Monday 29 August 2011

ARNAB BALIK KAMPUNG



Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dan tahun ini aku akan menyambut lebaran dikampung halaman. Jadi all my bunnies perlulah ikut pulang ke kampung sekali untuk menyambut raya bersama, cewahhh macamlah dorang sambut raya! Bukannya apa, jikalau dibiarkan di rumah sewa, tentu sahaja mereka akan terabai kerana semua housemateku turut balik ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu, beginilah nasib mereka yang menjadi perantau, hehe.

Giorgio dan Tyra diletakkan dalam kotak, niy pun puas bertukar 2 kotak sebelum gerak sebab kena tebuk si Tyra. buas sungguh!!

Si Luna kecil molek ni diletakkan keseorangan dalam beg kertas, niy kurang buasnya dan bijak sikit. lihatlah, bila sahaja lensa kamera mengadapnya, dia terus memalingkan muka dan pose baik punya..hihi


*dikesempatan ini, semua anggota keluarga sayasukaarnab mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA!!! Dalam kita berseronok berwaspadalah, agar kegembiraan yang dikecapi kekal buat selamanya. Paling penting, jangan abaikan kebajikan arnab anda =)


2 komen:

  1. tak meragam ye arnab tu dalam kereta? bagusnya.. aranab pun nak raya jugak.. hehe

    ReplyDelete
  2. masa sblum grak tu meragam gak,kne jgakla tukar kotak 2 kali..kreta dah gerak,suma diam,x brani kot..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...