Wednesday, 29 June 2011

RUMAH BARU ARNAB


Kini semester baru akan bermula. So kena lah balik Utara. Mahu atau tidak, Giorgio dan Tyra kene juga ikot aku balik (diktator sangat! Hihi). Bukan apa, aku risau nanti duduk kat rumah tu boleh ke famili aku jaga. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Pluss famili aku kata, macam nak beli arnab baru. Furthermore, aku amat menyayangi Giorgio dan Tyra, so tak boleh berpisah dah. Aku angkut jugak la balik Utara. Nasib baik semester ni aku tinggal kat rumah sewa bukan lagi hostel, so senang la nak pelihara dorang.

Masa travel tu aku letak dorang dalam kotak MILO yang aku amik masa pergi supermarket hari tu. 

ini lah kotaknya..
(harap maaf.pada waktu niy, kotak already di letakkan di luar rumah, so dah buruk..)

Oke je, tak meragam langsung. Sampai kat rumah baru dorang (actually rumah baru aku), aku pon kemas la sangkar yang aku usung dari rumah tu. Aku tempatkan arnab-arnab tersayang kat dapur (konon-kononnya takut la ada orang curi, padahal dengan najis yang semakin banyak, entah berapa lama la tahan kat dapur tu..hehe). Selesai kemas sangkar dan rumah baru ni, aku pon lepaskan lah dorang agar dapat menikmati dan menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran di rumah yang baru (so, takda la stress nanti). Berikut adalah aksi-aksi eksplorasi mereka :

tu dia Tyra dah menyelinap di sebalik kotak yang tak sempat nak kemas lagi..ada projek la tu..(dia niy pantang sikit, semua benda dia nak gigit)

dah keluar dari tempat persembunyian..nak round-round dapur pula..

apa entah dia jumpa tu..sekejap lagi ngap la tu..

dah boring sorang-sorang, ajak Giorgio pula..apa lah plan seterusnya tu..

wahhh, pandai-pandai pula nak eksplore bilik...(tu mesti Tyra jadi ketua..tengok la dia yang jalan dulu)


kan betul, tengok Tyra dah masuk dah, tinggal si Giorgio terkedek-kedek (kan Giorgio gemuk sikit, tersekat la agaknya)

dah bosan mengeksplore bilik tu, keluar la dorang..(mesti dah ranap kotak-kotak dalam bilik tu digigit si Tyra niy)

haa..macam niy la kesudahan eksplorasi dorang..zzz..zzz

eyh bukan main lagi..sedapnya bersandar kat tilam yea..

Macam tu la arnab dan rumah baru tuan mereka. Gembira tak terkira, lari-lari ke sana ke mari, melompat-lompat di sana sini. Nasib baik rumah niy kecil, senang la na kejar, kalau banglo.. haish! Arnab oh arnab...

4 komen:

  1. tanx :)
    Teddy bear rabbit.Ada pelihara arnab juga?

    ReplyDelete
  2. Sy nak tnya la, awk beri diorang lepas bebas explore mcm tu, diorang x buang air kt tmpt2 tu ke? Kalau poop x kisah sangat sbb kering kn. tp kalau air kencing tu pening jugak la kepala. Dah la dia suka tembak x kene tempat dan kat tempat-tempat tersembunyi. Huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...