Showing posts with label play time. Show all posts
Showing posts with label play time. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

CARA-CARA JINAKKAN ARNAB


Arnab merupakan sejenis haiwan yang aktif dan agak agresif jika tidak kena pada tempatnya. Sementelah kini semakin ramai individu yang memelihara arnab, pastinya ada antara mereka yang berdepan dengan masalah arnab yang agresif mahupun sukar untuk dibelai. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor baka (kalau netherland dwarf memang aktif sebab salasilahnya daripada arnab liar), hormon (arnab bunting memang agak agresif), persekitaran (rasa terancam dan tidak selamat) dan pelbagai lagi.

bukan mudah nak grooming arnab kalau agresif, silap hari bulan calar-balar tangan dibuatnya..


antara contoh arnab yang jinak, boleh dibelai tanpa melarikan diri dan tidak bertindak agresif dengan menggigit dan mencakar tangan


Walaupun sedemikian, jangan risau arnab kesayangan kita masih boleh dijinakkan. Berikut merupakan antara langkah mudah untuk menjinakkan arnab anda :

1)  Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda bebas beriadah dan bermain serta belailah arnab tersebut. Jika kita sentiasa meluangkan masa bersama arnab-arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak berasa terancam jika kita memegang mereka.

2)  Pegang arnab dengan cara yang betul. Sentiasa mengangkat arnab anda dengan cara yang betul iaitu memeluk badannya seperti kucing atau pun genggam kulit belakang badan arnab dan tampung punggung arnab dengan tangan lagi sebelah. Ingat, jangan sesekali angkat arnab anda dengan menggenggam telinganya kerana telinga arnab merupakan bahagian arnab yang sensitif, bukan sahaja mengandungi ribuan malahan jutaan urat saraf. Jika arnab berasa selesa dipegang kita, maka arnab tersebut akan merelakan dirinya diangkat oleh kita kelak.

3)  Hadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab. Sekali-sekala ketika menjenguk arnab disangkar, hadiahkanlah mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering. Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya lagi.

4)  Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat akan keadaan persekitarannya, maka arnab akan sentiasa berjaga-jaga dan akan menyerang sesiapa yang cuba menghampirinya (tak kisahlah orang mahupun arnab lain) untuk mempertahankan diri. Oleh itu, letakkan arnab anda ditempat tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensif malahan turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stres dan terkejut itu.


Itu sahaja antara langkah yang dapat sayasukaarnab senaraikan. Hanya 4 langkah mudah, arnab jinak anda gembira. Selamat mencuba =).



Saturday, 17 September 2011

BERMAIN DI HALAMAN RUMAH



Hujung minggu bermakna yeay untuk aku dan juga hoorayyy untuk my beloved rabbits. Sebabnya pada hujung minggu begini (jika aku tak pergi mana-mana), aku akan bebaskan rabbits ni semua dihalaman rumah. Setidak-tidaknya dapatlah memberikan udara segar dan sedikit sinaran Matahari pada arnab-arnabku ini. Lihatlah gelagat Giorgio, Tyra dan Luna yang keriangan di halaman, macam tak cukup tanah berlari ke sana ke mari! =)


the only boy in the house, Giorgio Cavalli Marchese sentiasa pose baik punye di hadapan lensa kamera

Tyra Annabelle Marchesa tengah seronok menjamu selera

Giorgio dan Luna...teddy bear rabbit dan mini rex rabbit beramah mesra...

Lantaran Giorgio dan Tyra di letakkan dalam sangkar yang berlainan, maka apabila dilepaskan begini aku akan memberi ruang kepada Giorgio dan Tyra untuk bergembira bersama. Iyalah, dahulu duduk dalam sangkar yang sama, jadi mesti hubungan mereka erat. So leave it about Giorgio and Tyra, now focus on Luna Verushka Duchess.

Luna, dimana Luna...ohh disini rupanya...

berselera sungguh menjamu selera (fyi, among my beloved rabbits, Luna makan paling banyak dan spesis mini rex memang makan banyak) 

ehh, lari pula...pemalu yea..

ok, line clear...boleh keluar niy...

tidak...ada orang...

lari!!!

Begitulah gelagat Luna yang agak pemalu, apabila didekati berlari-lari ke sini sana, menyorok-nyorok entah dimana. Puas jugaklah aku berkejar-kejaran dengan Giorgio, Tyra dan Luna hari ni. Kalau setiap hari begini, kerus melidi aku dibuatnya, haha. Tapi, aku puas. Seronok terasa apabila dapat melihat arnab-arnab ini bergembira. Hanya individu yang memelihara arnab sahaja akan dapat mengenal erti kepuasan ini. Oleh itu, buat peminat arnab diluar sana yang masih belum memeliharanya, cubalah, pasti anda akan berpuas hati! 




Wednesday, 29 June 2011

RUMAH BARU ARNAB


Kini semester baru akan bermula. So kena lah balik Utara. Mahu atau tidak, Giorgio dan Tyra kene juga ikot aku balik (diktator sangat! Hihi). Bukan apa, aku risau nanti duduk kat rumah tu boleh ke famili aku jaga. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Pluss famili aku kata, macam nak beli arnab baru. Furthermore, aku amat menyayangi Giorgio dan Tyra, so tak boleh berpisah dah. Aku angkut jugak la balik Utara. Nasib baik semester ni aku tinggal kat rumah sewa bukan lagi hostel, so senang la nak pelihara dorang.

Masa travel tu aku letak dorang dalam kotak MILO yang aku amik masa pergi supermarket hari tu. 

ini lah kotaknya..
(harap maaf.pada waktu niy, kotak already di letakkan di luar rumah, so dah buruk..)

Oke je, tak meragam langsung. Sampai kat rumah baru dorang (actually rumah baru aku), aku pon kemas la sangkar yang aku usung dari rumah tu. Aku tempatkan arnab-arnab tersayang kat dapur (konon-kononnya takut la ada orang curi, padahal dengan najis yang semakin banyak, entah berapa lama la tahan kat dapur tu..hehe). Selesai kemas sangkar dan rumah baru ni, aku pon lepaskan lah dorang agar dapat menikmati dan menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran di rumah yang baru (so, takda la stress nanti). Berikut adalah aksi-aksi eksplorasi mereka :

tu dia Tyra dah menyelinap di sebalik kotak yang tak sempat nak kemas lagi..ada projek la tu..(dia niy pantang sikit, semua benda dia nak gigit)

dah keluar dari tempat persembunyian..nak round-round dapur pula..

apa entah dia jumpa tu..sekejap lagi ngap la tu..

dah boring sorang-sorang, ajak Giorgio pula..apa lah plan seterusnya tu..

wahhh, pandai-pandai pula nak eksplore bilik...(tu mesti Tyra jadi ketua..tengok la dia yang jalan dulu)


kan betul, tengok Tyra dah masuk dah, tinggal si Giorgio terkedek-kedek (kan Giorgio gemuk sikit, tersekat la agaknya)

dah bosan mengeksplore bilik tu, keluar la dorang..(mesti dah ranap kotak-kotak dalam bilik tu digigit si Tyra niy)

haa..macam niy la kesudahan eksplorasi dorang..zzz..zzz

eyh bukan main lagi..sedapnya bersandar kat tilam yea..

Macam tu la arnab dan rumah baru tuan mereka. Gembira tak terkira, lari-lari ke sana ke mari, melompat-lompat di sana sini. Nasib baik rumah niy kecil, senang la na kejar, kalau banglo.. haish! Arnab oh arnab...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...