Monday, 29 August 2011

ARNAB BALIK KAMPUNG



Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dan tahun ini aku akan menyambut lebaran dikampung halaman. Jadi all my bunnies perlulah ikut pulang ke kampung sekali untuk menyambut raya bersama, cewahhh macamlah dorang sambut raya! Bukannya apa, jikalau dibiarkan di rumah sewa, tentu sahaja mereka akan terabai kerana semua housemateku turut balik ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu, beginilah nasib mereka yang menjadi perantau, hehe.

Giorgio dan Tyra diletakkan dalam kotak, niy pun puas bertukar 2 kotak sebelum gerak sebab kena tebuk si Tyra. buas sungguh!!

Si Luna kecil molek ni diletakkan keseorangan dalam beg kertas, niy kurang buasnya dan bijak sikit. lihatlah, bila sahaja lensa kamera mengadapnya, dia terus memalingkan muka dan pose baik punya..hihi


*dikesempatan ini, semua anggota keluarga sayasukaarnab mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA!!! Dalam kita berseronok berwaspadalah, agar kegembiraan yang dikecapi kekal buat selamanya. Paling penting, jangan abaikan kebajikan arnab anda =)


UBAT SAKIT MATA ARNAB


Kini kondisi mata kiri Luna semakin beransur baik. 

keadaan mata Luna yang semakin pulih...

pandangan mata Luna daripada hadapan, kini tidak lagi membengkak...

Agak lama juga masa yang diambil untuk memastikan mata kiri Luna ini pulih seperti sediakala. Hanya ubat-ubatan dan regim rawatan yang ketat sahajalah dapat membantu agar keadaan mata Luna kembali pulih. Jadi disini aku ingin kongsikan ubat sakit mata arnab dan cara rawatan yang digunapakai sepanjang rawatan tersebut :

1)     Dettol
2)     Ubat mata titis (dipreskepsikan oleh vet)
3)     Ubat mata ointment, LC Oftalmolosa Cusi Genamicin 0.3%, made in Barcelona, Spain (dipreskepsikan oleh vet)
4)     Air bersih secukupnya dan kapas/tisu


1)     Paling utama, bersihkan sangkar arnab anda menggunakan DETTOL agar segala bakteria yang tidak diingini dapat dihapuskan.

gunakan Dettol untuk membasmi kuman pada sangkar arnab anda...

2)     Titiskan UBAT MATA TITIS (yang diperoleh daripada vet semasa rawatan mata Tyra dan Giorgio dahulu) setitis untuk sekali rawatan dan digunakan  sebanyak 4 hingga 6 kali sehari. Ubat mata titis ini berfungsi untuk memberi kelegaan kepada rengsa mata arnab dan menyingkirkan segala bendasing yang menghingapi mata arnab anda melalui proses pembentukan tahi mata.


ubat mata versi titis

3)     UBAT MATA OINTMENT digunakan selepas ubat titis. Ubat ini digunakan dengan cara ratakan ointment tersebut kepada anak mata (kalau arnab anda degil, sapukan sahaja pada kelopak mata) dan ratakan dengan tangan yang bersih agar keseluruhan mata mengenainya. Sapukan ubat ini untuk 2 hingga 3 kali sehari kerana ointment ini mampu bertahan lama pada mata arnab anda.


ubat mata ointment, LC Oftalmolosa Cusi Genamicin 0.3%

4)     AIR BERSIH SECUKUPNYA adalah untuk mencuci mata arnab anda terlebih dahulu sebelum anda apply semua ubat mata tersebut. Gunakan KAPAS atau TISU yang dilembapkan dengan air tersebut dan sapukan perlahan kepada mata arnab anda. Ulangi langkah ini untuk 2 hingga 3 kali.

5)     Itu sahaja. Mudah bukan? Selamat mencuba!



Sunday, 21 August 2011

ARNAB SAKIT MATA



Selepas bangun daripada tidur hari ini, aku segera melewati sangkar arnab-arnabku. Tup, tup tengok mata Luna lain macam je. Matanya terpejam dibahagian kiri. Bahagian kanan normal, terbuka macam biasa. Selepas diteliti betul-betul matanya bengkak dan didalam matanya kemerahan. Tidak tahu punca dan akibat, aku segera merawatnya. 

kelihatan mata kiri Luna terkatup rapat...

daripada jarak dekat...confirm!something unusual with Luna's eye

perbandingan mata kiri dan kanan..kiri kelihatan lebih membengkak...

keadaan dalam mata yang kemerahan...

mata Luna yang membengkak dan kemerahan...ini perlu segera dirawat!

