Monday, 29 August 2011

UBAT SAKIT MATA ARNAB


Kini kondisi mata kiri Luna semakin beransur baik. 

keadaan mata Luna yang semakin pulih...

pandangan mata Luna daripada hadapan, kini tidak lagi membengkak...

Agak lama juga masa yang diambil untuk memastikan mata kiri Luna ini pulih seperti sediakala. Hanya ubat-ubatan dan regim rawatan yang ketat sahajalah dapat membantu agar keadaan mata Luna kembali pulih. Jadi disini aku ingin kongsikan ubat sakit mata arnab dan cara rawatan yang digunapakai sepanjang rawatan tersebut :

1)     Dettol
2)     Ubat mata titis (dipreskepsikan oleh vet)
3)     Ubat mata ointment, LC Oftalmolosa Cusi Genamicin 0.3%, made in Barcelona, Spain (dipreskepsikan oleh vet)
4)     Air bersih secukupnya dan kapas/tisu


1)     Paling utama, bersihkan sangkar arnab anda menggunakan DETTOL agar segala bakteria yang tidak diingini dapat dihapuskan.

gunakan Dettol untuk membasmi kuman pada sangkar arnab anda...

2)     Titiskan UBAT MATA TITIS (yang diperoleh daripada vet semasa rawatan mata Tyra dan Giorgio dahulu) setitis untuk sekali rawatan dan digunakan  sebanyak 4 hingga 6 kali sehari. Ubat mata titis ini berfungsi untuk memberi kelegaan kepada rengsa mata arnab dan menyingkirkan segala bendasing yang menghingapi mata arnab anda melalui proses pembentukan tahi mata.


ubat mata versi titis

3)     UBAT MATA OINTMENT digunakan selepas ubat titis. Ubat ini digunakan dengan cara ratakan ointment tersebut kepada anak mata (kalau arnab anda degil, sapukan sahaja pada kelopak mata) dan ratakan dengan tangan yang bersih agar keseluruhan mata mengenainya. Sapukan ubat ini untuk 2 hingga 3 kali sehari kerana ointment ini mampu bertahan lama pada mata arnab anda.


ubat mata ointment, LC Oftalmolosa Cusi Genamicin 0.3%

4)     AIR BERSIH SECUKUPNYA adalah untuk mencuci mata arnab anda terlebih dahulu sebelum anda apply semua ubat mata tersebut. Gunakan KAPAS atau TISU yang dilembapkan dengan air tersebut dan sapukan perlahan kepada mata arnab anda. Ulangi langkah ini untuk 2 hingga 3 kali.

5)     Itu sahaja. Mudah bukan? Selamat mencuba!



1 komen:

  1. saya dari kpg sg jai..ada bela arnab dlm 18 ekor,sebelum ni ada bnyak ekao,ada yg di jual dan ada yg di lpaskan begitu je..jadi saya ambik keputusan bak jual semua arnab yg ada ni dengan harga yg murah termasuk sankar sekali..saya nak tanye ,awak berminat ke nak bli,arnab pedaging ni..
    kalau berminat boleh cal ke nom ni 01118989661..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...