Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

MAKANAN ARNAB *SAYUR BERBAHAYA



Senario pemeliharaan arnab di Malaysia dilihat masih tidak mementingkan kualiti pemakanan arnab itu sendiri. Sayasukaarnab juga tidak terkecuali, mujurlah sayasukaarnab tidak terlalu berani mencuba sesuatu yang drastik kepada my beloved rabbits. Semua perlu tahu, dengan hanya mencampakkan pellet (tidak kisah cap apa pun) ke dalam bekas makanan arnab dan kadangkala memberikan buah-buahan busuk mahupun sayur-sayuran, dedaun yang dipetik di halaman rumah kepada arnab kita merupakan antara etika yang tidak wajar dilakukan oleh pencinta arnab. Perkara sebegini hanya akan memberikan impak buruk kepada kadar nutrisi arnab, bahkan boleh membawa maut. Ingatlah, arnab tidak boleh makan makanan yang tidak akan dimakan oleh manusia (seperti buah dan sayur-sayuran lebihan yang telah busuk serta berbahaya). Memanglah kalau kita letakkan dalam sangkar arnab, semuanya akan habis dimakan. Kesannya pasti nanti akan menjejaskan kesihatan arnab.

Sayur yang paling mudah didapati dimana-mana pasaraya, tetapi tidak boleh diberikan kepada arnab ialah salad iceberg ataupun lebih dikenali sebagai ‘iceberg lettuce’. Salad ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana menjadi kegunaan seharian kita, terutamanya sebagai hidangan masakan.

beginilah pokok sayur iceberg lettuce

jikalau ingin dijadikan hidangan, sayur ini akan dibelah dan diracik...

Salad ini mengandungi susu getah yang berwarna putih dan boleh diekstrak untuk digunakan oleh manusia sebagai pengkhayal dalam ubat-ubatan. Namun jika diberikan kepada arnab, arnab anda akan mengalami kekembungan dan boleh berlaku cirit-birit. Hal ini kerana sayur ini akan menghasilkan gas ketika proses penghadaman berlangsung dan arnab tidak boleh sendawa untuk mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut. Jadi kekembungan ini akan mengakibatkan cirit-birit yang melampau, seterusnya kematian arnab tersayang.

beginilah rupa susu getah yang terhasil daripada sejenis pokok daripada keluarga lettuce


Antara sayuran lain yang dianggap berbahaya dan sama kesannya seperti salad iceberg kepada arnab adalah daun pokok kentang, daun pokok tomato dan kobis. 

daun pokok kentang

daun pokok tomato

pokok sayur kobis

sayur kobis yang sedia dibelah

Jadi, jangan berikan arnab anda sayur-sayuran tersebut (walaupun arnab anda kelihatan suka akannya) agar masalah perut kembung, cirit-birit dan kematian arnab tidak berlaku. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Selamat mencuba =).


*p/s:keseluruhan gambar credits to Google (yela di rumah sayasukaarnab manalah ada sayur-sayuran ini..hehe). Thanks Google.

Saturday, 12 November 2011

MAKANAN ARNAB *DAUN PISANG


Selain pemberian daun israel dalam entry MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL, sayasukaarnab turut memberikan daun pisang sebagai diet sayur-sayuran kepada arnab-arnab tersebut (yela, kalau selalu sangat makan daun israel mesti arnab pun jemukan). Jadi pokok pisang yang segar merimbun di belakang rumah sewa sayasukaarnab ini menjadi pilihan (selain dapat menjimatkan kos untuk makanan arnab anda). 

banyakkan..dah macam kebun pisang pula

Oleh itu, mari ikuti langkah bagi penyediaan daun pisang untuk makanan my beloved rabbits :

1)                 Potong daun pisang yang sederhana muda.

potong daun yang sederhana muda


2)                 Buangkan bahagian pelepah daun pisang dan siat-siatkan daunnya menjadi sederhana kecil.

buangkan pelepahnya

siatkan daun agar menjadi sederhana kecil


3)                 Cuci dibawah aliran air bersih.

harus dicuci dahulu sebersihnya


4)                 Letakkan diatas pinggan atau apa-apa sahaja bekas dan dijemur dibawah terik Matahari sehingga petang.

daun diletakkan di atas pinggan

kemudian dijemurkan dibawah sinaran Matahari


5)                 Berikan daun pisang yang separa kering tadi kepada arnab anda lebih kurang segenggam sehari (bergantung kepada berat arnab anda).

daun pisang yang telah dijemurkeringkan, lihat warnanya sedikit keperangan

yummy! berselera sungguh Tyra menjamu selera daun pisang kering. 
Tetapi awas, sila berikan makanan ini diwaktu siang sahaja, jika diberikan diwaktu malam dikhuatiri akan mengakibatkan arnab anda kekembungan dan cirit-birit.


