Wednesday, 9 May 2012

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *GENERASI KE-2 ARNAB TEDDY BEAR



Pada 16 dan 20 April 2012 yang lepas, Tyra dan Selita (anak Tyra) telah pun berjaya melahirkan 5 ekor kits (masing-masing 3 ekor dan 2 ekor). Sememangnya kelahiran ini amat dinanti sayasukaarnab, sementelah tiada kelahiran semenjak musim 2012 ini bermula. Namun sayangnya, kesemua Tyra’s kits mati sebelum sempat membesar. Kelihatan kali ini Tyra seakan tidak cukup bersedia dengan kelahiran anaknya, lantaran bulu yang dicabut tidak menyeluruh serta 2 ekor anak dilahirkan dilantai dan seekor dalam nest box (bersepah). Seekor daripada anak Tyra telah mati seawal kelahiran kerana terbelit dalam gumpalan bulu Tyra yang dicabut untuk nest box nya (lihat sahaja bulunya yang semakin gebu daripada sehari ke sehari, panjang dan berselirat). 

anak arnab Teddy Bear yang mati selepas dilahirkan

Manakala baki 2 ekor lagi diharapkan dapat membesar dengan jayanya, walaupun seeekor didapati sangat kecil (peanut). Habis bulu bahagian bawah badan Tyra digunting bagi memudahkan anaknya menyusu. Lantaran disebabkan kit peanut tersebut kelihatan macam tak dapat menyusu secukupnya daripada Tyra, so susu diberikan secara manual oleh sayasukaarnab dengan memegang ibunya serta diletakkan peanut tadi diperut ibunya untuk menyusu.

lihat perbezaan saiz, seekor kecil, peanut (kanan) dan seekor lagi sederhana (kiri)


Namun, masuk hari ke-3, pulang sahaja daripada sekolah sayasukaarnab melihat sekujur tubuh anak arnab yang sempurna telah kaku. Setelah diasingkan daripada nest box dan diteliti, tiada tanda yang menunjukkan punca anak ini mati maka sayasukaarnab menyimpulkan mungkin telah dipijak oleh Tyra. Jadi yang tinggal hanyalah kit peanut tersebut dan rutin pemberian susu secara manual diteruskan (dalam hati sayasukaarnab hanya berdoa agar anak ini pergi sahaja daripada tersiksa begini sebab tak berapa sempurna kejadiannya). Maka seperti yang telah dijangkakan, malam tersebut anak itu telah pun pergi buat selamanya. Kelahiran kali ini biarpun meninggalkan kesedihan dalam diri, tetapi sayasukaarnab percaya pengalaman sebegini mengajar untuk terus-menerus berusaha memantapkan diri dengan ilmu dan pengalaman yang lebih dalam bidang arnab, seperti kata-kata Joseph Conrad yang berbunyi "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."

Ingin tahu apakah yang terjadi kepada kelahiran sulung Selita Lily? Nantikan entry yang seterusnya dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/


5 komen:

  1. Hai sayasukaarnab..smlm arnab sy bru mlahirkan 4ekor anaknya.sehingga hari ini,anaknya masih bnyawa. Normalkah bagi ibu arnab hanya duduk diam disisi anaknya. Saya tidak pasti samada dia sudah menyusukan anaknya. Saya harap keempat anaknya sihat.

    ReplyDelete
  2. Lupa pula,arnab saya sudah 2kali bunting. Sebelum ini 1 dari 3 ekor anaknya sahaja yang hidup. Tapi sebelum ini dia tidak berada dalam penjagan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah,semoga kits tersebut terus membesar dgn sihat. Sekiranya induknya duduk di sisi kits,itu adalah normal, menandakan ibu arnab bersedia mmenjaga dan akan menyusukan anaknya (arnab hanya akan menyusukan anaknya ketika tiada sesiapa). Jadi jangan runsing jika saudari tidak nampak ibunya menyusukan anak, tetapi saudari boleh mengesan keadaan tersebut dengan melihat perut kits,adakah perut kits tersebut bulat dan mengening dengan kelihatan cecair putih dalam perutnya..itu menandakan arnab saudari menyusukan anaknya,jika perut kits sentiasa kendur dan tidak bulat,maka ibunya tidak menyusukan anak. Hal ini terjadi atas pelbagai faktor. Jadi cuba lihat perut anak arnab saudari dan adakah kits disusukan ibunya?

      Delete
  3. Ooo begitu. Sy lihat perut kits agk bulat dan tidak kempis. Syukur hingga hari ke 4 masih sihat. Apakah makanan yang sesuai untuk kits?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sehingga hari ke-4 kits masih hidup, bermakna induk menyusukan anaknya. Kits akan mula makan makanan ibunya bermula sedari minggu ke-3 (apabila melepasi fasa buka mata). Tapi pada tahap ini, kondisi perut kits masih belum stabil dan masih bergantung penuh pada susu induk. Maka, sediakan banyak alfalfa hay dan pellet dalam sangkar induk agar induk dapat menghasilkan susu yang banyak, di samping kits boleh makan hay yang disediakan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...