Showing posts with label lawatan ke klinik haiwan. Show all posts
Showing posts with label lawatan ke klinik haiwan. Show all posts

Friday, 12 August 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *FOURTH TRIP



Setelah puas bermain kejar-kejar dengan Tyra kerana sifatnya yang semakin agresif (sila rujuk entry ARNAB AGRESIF), Giorgio dan Tyra selamat sampai di Klinik Haiwan Hazlim untuk rawatan kulit mereka. Kali ini aku ditemani junior merangkap fotographer untuk lawatan ke klinik haiwan ni (hehe, tanx yup!).

bagi memudahkan urusan, rabbits akan diletakkan dalam carrier diy (rujuk entry DIY *Rabbit carrier)

Seperti biasa, ada sahaja pesakit lain yang masih menanti giliran mereka untuk dirawat oleh vet antaranya ialah kucing dan arnab. Sempat jugalah aku bersembang itu dan ini dengan pemelihara arnab tersebut. Cantik dan manja arnab lop milik kakak tersebut. Perasaan untuk memiliki sepasang arnab lop ear meluap-luap seketika. Tetapi apabila difikirkan semula, arnab 2 ekor ni pun tak terjaga, nak tambah koleksi lagi? Ahai, terbantut hasrat. 

“Jojo, Tyra..” nama arnab aku disebut receptionist menandakan giliran mereka untuk dirawat (selalu sangat orang tersalah sebut nama GIORGIO..hurm kene tukar nama di kad pengenalan rabbit la lepas ni,hehe). Berjumpa sahaja dengan vet tersebut, aku ceritalah tentang penyakit yang aku jangkakan dihidapi oleh Giorgio dan Tyra tersebut. Tanpa berlengah lagi, mari kita saksikan aksi rawatan untuk arnab-arnabku :


Tyra di check up dahulu..didapati ada KURAP di kaki hadapannya (as what i expected)

kemudian, check kelimumur pula...

kemudian timbang berat badan Tyra pula untuk menentukan sukatan ubat kurapnya nanti...ni rupa bentuk mesin penimbang itu

berat badan Tyra meningkat, yeay! daripada 0.6kg kepada 0.65kg, sedikit tetapi ada peningkatan. syabas Tyra! hihi

kini tiba masa Giorgio pula untuk dirawat...check kurap..TIADA KURAP, yeay! hipotesis aku dalam entry KURAP ARNAB!!! diterima...

check kelimumur pula...hurm, masih ada nampaknya, balik ni kena apply ubat kelimumur warna pink...

Setelah Giorgio ditimbang (maaf tak sempat nak snap,hihi), ada peningkatan dalam berat badannya. Daripada 0.65kg kepada 0.75 kg, bagus, bagus! Aku bertanya juga kepada vet, adakah berat ini normal (yela, bawah 1kg. Arnab orang lain gempal-gempal, aku punya..ahai...) Jawapannya adalah : NORMAL! Lega rasanya bila mendengar vet cakap macam itu, kini aku tidak risau lagi  =)

vet tengah calculate berapa banyak dos ubat kurap untuk rabbits ni...Giorgio walaupun tidak ada kurap, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, harus juga diberikan...

vet tengah menyedut ubatnya...(Giorgio dan Tyra macam budak kecil, menyibuk di fail vet, macamlah boleh membaca..hurm, takut sekejap lagi di ngapnya Tyra tu, bukan boleh percaya..) 

Tyra diberikan ubat dahulu secara oral...

ohh, seperti biasa apabila diberikan ubat Tyra akan toleh kiri, toleh kanan...

inilah resolusinya...Tyra diangkat dan disuapkan ubat...itulah agresif lagi...

giliran Giorgio pula...sekali suap je, dah berjaya...

sekarang nak grooming pula...nampak tak bulu yang bergumpal itu? ya, harus kita potongkan saja!

aktiviti mengguntingkan bulu di tengkuk Giorgio dimulakan dahulu (bulu bergumpal kesan sapuan ubat kelimumur krim dahulu)

kemudian di bahagian punggung...ni terjadi sebab Giorgio suka sangat berbaring dengan menyandarkan punggung ke bucu sangkar...

setelah kerja grooming hampir selesai...banyak betul bulu Giorgio yang bergumpal, boleh buat baju ni, hihi...

