Monday, 13 June 2011

MARI AMBIL ARNAB


Akhirnya, semester niy habis dengan jayanya. Tak tahu la pointer dapat brape, hope dapat baek punyeeer! Anyway on 26 Mei, aku dah kemas-kemas barang. nak balik umah and dah call abang rabbitry tu beritahu die, aku na picked my beloved rabbits. So aku pon pergi lah picked up la my babies tu.

Sampai je kat rabbitry tu, abang tu da tercegat dengan kotak yang bertebuk-tebuk kat depan rumah (sorry yup, lewat sampai, hihi). 

main redah je sampai tersilap tempat, niy kat belakang rumah die..hihi

Oke my fluffiest babies da ade dalam kotak, aku pon belek-belek la dorang (macam belek kain kat jalan TAR). 

mari belek arnab anda..(sila abaikan model jam itu..hehe)

Tup-tup… alangkah terkejutnya aku apabila aku lihat ade KURAP kat telinga yea! Both of them! Owh tension. 

nampak tak macam kudis-kudis tu..itula KURAP

Takpe-takpe luckily abang tu kate boleh elok and suggest kan ubat kurap yang baik. Abang tu siap bungkus kan makanan gold coin untuk rabbits tu. Sebelum aku na berangkat tu, die siap inform if anything happened after this, die tak nak tanggung. Oke, tak pela, na buat camne, aku pon da bayar full and gatal nak jugak beli rabbit kat rabbittary die. ”Oke, terima kasih. Alah oke je bang, nampak oke niy.” dialog aku sebelum mengangkat kotak rabbit tu ke dalam kereta kelabuku (eh bernovel pulak! hihi).

Dalam kereta, my freinds sume maen la dengan rabbit tu sementara aku membanting tulang drive for almost 5 hours ek! Penat! Dorang dapat find out ade something berkerak2 kat kaki rabbits tu. Ohoh, matila KURAP jugak yea! Pluss mata yang rabbit gugurl tu BERNANAH (korang mesti salahkan aku kan sebab tak check betul-betul mase amik). Takda maknanya, aku na check camne, mate die tertutup dek bebulu yang gebu, pluss na cepat kan

mata pun tak nampak..gebus gile..

Aku da mula chuak kebebeh niy. Nak bawak pegi vet pon mesti da tutup malam niy.

Sampai kat rumah, aku siap-siap kan cage die sapu dettol and cuci la segala. Sementara nak tunggu kering tu, aku membelek-belek la lagi babies tu ngan family aku. Dorang pon macam geli-geli je na pegang sebab rabbits tu ade KURAP (yela KURAP boleh BERJANGKIT yea!) So my mum yang cukup hygienic tu suruh la aku bawa pegi vet pagi esok. Siap bagi duet RM100 (syukur!). Jadi before pergi vet, aku nak tunjuk kat semua, inilah die Giorgio Cavali Marchese dan Tyra Annabelle Marchesa. =)

Giorgio colour hitam putih & Tyra warna putih tu..amacam, comel tak? =)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...