So selepas diberikan ubat tersebut aku harap akan ada perubahan. Semoga Luna cepat sembuh seperti sediakala. Jika berkesempatan, cerita tentang ubat-ubatan mata Luna akan diceritakan pada next entry.

*nasiblah Luna niy jenis lincah dan kuat makan, sakit mata pun selera tetap tinggi! Tak lah aku risau sangat...


Tuesday, 16 August 2011

UBAT CIRIT-BIRIT ARNAB

Alhamdullilah, Giorgio kini semakin aktif dan bertambah cergas. Najisnya juga kembali berbentuk normal (bulat-bulat). Jadi disini, aku ingin berkongsi sedikit tips untuk menjaga dan merawat penyakit cirit-birit arnab. Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut :

a)     Antibiotik (mengikut preskepsi vet)
b)     Yogurt / yakult
c)     ORS (oral rehydration therapy solution)
d)     Oat natural dan Hay
e)     Pil Chi Kit Teck Aun
f)     Dettol
g)     Picagari (untuk menyuap makanan dan ubatan)


1)     Langkah pertama ialah bersihkan sangkar, tubuh arnab dan segala bekas makanan arnab anda menggunakan DETTOL. Pastikan sangkar dan bekas makanan tersebut dibilas sebaiknya selepas dicuci menggunakan DETTOL tersebut.

sila gunakan DETTOL, 100% berkesan membunuh bakteria berbahaya

      Paling penting sentiasa pastikan tubuh arnab anda berada dalam keaadaan yang bersih daripada najisnya. Cukur atau gunting bahagian bulu yang sukar dibersihkan. Hal ini bagi mengelakkan bakteria dan patogen lain daripada merebak dan menjejaskan lagi kesihatan arnab anda.

2)     Sila singkirkan semua makanan dan minuman sedia ada arnab anda dan gantikannya dengan OAT NATURAL dan HAY serta ORS (oral rehydration therapy solution). OAT dan HAY membantu proses penstabilan ph dalam perut arnab anda. Maka kesakitan perut akan beransur-ansur berkurangan. 

OAT yang digunakan, pastikan natural...
     
     ORS pula membantu untuk memberikan tenaga dan menggantikan air yang hilang ketika diserang cirit-birit (ORS tu sama macam air garam yang selalu doktor provide bila manusia cirit-birit). Tidak sukar untuk anda mencuba sendiri untuk menghasilkan ORS ketika disaat genting, aku juga menghasilkannya sendiri (yalah, di sini klinik tutup pukul 6 petang, farmasi pukul 9.30 dah tutup, mana nak cari???). Dalam entry yang seterusnya aku akan ajar bagaimana untuk menghasilkan ORS.

3) Jika didapati arnab anda tidak menjamah sebarang makanannya, anda WAJIB menyuapkan sendiri makanan tersebut ke mulut arnab anda. Caranya ialah ambil 2 sudu kecil oat, sedikit gula (menambah tenaga) dan dibancuhkan dengan sedikit air suam. Kacau sebati dan disuapkan menggunkan PICAGARI.

dengan PICAGARI, kerja menyuap arnab yang degil menjadi lebih mudah...
     
     Sila berikan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap agar makanan dapat dihadam sebaiknya oleh perut arnab.

4)  Selepas itu, ambil 3 atau 5 biji PIL CHI KIT TECK AUN dan hancurkannya dalam air suam. Sedut menggunakan PICAGARI dan suapkan kepada arnab anda. Pastikan pil yang telah dihancurkan dihabiskan. 

pil ini walaupun untuk manusia, tetapi juga sangat berkesan kepada arnab anda...
     
     Pil ini berfungsi untuk menstabilkan perut arnab anda dan mengurangkan kadar cirit-birit serta kehilangan air dalam badan. Kedengaran agak janggal bukan? Tetapi aku telah mencubanya dan BERJAYA memulihkan arnab peliharaanku, anda pula bagaimana?

5)     Berikan arnab anda ANTIBIOTIK (seperti yang telah ditetapkan oleh vet) dan diikuti pula dengan pemberian YOGURT NATURAL atau YAKULT menggunakan PICAGARI. ANTIBIOTIK berfungsi membunuh semua bakteria dalam badan arnab, dengan memberikan YOGURT sebagai selingan akan dapat mengekalkan kewujudan bakteria baik dalam perut arnab, seterusnya menstabilkan kondisi perut arnab anda.