Begitulah pelbagai aksi yang boleh dilihat ketika arnab-arnab kesayangan aku ni di berikan rawatan di KHH. Semoga rawatan kali ini akan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada arnab-arnabku. Amin. =)


Friday, 8 July 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *THIRD TRIP


Cuti hujung minggu niy tidak ada kuliah. So seperti yang dikehendaki, rabbits aku niy kene bawa pergi jumpa vet lagi. Setelah bertanya kepada blogger lain (thanks to kak Sofiyah) dan google di internet, aku sampailah akhirnya ke Klinik Haiwan Hazlim (KHH). Nak kata dekat je dengan rumah sewa aku, tidak juga. Walaupun agak jauh, tapi okela senang nak cari sebab klinik niy betul-betul tepi jalan utama Jalan Tenggiri, Bandar Sunway.

niy la signboard klinik tu, memang jelas kelihatan daripada jalan utama

Bagi memudahkan urusan berjumpa dengan vet niy, aku letakkan dorang dalam kotak kertas A4 yang ditebuk lubang sana-sini (nanti next post aku tunjuk cara-cara nak buat, senang je just DIY). 

snap masa on the way ke klinik...

Kali niy aku ditemani housemate yang turut memelihara arnab (tetapi just pelihara di hometown dia, Chini, Pahang). Sampai je kat KHH tu terdapat beberapa ’pesakit’ lain yang sedang menunggu giliran untuk dirawat, kesemuanya kucing. 

antara pesakit yang menunggu giliran untuk dirawat

After aku register (yela niy kan 1st time ke klinik niy), sambil menunggu giliran, kami pun duduk la sambil baca buku tentang kucing yang di provided kat KHH tu. Cari-cari juga buku tentang arnab, tapi tidak ada pun. Then after a few minutes menunggu, sampai lah giliran Giorgio dan Tyra untuk dirawat.

Mula-mula Giorgio dan Tyra di timbang berat dahulu. Sedihnya apabila berat Giorgio menurun daripada 0.7kg kepada 0.65kg sahaja. Terfikir-fikir juga aku, silap bagi makan ke sampai boleh menurun berat dia niy. Nasib baik berat Tyra meningkat daripada 0.5kg kepada 0.6kg, jadilah walaupun meningkat 100gram je. After berat badan dorang dicatatkan, Giorgio kena check up dulu. Vet tanya itu dan ini tentang macam mana penjagaan dan pemakanan dorang, grooming dan penyakit-penyakit terdahulu. Semuanya aku explain A to Z daripada start pembelian dorang sampai lah sekarang. Okey, after check up, vet cakap Giorgio kena SELESEMA (as what i expected) and debaran jantung dia agak terganggu. Hal ini mungkin disebabkan stress (mungkin perjalanan daripada Selangor ke Penang tu kot). Vet also said, mungkin disebabkan stress perjalanan yang jauh juga turut menyumbang kepada penurunan berat badannya. Pluss Giorgio sudah terkena kelimumur kat telinga pula, niy mungkin disebabkan cuaca panas ataupun stress (baru hendak sembuh yang kat tengkuk tu, jadi kat telinga pula). So vet cakap dia akan bagi ubat after this check up.

check kelimumur kat tengkuk

nak check kurap pula..

check debaran jantung pula..hurm, ada masalah...

Then Tyra pula kena rawat. Kali niy syok sikit sebab Tyra agak senyap dan kurang agresif (mungkin klinik baru, so malu-malu kucing sikit). Vet beritahu yang Tyra juga kena SELESEMA dan mengalami masalah debaran jantung (niy semua berpunca daripada stress la niy..now tuan dia pula  yang stress memikirkan bila lah dorang niy nak sembuh). Tyra also kena kelimumur kat telinga seperti Giorgio. 

check selesema..sampai terdongak Tyra..

 time check kelimumur kat telinga (nasib senyap ja..)

siap dengar debaran jantung melalui stetoskop...

