tersebut dengan anda semua daripada hari pertama dilahirkan sehinggalah ke hari ke-14. Take a look  =)

hari pertama 
(gambar diambil dari luar sangkar agar tidak mengganggu Tyra dan mengelakkannya stress) 

hari ke-2

hari ke-3

hari ke-4

hari ke-5 
(gambar mula diambil dari dalam sangkar, nasiblah Tyra cool je)

hari ke-6, bulu halus mulai tumbuh

hari ke-7, tompok hitam semakin jelas

hari ke-14, bulu hampir meliputi keseluruhan tubuh dan mata hampir terbuka sepenuhnya


Sayasukaarnab berasa seronok dapat melihat perkembangan anak-anak arnab ini daripada sehari ke sehari. Rasa tidak sabar pula untuk menanti waktu anak-anak arnab ini membuka mata sepenuhnya dan berjalan keluar daripada nest box. Hanya masa sahaja yang akan menentukan dan pastinya saat itu akan dikongsikan sayasukaarnab dengan peminat arnab di luar sana. Nantikan entry seterusnya dalam sayasukaarnab.blogspot.com tentang perkembangan terbaru anak-anak arnab ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...