ANTIBIOTIK, sila titiskan ke dalam mulut arnab anda...(mengikut nasihat vet)

NATURAL YOGURT diberikan kepada arnab selepas pemberian antibiotik..

6)     Itu sahaja, selamat merawat dan meluangkan masa berkualiti bersama arnab anda. =)


**Semua ini berdasarkan rangkuman nasihat daripada vet, Puan Sofiyah, pembacaan di Google dan ibuku sendiri. Terima kasih kepada semua. Terpulang kepada anda semua untuk mencuba, tetapi jika sayasukaarnab berjaya memulihkan arnabnya, mengapa tidak anda?


Sunday, 14 August 2011

R.I.P GALILEO JR.


Setibanya di rumah pada tengahari 12 Ogos 2011 tersebut, aku disambut housemateku dengan muka yang agak panik. ”Baik kau masuk sekarang...”, rakanku berkata-kata. Aku bertanya, ”Kenapa???” dan dia terus menggelengkan kepala. Parking je kereta, aku terus meluru ke dapur (tempat sangkar arnab-arnab aku ditempatkan). Aku dah jangkakan dah... Sekujur tubuh kecil hitam yang masih terlalu muda untuk mengharungi liku-liku hidup sebagai seekor arnab terkaku keras di hujung sangkar.

semoga bersemadi dengan tenang...

Pada malam sebelumnya, Galileo Jr. memang agak pasif daripada selalu, tidak mahu makan dan bermain dengan Luna. Aku lihat tiada pula najis cair di tray najisnya. So, bukan cirit-birit. Atas faktor kelainan inilah, aku bancuhkan oat (sepertimana Giorgio) dan ORS, aku suapkan padanya. Dia makan agak banyak. Jadi aku siap bancuh ORS tu dan letakkan dalam sangkar dorang, diminumnya sampai habis, aku buat lagi.

Sahur itu, aku jengah masih dalam keadaan seperti semalam, tidak mahu makan, berdiam diri dan hanya menjamah air ORS tersebut. Tapi tidak mengapalah, dengan adanya ORS tu setidak-tidaknya dia akan bertahan sebelum aku bawa berjumpa vet selepas waktu persekolahan.

Tetapi, sudah ketentuan Ilahi, tengahari itu aku teruji lagi. Biarlah dia bersemadi di sana, mungkin tempatnya bukan didunia dan ada hikmah disebaliknya buat aku yang masih mentah dalam bidang peliharaan arnab ini. Sayonara Galileo Jr.



Saturday, 13 August 2011

TIDAK!!! ARNAB CIRIT-BIRIT!!!


Pulang daripada sekolah, aku seperti selalu akan menjengah sangkar arnab-arnabku. “Hurm, semacam ada bau yang kurang menyenangkan. Perlu segera dibersihkan sangkar arnab-arnabku ini,” getus hatiku. Ketika sedang asyik memerhati sangkar mana yang mengeluarkan najis yang berbau sebegitu busuk daripada biasa, mata aku tertancap pada selambak najis dalam sangkar Giorgio. Paling penting najis itu tidak seperti biasa, tetapi cair dan kehijauan. Tidak!!! Giorgio diserang cirit-birit! 

ini lah rupa bentuk najis Giorgio tersebut...

Dalam keadaan penat yang masih belum berkesudahan, aku bingkas bersiap untuk bergegas ke Klinik Haiwan Hazlim. Tetapi, sampai sahaja disana, KHH tutup!!! Tension! Tertera di signboard buka pukul 3.00 petang. Ok, tidak mengapa aku tunggu juga. Tup-tup ada pembantu yang bekerja di KHH mengetuk tingkap kereta, dia bertanya kenapa. Sebelum aku sempat cerita panjang lebar, dia menyampuk dan mengatakan VET TIDAK ADA! Tension ke tidak??? Tapi nasiblah dia professional, dia call kan vet dan bagi aku cakap dengan vet tersebut. At last, pembantu ni berikan aku antibiotik, picagari dan menyuruh aku sulamkan dengan natural yogurt. Sempat juga aku meminta tolong pembantu vet ni untuk membersihkan najis Giorgio yang melekat di bahagian belakangnya. 

Jadi adakah aku berjaya menyembuhkan Giorgio yang diserang diarrhea ini? Sama-samalah pembaca diluar sana mendoakan semoga panjanglah umur Giorgio untuk hidup bersama denganku.