After check up, aku cakap la kat vet yang before this dorang kena kurap dan diberi makan ubat kurap secara berkala (dah 2 kali) masa kat hometown. Then that vet inform me yang dia kena tengok kondisi rabbits aku dulu sebelum bagi ubat kurap tu (kira tak sewenang-wenangnya lah). So this week dorang tak lah makan ubat kurap. 

Sebelum pulang, aku dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti berikut :

ubat-ubatan untuk Giorgio dan Tyra

krim sapu kat telinga rabbits untuk kelimumur (siap la lepas niy mesti belemoih..)

eyh picagari lagi..untuk apa pula kali niy..??

ini antibiotik, 2 titis seekor untuk sehari secara oral..kaitan picagari tu adalah untuk menyuap natural yogurt kepada arnab anda setelah diberi antibiotiok
**fyi, dalam perut arnab ada bakteria baik..dengan memberikan antibiotik, bakteria baik akan terhapus. jadi bagi mengelakkan kejadian cirit-birit, yogurt perlu diberi sebagai susulan..
(kan yogurt ada bakteria baik untuk perut, manusia mahupun arnab.tak percaya, bolehla cuba..hihi)

Begitulah ceritanya dalam lawatan ke klinik haiwan kali ke-3 niy. Semoga dengan pemberian ubat-ubatan ini, arnab-arnab aku akan cepat sembuh dan lebih sihat daripada selalu. =)

Sunday, 26 June 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *SECOND TRIP


Seperti yang telah ditetapkan, dorang niy perlu dibawa jumpa vet untuk diberikan ubat kurap dan check up tahap terkini kesihatan dorang. So dengan menggunakan beg kertas Secret Recipe yang sama, aku dengan my litle sister pergila bawa dorang jumpa vet yang sama.

niy masa dalam kereta, nasib duduk diam jea..

Sampai je kat klinik tu, lengang. Kali ni tak ramai sangat customer, so pergi kaunter and aku beritahu nombor pendaftaran dorang, terus masuk ke bilik rawatan (nasib tak jadi bahan lawak ”maaf kami tak order kek” macam trip yang 1st dulu, hihi).

masa pendaftaran..nasib ada my lil sis, boleh tolong jaga sekejap..

Mula-mula Tyra kena rawat dulu. Satu-satu anggota badan Tyra di belek oleh si vet. 

okey check mata...

check kurap-kurap pula...(eh duduk diam pula dia arini..)

At last vet cakap kondisi Tyra semakin bagus, SELESEMA pun dah tak ada (yippee!!). Cuma tinggal kurap je lagi. 


masa vet pergi ambil ubat, Tyra dah start dah nak lari-lari..
nasib pembantu berinai di tangan ni ada..(abaikan yea inai itu..hihi)

So vet pon timbang lah Tyra untuk tentukan beratnya, samada boleh tak bagi ubat kurap secara suntikan. Opss.. berat Tyra langsung tak bertambah (still 500 gram, ringan kan? Tapi makan tak pernah putus..). Vet tanya, ada bagi vitamin die tak, aku cakap bagi la, siap nak habis dah, selera pon oke je. Tak tau nape lak tak bertambah berat niy. So vet terpaksa bagi ubat kurap secara oral. Hurm.. seperti kebiasaan Tyra memang susah untuk disuapkan ubat. Toleh kiri, toleh kanan, kena tarik telinga baru nak berhenti (maaf yer, memang kena berkasar sikit, baru dengar cakap.) Pastu vet ni tulis something kat kad kesihatan Tyra and letakkan semula Tyra dalam beg SR dorang.

Tiba giliran Giorgio pula diperiksa. Puas dibelek-belek, vet cakap SELESEMA dah tak da, tapi kurap dan kelimumur masih ada. 

monyok je masa Giorgio kene check..

Vet cakap dia akan bagi ubat sapu untuk kelimumur, just sapu hari-hari and tak perlu bilas, sehari sekali atau  sehari dua kali (mengikut tahap kerajinan anda). 

ubat kelimumur, sapukan sahaja tidak perlu dibilas..