6)                 Itu sahaja, selamat mencuba. =)



Thursday, 29 September 2011

MAKANAN ARNAB *CARROT


Dalam entry terdahulu MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL, sayasukaarnab ada menyatakan arnab boleh diberikan makanan sampingan seperti buah-buahan sebagai manisan kepada arnab anda dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, jika berat badan arnab anda 2.5kg, maka bolehlah anda anda berikan makanan sampingan ini dalam kuantiti kurang 100gram sehari atau pun selang sehari. Pemberian manisan tidak digalakkan kepada rabbit kerana kandungan gula yang tinggi dalam manisan ini dipercayai mampu mengakibatkan arnab obesiti. Lantaran itu, berpada-pada dalam memberikan manisan ini sebagai ganjaran atau selingan kepada arnab anda. Sememangnya diakui, arnab seperti budak kecil yang gemarkan manisan, maka kita sendiri sebagai tuan yang bertanggungjawab harus memberikannya dalam kuantiti yang disyorkan pakar. 

Carrot atau lobak merah dipilih sebagai ganjaran kepada my beloved rabbit jika berkelakuan baik atau pun ketika waktu bermain bersama. Berikut merupakan langkah yang aku lakukan dalam menghasilkan makanan sampingan ini :

a)     Bersihkan sebiji carrot dengan air bersih secukupnya.

b) Tidak perlu dibuang kulit luarnya (dalam persekitaran semulajadi arnab tidak mengupas buah-buahan ini), carrot ini dipotong dadu agar mudah diberikan kepada arnab, di samping tidak mengotorkan mulut mereka.

c)      Keringkan dibawah sinaran Matahari terik.

setelah dipotong dadu, carrot dijemurkeringkan

d) Apabila separa kering, bolehlah diberikan kepada arnab anda diwaktu siang. Peringatan, elakkan memberi manisan ini diwaktu malam kerana dikhuatiri arnab mengalami kekembungan dan cirit-birit.

berikan manisan ini sebagai treat kepada arnab anda

lihat, Giorgio amat menyukai carrot kering ini

sampai habis keempat-empat ketul carrot dijamah Giorgio. Itu sudah memadai untuk hari tersebut.

e)     Selamat mencuba. 


Wednesday, 14 September 2011

MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL


Secara umumnya, arnab memerlukan diet yang seimbang untuk menggalakkan pertumbuhan bulu yang cantik, tahap kesihatan yang baik serta pembentukkan struktur badan yang sempurna. Oleh hal yang demikian, kuantiti makanan yang perlu bagi seekor arnab remaja (7 bulan hingga 1 tahun) ialah seperti berikut :

a)                 Perkenalkan diet timothy hay dan kurangkan pemberian affalfa
b)                 Kurangkan pemberian pellets kepada arnab iaitu ½ cawan bagi seekor arnab yang mempunyai berat 2.5kg sehari bagi mengelakkan obesiti
c)                  Pertingkatkan kuantiti sayur-sayuran segar (dijemur dahulu agar separa kering bagi mengelakkan cirit-birit dan kekembungan)
d)          Berikan buah-buahan dalam kuantiti yang sedikit atau kurang daripada 100gram bagi seekor arnab yang mempunyai berat 2.5kg sehari kerana buah-buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi

Maka, selain pellet gold coin, pellet alfalfa, timothy hay dan sedikit epal, aku turut memberikan my rabbits daun israel (namanya diperoleh akibat ketegaran pokok tersebut untuk tumbuh subur, meskipun telah dicabut beberapa kali) bagi menggantikan sayuran segar. 

rupa bentuk pokok israel

bunganya yang berwarna putih unggu

terdapat juga buah, tirus memanjang

Daun israel menjadi pilihan kerana murah dan mudah didapati (tumbuh meliar sekitar rumah).

haa, banyakkan...dah macam kebun sayur pula...

Oleh itu, mari ikuti langkah bagi penyediaan daun israel untuk makanan my beloved rabbits :

1)                 Petik bahagian pucuk sehingga ¼ daripada pokok tersebut.

petik sahaja 1/4 daripada 

2)                 Kumpulkan dan basuh sehingga bersih.

dicuci sehingga bersih

3)      Letakkan diatas pinggan atau apa-apa sahaja bekas dan dijemur dibawah terik Matahari sehingga petang.

letakkan dalam pinggan

jemurkan dibawah sinar Matahari terik

4)             Kemudian, bolehlah berikan daun israel yang separa kering tadi kepada arnab anda lebih kurang segenggam sehari (bergantung kepada berat arnab anda).

berselera sungguh Tyra menjamu selera...

5)                 Itu sahaja, selamat mencuba. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...