*harap maaf, tiada sebarang gambar yang sempat di snap di KHH, sebab aku tengah risau tahap kemuncak ketika itu...


Friday, 12 August 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *FOURTH TRIP



Setelah puas bermain kejar-kejar dengan Tyra kerana sifatnya yang semakin agresif (sila rujuk entry ARNAB AGRESIF), Giorgio dan Tyra selamat sampai di Klinik Haiwan Hazlim untuk rawatan kulit mereka. Kali ini aku ditemani junior merangkap fotographer untuk lawatan ke klinik haiwan ni (hehe, tanx yup!).

bagi memudahkan urusan, rabbits akan diletakkan dalam carrier diy (rujuk entry DIY *Rabbit carrier)

Seperti biasa, ada sahaja pesakit lain yang masih menanti giliran mereka untuk dirawat oleh vet antaranya ialah kucing dan arnab. Sempat jugalah aku bersembang itu dan ini dengan pemelihara arnab tersebut. Cantik dan manja arnab lop milik kakak tersebut. Perasaan untuk memiliki sepasang arnab lop ear meluap-luap seketika. Tetapi apabila difikirkan semula, arnab 2 ekor ni pun tak terjaga, nak tambah koleksi lagi? Ahai, terbantut hasrat. 

“Jojo, Tyra..” nama arnab aku disebut receptionist menandakan giliran mereka untuk dirawat (selalu sangat orang tersalah sebut nama GIORGIO..hurm kene tukar nama di kad pengenalan rabbit la lepas ni,hehe). Berjumpa sahaja dengan vet tersebut, aku ceritalah tentang penyakit yang aku jangkakan dihidapi oleh Giorgio dan Tyra tersebut. Tanpa berlengah lagi, mari kita saksikan aksi rawatan untuk arnab-arnabku :


Tyra di check up dahulu..didapati ada KURAP di kaki hadapannya (as what i expected)

kemudian, check kelimumur pula...

kemudian timbang berat badan Tyra pula untuk menentukan sukatan ubat kurapnya nanti...ni rupa bentuk mesin penimbang itu

berat badan Tyra meningkat, yeay! daripada 0.6kg kepada 0.65kg, sedikit tetapi ada peningkatan. syabas Tyra! hihi

kini tiba masa Giorgio pula untuk dirawat...check kurap..TIADA KURAP, yeay! hipotesis aku dalam entry KURAP ARNAB!!! diterima...

check kelimumur pula...hurm, masih ada nampaknya, balik ni kena apply ubat kelimumur warna pink...

Setelah Giorgio ditimbang (maaf tak sempat nak snap,hihi), ada peningkatan dalam berat badannya. Daripada 0.65kg kepada 0.75 kg, bagus, bagus! Aku bertanya juga kepada vet, adakah berat ini normal (yela, bawah 1kg. Arnab orang lain gempal-gempal, aku punya..ahai...) Jawapannya adalah : NORMAL! Lega rasanya bila mendengar vet cakap macam itu, kini aku tidak risau lagi  =)

vet tengah calculate berapa banyak dos ubat kurap untuk rabbits ni...Giorgio walaupun tidak ada kurap, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, harus juga diberikan...

vet tengah menyedut ubatnya...(Giorgio dan Tyra macam budak kecil, menyibuk di fail vet, macamlah boleh membaca..hurm, takut sekejap lagi di ngapnya Tyra tu, bukan boleh percaya..) 

Tyra diberikan ubat dahulu secara oral...

ohh, seperti biasa apabila diberikan ubat Tyra akan toleh kiri, toleh kanan...

inilah resolusinya...Tyra diangkat dan disuapkan ubat...itulah agresif lagi...

giliran Giorgio pula...sekali suap je, dah berjaya...

sekarang nak grooming pula...nampak tak bulu yang bergumpal itu? ya, harus kita potongkan saja!

aktiviti mengguntingkan bulu di tengkuk Giorgio dimulakan dahulu (bulu bergumpal kesan sapuan ubat kelimumur krim dahulu)

kemudian di bahagian punggung...ni terjadi sebab Giorgio suka sangat berbaring dengan menyandarkan punggung ke bucu sangkar...

setelah kerja grooming hampir selesai...banyak betul bulu Giorgio yang bergumpal, boleh buat baju ni, hihi...