Sebelum bagi ubat kurap, vet perlu timbang berat Giorgio dulu. Alhamdullilah beratnya bertambah 100 gram iaitu daripada 600 gram kepada 700 gram, jadilah (tapi memang Giorgio ni gemuk–gemuk gebus daripada Tyra sikit). Walaupun begitu, vet still tak boleh berikan ubat secara suntikan, so secara oral je macam Tyra. Nak suap Giorgio ni senang sikit, sekali tonyoh je, jalan.

Selesai check up, aku pon tanyalah camna untuk next check up, aku kan kena balik Utara dah (semester baru bakal bermula ye). So vet cakap just mention kat vet kat Utara tu yang dorang niy ada kurap dan makan ubat kurap secara oral. Owh, ok. Last but not least sebelum meninggalkan that vet clinic, melayang jugaklah sekeping not biru tua. Takpe lah, demi korang. Semoga cepat sembuh ye. Amin! =)

Monday, 13 June 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN


Esoknya aku bawakla dorang pergi vet sorang-sorang becoz sume keje and pergi sekolah. Bagi memudahkan tugasan, aku bubuh dorang dalam bag kertas Secret Recipes (sebab senang na bawak, ada tali and space besar skit, sesuai bawa rabbits selain daripada kek. hihi).

niy la beg tu..

Sampai je kat clinic (aku pegi vet niy sebab die telah terbukti dapat menghilangkan kurap-kurap di kucing parsi ku dulu), dorang perli aku, “Selamat tengahari. Maaf kami tak order kek..hihi”. Aku pon senyum jela sambil letak beg tu depan kaunter, “Please look for my babies..” aku berkata-kata sambil menunjukkan my fluffy babies. Dorang pon apa lagi, melompat-lompat (hyperbola je) sebab suke sangat tengok babies aku yang gebu gembas niy. Dorang usap-usap, belek-belek sampai naik rimas rabbits aku tu. Yela, tula antara sebab aku beli gak rabbits niy, sebab susah na jumpa yang fluffy cam dorang niy. Siap ade sorang customer (hantar anjing buat rawatan kot..) tanye, apa niy?? Aku jawablah rabbits. Tak boleh nak salahkan die jugak, arnab-arnab niy terlalu gebu sampai mungkin orang ingat anak anjing or haiwan baru. Siap tanya harga..ntah berminat la kot.

Ok, back to our story, vet tu rawat (sory tak da pic, tak sempat na snap, risau sangat) babies tu sampai bulu-bulu yang gebu sekitar mate kene gunting. Yela BERNANAH-NANAH kene la buang bulu-bulu tu nak bagi hilang bakterianya. Die kate bulu tu kene trim until dorang betul-betul sembuh. Tambahan, dorang didapati ada SELESEMA! Ya ampun, vet tu kate kalau ade SELESEMA susah nak sembuh dan boleh mengakibatkan KEMATIAN. SELESEMA tu datangnya dari rabbitry yang aku beli, sebab bakteria tu memang dah merebak kat arnab-arnab kat situ (bawaan induk). Aku dah runsing dah, aku tak kesah duet aku melayang, yang penting babies aku dapat diselamatkan. So die pon bagila ubat kurap, ubat antibiotik, ubat vitamin dan ubat mata (1 titis, 1 krim). 

niha himpunan ubat dorang..

antibiotik, warna putih jernih 
**(tengok nama yang tertera, wrong spelling..bukan Jojo, tapi Giorgio yup)

vitamin, warna merah jambu

ubat titis mata

ubat krim untuk mata

picagari, memudahkan proses menyuapkan ubat kat mulut dorang..(tapi tetap susah, degil belaka!)

2 more weeks from that day, kene datang lagi untuk rawatan susulan. End of the day, melayanglah not-not biru dan merah (takpe, untuk korang babies..moga cepat sembuh yea..amin!)

siap ada kad pesakit dan temujanji lagi..fuyyoo
**(mana la tak melayang duet aku..)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...