Persediaan lebih rapi dilakukan
sayasukaarnab demi memastikan peristiwa kematian kits tidak akan berulang. Disebabkan
sukar untuk mendapatkan perkhidmatan vet untuk membeli vitamin dan keperluan
arnab (rumah sayasukaarnab jauh daripada vet klinik), jadi berdasarkan nasihat
breeder arnab, pembacaan dan pencarian di laman maya, sayasukaarnab telah menemukan
sejenis vitamin yang berfungsi secara menyeluruh bukan sahaja kepada ibu arnab,
malahan juga kepada anak-anak arnab tersebut. Pernahkah anda mendengar sejenis multivitamin
yang digelar Neurovit? Ya, itulah nama multivitamin yang telah sayasukaranab uar-uarkan
dalam entry yang lepas. Berikut merupakan antara ciri-ciri dan fungsi
multivitamin Neurovit :
1) Multivitamin ini terdapat
dalam botol berkapasiti 120ml.
Neurovit (120ml)
2) Multivitamin ini diberikan
kepada arnab secara oral, pastinya dengan menggunakan picagari.
Neurovit dan picagari
3) Sukatan pemberian Neurovit
bergantung kepada berat badan arnab anda. Contohnya: Arnab 1kg : Neurovit 1ml
1ml Neurovit : 1kg arnab
4) Fungsi Neurovit ini adalah
untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan arnab anda daripada kekurangan
nutrisi. Hal ini bermakna, vitamin ini bertindak bukan sahaja sebagai suppliment
yang boleh membantu memberikan tenaga kepada arnab anda, tetapi turut dapat
menjadikan arnab anda sihat dan kuat.
kepelbagaian jenis vitamin yang mempelbagaikan fungsi Neurovit
5) Apabila nutrisi yang
mencukupi dapat diserap oleh tubuh arnab, maka daya rintangan arnab anda
terhadap penyakit adalah tinggi. Oleh itu, arnab kurang diserang penyakit
berbahaya dan kos rawatan arnab dapat dikurangkan.
6) Selanjutnya, dengan adanya
bekalan nutrisi yang cukup, pejantan atau buck akan dapat berkhidmat dengan
baik sebagai pembaka ketika proses mating. Hal ini akan meningkatkan kebernasan
bagi satu-satu proses mating.
7) Apabila masalah kekurangan
nutrisi dapat diatasi, maka kuantiti susu pada ibu mengandung dan menyusukan
kits dapat ditingkatkan. Hal ini bermakna, tiadalah lagi masalah dam kurang
susu dan kits tidak cukup susu (kurus).
8) Neurovit turut membantu
anak-anak arnab membesar dengan baik iaitu dengan memberikan bekalan kalsium
kepada pembentukan tulang arnab anda. Jika vitamin ini diamalkan sedari awal
kehamilan, pastinya kits yang berkualiti dan sihat mampu dilahirkan.
9) Bukan itu sahaja, ibu arnab
yang baru beranak serta buck dan doe yang kurang sihat akan mampu disembuhkan
dengan segera jika mengamalkan penggunaan Neurovit ini.
10) Paling penting, Neurovit
mampu mengatasi masalah stres arnab. Sebelum ini, sayasukaarnab ada menyatakan
yang kelahiran tahun ini tidak berjaya disebabkan arnab stres bukan. Maka
dengan adanya multivitamin ini masalah stress dalam kalangan arnab dapat
dikurangkan.
Tetapi awas, penggunaan
multivitamin ini haruslah dimulakan daripada awal dan secara berterusan agar
segala kebaikan yang dinyatakan tadi diterima arnab secara menyeluruh. Segala
info yang disenaraikan adalah daripada maklumat daripada breeder arnab,
pembacaan, pencarian di laman maya serta testimoni daripada sayasukaarnab
sendiri. Mahu tahu hasil penggunaan Neurovit ini kepada sayasukaarnab beloved
rabbits? Silalah nantikan di entry yang akan datang dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/
*Bagi mendapatkan dan
mengetahui tentang multivitamin Neurovit ini dengan lebih lanjut, anda bolehlah
berhubung dengan pemilik Newhillz Rabbitry. Terima kasih En.Haril =)
Salam, dimana boleh saya cari Vitamin ni? Farmasi eg Caring, Watsons atau di klinik2 biasa?
ReplyDeleteuntuk bawah 1kg arnab, berapa kali sehari utk 1ml?
Terima kasih!
W.salam. Dalam makluman saya, vitamin ini boleh dibeli daripada penjual persendirian sahaja, tidak terjual di mana-mana outlet farmasi. Jikalau saudara/saudari berminat saya boleh dapatkannya untuk saudara/saudari.
DeletePenggunaannya mengikut berat arnab. Biasanya saya akan bagi 1ml untuk 1kg arnab.
Terima kasih.
assalamualaikum, vitamin ni kena bagi brpa kali, dan untuk brapa hari?
ReplyDeleteSatu hari satu malam boleh minum berapa kali dokter?
ReplyDelete