Begitulah pelbagai aksi yang boleh dilihat ketika arnab-arnab kesayangan aku ni di berikan rawatan di KHH. Semoga rawatan kali ini akan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada arnab-arnabku. Amin. =)


Saturday, 6 August 2011

NEW MINI REX BUNNY


Mari kita ber POP POP POP KUIZ!!! sebentar. Tahukah anda bahawa arnab yang masih kecil tidak boleh tinggal bersendirian dan ini akan mendatangkan stress seterusnya kematian kepada arnab anda? Tettttttttt... Jawapannya adalah YA. 

Jadi bersandarkan kepada fakta ini, aku segera mencari pasangan kepada Luna agar dia tidak mengikut jejak Galileo. Aku terpaksa membeli pada individu yang sama kerana individu tersebut menjanjikan potongan harga (menggantikan Galileo yang dah mati katanya, padahal still mahal...) dan umur arnab yang sudah melebihi 2 bulan. Jadi, inilah hasilnya...

Galileo Givenchy Duke Jr. 
(sengaja aku letak nama yang sama kerana sebiji macam Galileo, fully black)


dapatlah jadi peneman kepada Luna...tengok tu, baru berkenalan sudah bermesra (nasib baik tak gaduh =) )

*actually setelah diteliti, saiz Galileo Jr. ni lebih kurang je dengan Luna yang berusia 1 bulan setengah. Buat peminat arnab di luar sana, adakah kita boleh menilai usia arnab yang sama spesis melalui saiz badannya? Hurm musykil, musykil...



Friday, 5 August 2011

PUNCA-PUNCA KEMATIAN ARNAB


Seperti yang telah dijanjikan, ini adalah entry mengenai PUNCA-PUNCA KEMATIAN ARNAB. Hakikatnya secara semulajadi, arnab tidak akan menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit untuk mengelakkan mudah dikesan musuh dipersekitaran. Dengan itu, arnab yang dipelihara juga akan seberapa daya menyorokkan penyakitnya sehinggalah menemui ajal, terutamanya untuk arnab yang masih muda. Hurm, no wonder lah Galileo mati tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda menghidap penyakit.

Setelah menjalankan sedikit kajian (rajin sungguh hari ni..hihi), antara penyebab utama kematian bunny atau anak arnab ialah bunny tersebut menghidap tekanan daripada persekitaran. Sepertimana bayi manusia, anak arnab yang masih muda juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik.

Namun malangnya, kemungkinan besar penjagaan rumit ini tidak dititikberatkan oleh sebahagian pengusaha arnab secara komersial. Hal ini kerana kadangkala untuk meraih untung yang cepat dan tinggi, anak arnab yang masih belum bercerai susu akan dipisahkan daripada induknya dan dijual kepada pet shop ataupun pet’s lover. Anak arnab yang masih kecil mempunyai tahap kecomelan dan permintaan yang tinggi buat masyarakat yang gemarkan arnab-arnab comel ini.

kalau dah kecil macam ni, aku pun akan tertawan dan terus membeli...

Lantas, memisahkan mereka dengan ibunya, sekali gus dijual akan dapat mendatangkan keuntungan buat pengusaha tersebut. Tetapi kesannya ialah anak arnab tersebut akan menghidap stress disamping mungkin bakal menghidapi cirit-birit akibat memakan makanan (pellet) yang masih asing bagi perut mereka. Seperti bayi manusia, adakah kita akan bagi anak kita makan-makanan yang keras pada usia bayi? Jadi selayakkan anak-anak arnab ini dilayan sebegini?

Tambahan lagi ketika proses pembelian dan penghantaran, anak arnab ini akan terdedah kepada stress dan risiko jangkitan bakteria serta virus. Hal ini kerana kebarangkalian tinggi anak arnab akan berpindah tempat daripada ladang penternak kepada penjual (pet shop atau individu persendirian) dan kemudiannya berpindah ke tangan individu lain mahupun dibeli oleh peminat haiwan untuk dijadikan pet. Namun adakah anda sedar, sepanjang kronologi proses penjualan tersebut, arnab ini menghidap stress kerana kepenatan mahupun ketakutan. Manusia juga memerlukan rehat setelah melalui perjalanan yang jauh, inikan pula baby arnab yang masih kecil. Dalam pada itu, ketika proses pertukaran tangan ke tangan ini, adakah anda pasti semasa proses pemilihan arnab yang ingin dibeli tersebut, si pembeli memiliki tangan yang bersih, memegang, memilih dan membelek arnab tersebut dengan cermat? Adakah anda pasti anak arnab yang dipilih tidak mengalami sebarang kesakitan, tidak stress dan tidak terhindar daripada sebarang kuman? Sedangkan bayi manusia, kita tatang bagai minyak yang penuh bagi mengelakkan mereka sakit dan menangis, bagaimana pula bunnies tersebut, ada sesiapa yang peduli akan tangisan mereka (teremosi pula..hihi). 

