Sunday, 26 June 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *SECOND TRIP


Seperti yang telah ditetapkan, dorang niy perlu dibawa jumpa vet untuk diberikan ubat kurap dan check up tahap terkini kesihatan dorang. So dengan menggunakan beg kertas Secret Recipe yang sama, aku dengan my litle sister pergila bawa dorang jumpa vet yang sama.

niy masa dalam kereta, nasib duduk diam jea..

Sampai je kat klinik tu, lengang. Kali ni tak ramai sangat customer, so pergi kaunter and aku beritahu nombor pendaftaran dorang, terus masuk ke bilik rawatan (nasib tak jadi bahan lawak ”maaf kami tak order kek” macam trip yang 1st dulu, hihi).

masa pendaftaran..nasib ada my lil sis, boleh tolong jaga sekejap..

Mula-mula Tyra kena rawat dulu. Satu-satu anggota badan Tyra di belek oleh si vet. 

okey check mata...

check kurap-kurap pula...(eh duduk diam pula dia arini..)

At last vet cakap kondisi Tyra semakin bagus, SELESEMA pun dah tak ada (yippee!!). Cuma tinggal kurap je lagi. 


masa vet pergi ambil ubat, Tyra dah start dah nak lari-lari..
nasib pembantu berinai di tangan ni ada..(abaikan yea inai itu..hihi)

So vet pon timbang lah Tyra untuk tentukan beratnya, samada boleh tak bagi ubat kurap secara suntikan. Opss.. berat Tyra langsung tak bertambah (still 500 gram, ringan kan? Tapi makan tak pernah putus..). Vet tanya, ada bagi vitamin die tak, aku cakap bagi la, siap nak habis dah, selera pon oke je. Tak tau nape lak tak bertambah berat niy. So vet terpaksa bagi ubat kurap secara oral. Hurm.. seperti kebiasaan Tyra memang susah untuk disuapkan ubat. Toleh kiri, toleh kanan, kena tarik telinga baru nak berhenti (maaf yer, memang kena berkasar sikit, baru dengar cakap.) Pastu vet ni tulis something kat kad kesihatan Tyra and letakkan semula Tyra dalam beg SR dorang.

Tiba giliran Giorgio pula diperiksa. Puas dibelek-belek, vet cakap SELESEMA dah tak da, tapi kurap dan kelimumur masih ada. 

monyok je masa Giorgio kene check..

Vet cakap dia akan bagi ubat sapu untuk kelimumur, just sapu hari-hari and tak perlu bilas, sehari sekali atau  sehari dua kali (mengikut tahap kerajinan anda). 

ubat kelimumur, sapukan sahaja tidak perlu dibilas..

Sebelum bagi ubat kurap, vet perlu timbang berat Giorgio dulu. Alhamdullilah beratnya bertambah 100 gram iaitu daripada 600 gram kepada 700 gram, jadilah (tapi memang Giorgio ni gemuk–gemuk gebus daripada Tyra sikit). Walaupun begitu, vet still tak boleh berikan ubat secara suntikan, so secara oral je macam Tyra. Nak suap Giorgio ni senang sikit, sekali tonyoh je, jalan.

Selesai check up, aku pon tanyalah camna untuk next check up, aku kan kena balik Utara dah (semester baru bakal bermula ye). So vet cakap just mention kat vet kat Utara tu yang dorang niy ada kurap dan makan ubat kurap secara oral. Owh, ok. Last but not least sebelum meninggalkan that vet clinic, melayang jugaklah sekeping not biru tua. Takpe lah, demi korang. Semoga cepat sembuh ye. Amin! =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...