Monday 27 June 2011

KCHING, KCHING!! *SHOPPING FOR RABBITS


Sebelum pulang ke Utara, aku pergi ke Jalan Pasar sekali lagi untuk shopping for my beloved rabbits. Sebab rancang-rancangnya masa di Utara nanti aku nak separate dorang kepada sangkar yang berlainan (sebab dorang asyik makan bulu pasangan masing-masing, terutamanya Tyra, tak padan dengan betina nya). So segala aksesori yang sedia ada kat rumah perlulah di double kan bilangannya. Tambahan lagi, makanan ikan koi ayah aku kat dalam kolam tu hampir habis, memang tepat sangat lah masanya. Dengan di temani my lil sis (yang memang suka membontoti aku ke mana-mana aku pergi), aku pon drive lah ke Jalan Pasar tersebut.

Seperti selalu, Jalan Pasar always sesak dengan pengunjung-pengunjungnya, tidak kira kaum apa sekalipun. Memang crowded, tapi yang membuatkan aku datang kembali ke sana buat sekian kalinya ialah kepatutan harga barangannya berbanding di tempat lain. So sesak pon, redah aja, asal murah. Hihi. Setelah hampir setengah jam tawar-menawar dan jalan daripada satu kedai ke satu kedai, inilah hasilnya :

niy makanan rabbits, diperbuat daripada alfalfa dan agak costly daripada pellet biasa (saja nak try, mana tahu bagus untuk dorang)

mari kita zoom sikit..niy lah bentuk pellet tu, besar sikit daripada pellet biasa

bekas makanan lut sinar, saja beli 2 (1 bekas pellet, 1 lagi bekas alfalfa)

litter tray, beli warna pink untuk Tyra Annabelle Marchesa =)

eyh, arnab makan makanan ikan ke? nope! niy makanan ikan koi la..

botol air niy telah dibeli pada shopping time 1st time dulu...fyi botolnya dah pecah!! tidak tahu puncanya, yang pastinya melayang duit.. (so next time just nak beli yang nipple guna botol plastik air mineral tu jea, boleh ganti-ganti botolnya)

Sambil-sambil aku survey dan beli aksesori dorang ada juga ternampak beberapa kedai yang menjual anak arnab. Arnab yang dijual kebanyakkannya jenis mix pedaging. So aku tidak berapa minat lah (pluss kondisi arnab yang dijual seperti tidak cukup 40 hari, dangerous tu kalau beli..). 

Selesai kching, kching kan duit (actually tu bunyi duit keluar dari mesin juruwang..hihi), kami pulang dengan perasaan yang seronok (dan poket yang kempis..ahai nasib badan tuan kau lah Giorgio dan Tyra).

3 komen:

  1. kat kl, jalan pasar atau pun jalan pudu.

    ReplyDelete
  2. Tanam sendiri makan arnab...... Biji benih Alfalfa rm50.00 (100gm) whatsapp 0132071229

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...