Sunday, 14 August 2011

R.I.P GALILEO JR.


Setibanya di rumah pada tengahari 12 Ogos 2011 tersebut, aku disambut housemateku dengan muka yang agak panik. ”Baik kau masuk sekarang...”, rakanku berkata-kata. Aku bertanya, ”Kenapa???” dan dia terus menggelengkan kepala. Parking je kereta, aku terus meluru ke dapur (tempat sangkar arnab-arnab aku ditempatkan). Aku dah jangkakan dah... Sekujur tubuh kecil hitam yang masih terlalu muda untuk mengharungi liku-liku hidup sebagai seekor arnab terkaku keras di hujung sangkar.

semoga bersemadi dengan tenang...

Pada malam sebelumnya, Galileo Jr. memang agak pasif daripada selalu, tidak mahu makan dan bermain dengan Luna. Aku lihat tiada pula najis cair di tray najisnya. So, bukan cirit-birit. Atas faktor kelainan inilah, aku bancuhkan oat (sepertimana Giorgio) dan ORS, aku suapkan padanya. Dia makan agak banyak. Jadi aku siap bancuh ORS tu dan letakkan dalam sangkar dorang, diminumnya sampai habis, aku buat lagi.

Sahur itu, aku jengah masih dalam keadaan seperti semalam, tidak mahu makan, berdiam diri dan hanya menjamah air ORS tersebut. Tapi tidak mengapalah, dengan adanya ORS tu setidak-tidaknya dia akan bertahan sebelum aku bawa berjumpa vet selepas waktu persekolahan.

Tetapi, sudah ketentuan Ilahi, tengahari itu aku teruji lagi. Biarlah dia bersemadi di sana, mungkin tempatnya bukan didunia dan ada hikmah disebaliknya buat aku yang masih mentah dalam bidang peliharaan arnab ini. Sayonara Galileo Jr.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...