Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, 27 January 2012

DIY *ORAL REHYDRATION SOLUTION (ORS)


Tatkala diserang kecemasan seperti your beloved rabbits mengalami cirit-birit, Oral Rehydration Solution (ORS) amat diperlukan bagi menggantikan air badan yang telah keluar bersama najis (diarrhea). Hal ini bagi mengelakkan dehidrasi dan menambah tenaga pada arnab tersebut. Bagi sayasukaarnab yang menetap dikawasan subbandar, adalah sukar untuk membeli ORS difarmasi mahupun klinik haiwan yang berdekatan di saat kecemasan kerana sering kali ditutup awal (sila rujuk entry UBAT CIRIT-BIRIT ARNAB). Lantaran itu, sayasukaarnab ingin berkongsi cara-cara untuk menghasilkan ORS sendiri dirumah. Bahan-bahan adalah seperti berikut :

a)     6 sudu teh GULA PASIR


b)     ½ sudu teh GARAM


c)      1 liter AIR BERSIH (bebas klorin)


d)     Picagari



Langkah-langkahnya :

1)     Sediakan ke semua bahan tersebut. (lihat bahan-bahannya seperti di atas)

2)     Campurkan gula pasir, garam dan air bersih tersebut. Kacau sehingga sebati.

kacau bahan tersebut agar kesemuanya sebati..

3)     Berikan ORS kepada arnab yang diserang cirit-birit menggunakan picagari.

sila gunakan picagari untuk memberikan ORS kepada arnab anda...

berikanlah ORS kepada arnab yang diserang cirit-birit...


Pastikan penggunaan ORS ini hanya dalam tempoh rawatan sahaja. Jangan gunakan dalam masa yang berpanjangan, dikhuatiri penyakit lain pula bakal menimpa arnab anda. Itu sahaja, mudah bukan? Selamat mencuba =)



Saturday, 9 July 2011

DIY *RABBIT CARRIER


Seperti yang telah di janjikan, entry kali niy aku nak tunjukkan macam mana hendak buat rabbit carrier daripada bahan terpakai (niy untuk sesiapa yang mahu menjimatkan kos, especially student macam aku). Paling penting bahan-bahannya ialah kotak kertas A4 atau A3 yang bertutup (tidak kisah jenama apa-apa pun), gunting, pisau dan sedikit alfalfa (sebagai alas kotak).

1)     Mula-mula sekali, kita perlu membuat ruang udara. Kotak kertas A4 tersebut digunting sisinya untuk membentuk ruang petak kecil (guntingkan sahaja mengikut kreativiti anda, asalkan ruang udara tersebut mencukupi untuk arnab anda dan tidak pula membolehkan arnab anda terkeluar kelak). Bagi bahagian yang sukar digunting, pisau boleh digunakan (tetapi pastikan anda berhati-hati ketika melakukannya).

gunting dengan cermat mengikut kreativiti anda

2)     Langkah 1 diulangi dengan menggunting atau memotong penutup kotak tersebut pula.

begini hasilnya setelah siap ditebuk lubang pada sisi dan penutup kotak

3)     Apabila kotak tersebut sudah mempunyai ruang udara, sisa kotak yang digunting tadi boleh digunting-gunting menjadi petak kecil dan ditaburkan dalam kotak supaya boleh dijadikan sebagai alas kotak tersebut.

taburkan ke dalam kotak secara rawak...

4)    Bagi menambahkan lebih keselesaan untuk arnab kesayangan anda, letakkan sedikit alfalfa ke dalam kotak tersebut. Hal ini membolehkan arnab tersebut memakan alfalfa apabila lapar dan tidak pula menjadikan carrier box anda sebagai hidangannya.

letakkan alfalfa hay secukupnya

5)     Siap. Rabbit carrier anda sudah boleh digunakan!

beginilah rupa bentuk dalamannya apabila sudah siap...

jadi bolehlah letak Giorgio dan Tyra ke dalamnya untuk jumpa vet..
(perhatian, sila gunakan saiz kotak yang bersesuaian dengan saiz arnab anda, jangan jadi macam Giorgio dan Tyra kat atas niy sudah..hihi..next time kena separate kan lah dorang niy)

Itu sahaja, selamat mencuba! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...