Wednesday, 14 September 2011

MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL


Secara umumnya, arnab memerlukan diet yang seimbang untuk menggalakkan pertumbuhan bulu yang cantik, tahap kesihatan yang baik serta pembentukkan struktur badan yang sempurna. Oleh hal yang demikian, kuantiti makanan yang perlu bagi seekor arnab remaja (7 bulan hingga 1 tahun) ialah seperti berikut :

a)                 Perkenalkan diet timothy hay dan kurangkan pemberian affalfa
b)                 Kurangkan pemberian pellets kepada arnab iaitu ½ cawan bagi seekor arnab yang mempunyai berat 2.5kg sehari bagi mengelakkan obesiti
c)                  Pertingkatkan kuantiti sayur-sayuran segar (dijemur dahulu agar separa kering bagi mengelakkan cirit-birit dan kekembungan)
d)          Berikan buah-buahan dalam kuantiti yang sedikit atau kurang daripada 100gram bagi seekor arnab yang mempunyai berat 2.5kg sehari kerana buah-buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi

Maka, selain pellet gold coin, pellet alfalfa, timothy hay dan sedikit epal, aku turut memberikan my rabbits daun israel (namanya diperoleh akibat ketegaran pokok tersebut untuk tumbuh subur, meskipun telah dicabut beberapa kali) bagi menggantikan sayuran segar. 

rupa bentuk pokok israel

bunganya yang berwarna putih unggu

terdapat juga buah, tirus memanjang

Daun israel menjadi pilihan kerana murah dan mudah didapati (tumbuh meliar sekitar rumah).

haa, banyakkan...dah macam kebun sayur pula...

Oleh itu, mari ikuti langkah bagi penyediaan daun israel untuk makanan my beloved rabbits :

1)                 Petik bahagian pucuk sehingga ¼ daripada pokok tersebut.

petik sahaja 1/4 daripada 

2)                 Kumpulkan dan basuh sehingga bersih.

dicuci sehingga bersih

3)      Letakkan diatas pinggan atau apa-apa sahaja bekas dan dijemur dibawah terik Matahari sehingga petang.

letakkan dalam pinggan

jemurkan dibawah sinar Matahari terik

4)             Kemudian, bolehlah berikan daun israel yang separa kering tadi kepada arnab anda lebih kurang segenggam sehari (bergantung kepada berat arnab anda).

berselera sungguh Tyra menjamu selera...

5)                 Itu sahaja, selamat mencuba. =)


7 komen:

  1. arnab kena kelemumur... mcm mana nak buat... ada jual ubat kelemumur tak...

    ReplyDelete
  2. ohh kelimumur.mengikut pengalaman mmg penyakit niy susah nak diubati.paling penting kena rajin. macam saya, pergi vet dan ambil ubat (sila rujuk lawatan ke klinik haiwan 1st and 2nd trip). lepas tu kena sapu hari2.letakkan sangkar dikawasan yang terdapat aliran angin yang baik. saya mmg pasang kipas utk mereka. jgn mandikan, krn bakteria akn lbh cpt membiak dengan keadaan panas dan lembap yang berulang. tawakal. itu sahaja.cubalah, insyaAllah berkesan.tak pun cuba tanya blogger lain yang lbh berpengalaman,sy baru setahun jagung.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zarasaki Kenpachi atas cadangan. Setakat ini penggunaan minyak TYT ok ke? Sbb dikhuatiri mnjejaskan kulit mahupun kesihatan arnab krn secara amnya arnab mrupakan haiwan yg sensitif. Kalau ok,mungkin pencinta arnab yang lain boleh cuba kaedah ini. Selamat maju jaya ;)

      Delete
  3. nak tanye...leh x bagi makan daun ni kat Guinea Pig??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya tak pasti. Jikalau kepada arnab setakat ni belum ada sebarang masalah, tetapi perlulah mengikut langkah-langkah yang telah disyorkan di atas. =)

      Delete
  4. salam.nk tya,kalo nk bg buah, buah apa yg blh bg ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...