Wednesday, 8 August 2012

ANAK ARNAB MATI


Bulan Jun dan Julai 2012 telah berlalu meninggalkan sayasukaarnab dengan memoir yang pelbagai warna. Hakikatnya, menerusi pengalaman inilah sayasukaarnab mengatasi kelemahan dan mempelajari ilmu baharu untuk meningkatkan kualiti pemeliharaan arnab yang lebih baik. Sepanjang 2 bulan tersebut, Tyra, Selita dan Istabella (teddy bear rabbit) telah berjaya melahirkan anak-anak yang pastinya cukup menggembirakan sayasukaarnab. Tyra beranak sebanyak 3 ekor kits, Selita 2 ekor kits dan Istabella 2 ekor kits. Bukankah jumlah ini cukup banyak buat pencinta arnab kecil-kecilan seperti sayasukaarnab? Ya, ternyata sayasukaarnab cukup gembira dan tak menang tangan dibuatnya dengan kelahiran kali ini.

Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan. Tidak tahu pucuk pangkalnya, Tyra yang sedia berpengalaman melahir dan menjaga anak telah kematian anaknya satu demi satu selang beberapa hari beranak. Ada yang mati tidak menyusu, terbelit bulu induknya dan juga mati dipijak Tyra. 

Tyra's kits di hari ke-3 kelahiran

Kesedihan ini berterusan apabila kelahiran Istabella yang buat julung kalinya tidak berjaya, keseluruhan anaknya mati sedari awal kelahiran. Berlainan pula dengan Selita. Seekor anaknya mati sejak dilahirkan dan seekor lagi hidup tetapi tidak mahu dijaga olehnya. Sayasukaarnab mengambil langkah untuk mengasingkan anak tersebut dan dijaga dengan begitu rapi. Susu diberikan secara manual dengan menumpang susu Miranda (senior doe mini rex). Namun sudah ketentuan-Nya, pada hari ke-6 anak tersebut turut mati.

anak Selita yang mati

anak Selita yang hidup, namun sehingga hari ke-6 sahaja

Maka, keseluruhan kelahiran pada musim ini tidak menjadi. Sehingga saat ini, sayasukaarnab  mengambil keputusan merehatkan kesemua buck dan doe agar rabbits tersebut akan dapat lebih bersedia untuk kelahiran musim yang seterusnya. Semoga pencinta arnab diluar sana dapat mendoakan kejayaan sayasukaarnab yang lebih gemilang kelak. Sehingga berjumpa lagi dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/.


6 komen:

  1. nk tnyer la..arnab saye yg berusia 1bulan ttibe tak bole berjalan mcm biase then lepas 2-3 hri lepas tuh mati..kenape ye..skang ni..berjangkit plak dgn yg lagik sekor..tkbole berjalan then tknk mkn...saya tk thu ape punca dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya hal sedemikian disebabkan kurangnya kalsium dalam badan arnab. sayasukaarnab turut mengalami masalah ini iaitu anak arnab lingkungan 1 bulan lebih lumpuh dan mati. menerusi pengamatan, awalnya anak arnab ini tidak makan selama beberapa hari sebelum didapati lumpuh kaki belakangnya dan seterusnya mati. sebarang makanan langsung tidak dijamah kecuali air minuman, jadi tidak hairanlah akhirnya arnab ini lumpuh (kurang kalsium) dan mati. cuma disebabkan sayasukaarnab menyuapkannya vitamin neurovit, maka ambil beberapa hari sebelum arnab ini mati. punca arnab tersebut tidak makan adalah tidak diketahui,sila rujuk yang lebih pakar.tq

      Delete
    2. saya juga membela 4 ekor arnab teddybear dan pernah mati anak sebanyak 8 ekor. alhamdulillah sekarang ada 4 ekor anak arnab yang baru. apa yang saya dapat perhatikan kenapa anak arnab mati adalah
      1. tempat untuk ibu arnab menyusu sempit
      2. cuba jangan kerap memegang anak arnab sewaktu awal kelahiran melainkan tujuan untuk mengalih ke tempat yang selesa
      3. jika ibu tidak memberi susu , letakkan ibu didalam satu bekas dan biarkan anak-anaknya lalau dibawahnya untuk menyusu. biarkan selama 10-15minit. lakukan setiap hari

      Delete
  2. arnab baka white zealand saya dah 3 kli mlhirkn trmksd yg kli ini..tetapi kenapa stiap kali mlhirkn anak² dia akan mati,kenpa?

    ReplyDelete
  3. Arnab baru pertama kali melahirkan arnab. Baru 8 hari dah mati

    ReplyDelete
  4. Arnab saya baru pertama kali melahirkan anak. Baru 8 hari dah mati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...