Apabila berpindah daripada satu lokasi ke lokasi yang lain, adakah jenis pemakanan yang sama dibekalkan buat anak arnab ini? Pada usia sebegini perut anak arnab masih lagi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya, maka pertukaran diet dan jenis makanan arnab secara drastik pastinya meningkatkan kadar stress serta mengundang sakit perut, cirit-birit dan selanjutnya kematian!

Secara kesimpulannya, dapat dirangkumkan bahawa Galileo mati adalah disebabkan stress (sebab tahi dia dalam keadaan normal, tidak cirit-birit). Tidak kiralah Galileo stress ketika dalam proses penjagaan penjual tersebut ataupun dibawah penjagaan aku, yang paling penting adalah elakkan daripada membeli anak arnab yang masih kecil. Hal ini dapat mengelakkan daripada wujud masalah stress mahupun cirit-birit kepada anak arnab anda. Jika ARNAB ANDA SUDAH TERKENA CIRIT-BIRIT, SILALAH BERIKAN ARNAB ANDA YOGURT ASLI MAHUPUN YAKULT kerana bakteria baik yang terkandung dalam minuman tersebut mampu menstabilkan semula kondisi perut arnab anda.

fyi, strawberry itu sekadar hiasan. jangan bagi strawberry tu sekali, bertambah sakit la pula perut bunny tu nanti...

tidak ada yogurt, bagilah yakult.untuk memudahkan urusan menyuap, sila gunakan picagari yea...

Tetapi bukankah mengelak itu lebih baik daripada mengubati? Jika aku dah terkena, janganlah sesiapa di luar sana juga ditimpa nasib seperti aku. Berhati-hati membeli dan memelihara arnab, supaya nanti tidak ada yang mati. =)

semoga Luna dan Galileo Jr. membesar dengan sihat, cantik dan menawan...(eyh, yang hitam tu bukan Galileo yea, tapi GALILEO GIVENCHY JR...mahu tahu apa kisahnya dengan Galileo Jr. ini, nantikan di entry yang seterusnya di sayasukaarnab.blogspot.com.jumpa lagi!!!)


R.I.P GALILEO GIVENCHY DUKE


Tidak tahu silap di mana dan apa puncanya, pada pagi 3 Ramadhan 1432H Galileo Givenchy Duke telah pergi buat selamanya. Kecewa dan sungguh terkilan kerana sebelum tidur pada pukul 2 pagi tersebut, Galileo masih boleh makan dengan berselera dan bermesra dengan Luna. Namun, apabila aku bangun untuk bersahur dalam jam 5 pagi, Galileo telah terbaring kaku. Awalnya dalam keadaan separuh sedar (kerana baru bangun tidur lagi) aku ingatkan Galileo tidur. Setelah lampu dibuka, sah, my bunny already dead!

terbaring tak bernyawa dah...

Tidak mengapalah, aku redhakan sahaja pemergiannya. Cuma yang aku terkilan sangat, Galileo tak menunjukkan tanda-tanda awal bahawa dia akan pergi selamanya. Tidak sakit, tidak cirit-birit malahan selera makannya meningkat. Jikalau tidak, bolehlah aku mengambil langkah berjaga-jaga dan sudah bersedia untuk kehilangannya. Aku ada juga bertanya kepada si penjual mini rex ni berkenaan puncanya, namun tiada sebarang jawapan yang diterima. Tetapi apabila aku bertanya tentang bagaimana untuk membeli mini rex yang baru, boleh pula membalas khidmat pesanan ringkas dengan segera. Aku bukannya mahukan duit ataupun ganti rugi, cuma aku inginkan kepastian dimanakah silap aku dalam menjaga bunnies yang baru aku peroleh dalam 4 hari ini, itu sahaja. Tidak mengapalah, nanti aku sendiri akan buat research tentang PUNCA-PUNCA KEMATIAN ARNAB. Nantikan dalam entry yang akan datang… Selamat bersemadi di sana Galileo =(

semoga berbahagia di sana...


khas buat GALILEO GIVENCHY DUKE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...