Seperti yang telah di janjikan, entry kali niy aku nak tunjukkan macam mana hendak buat rabbit carrier daripada bahan terpakai (niy untuk sesiapa yang mahu menjimatkan kos, especially student macam aku). Paling penting bahan-bahannya ialah kotak kertas A4 atau A3 yang bertutup (tidak kisah jenama apa-apa pun), gunting, pisau dan sedikit alfalfa (sebagai alas kotak).
1) Mula-mula sekali, kita perlu membuat ruang udara. Kotak kertas A4 tersebut digunting sisinya untuk membentuk ruang petak kecil (guntingkan sahaja mengikut kreativiti anda, asalkan ruang udara tersebut mencukupi untuk arnab anda dan tidak pula membolehkan arnab anda terkeluar kelak). Bagi bahagian yang sukar digunting, pisau boleh digunakan (tetapi pastikan anda berhati-hati ketika melakukannya).
gunting dengan cermat mengikut kreativiti anda
2) Langkah 1 diulangi dengan menggunting atau memotong penutup kotak tersebut pula.
begini hasilnya setelah siap ditebuk lubang pada sisi dan penutup kotak
3) Apabila kotak tersebut sudah mempunyai ruang udara, sisa kotak yang digunting tadi boleh digunting-gunting menjadi petak kecil dan ditaburkan dalam kotak supaya boleh dijadikan sebagai alas kotak tersebut.
taburkan ke dalam kotak secara rawak...
4) Bagi menambahkan lebih keselesaan untuk arnab kesayangan anda, letakkan sedikit alfalfa ke dalam kotak tersebut. Hal ini membolehkan arnab tersebut memakan alfalfa apabila lapar dan tidak pula menjadikan carrier box anda sebagai hidangannya.
letakkan alfalfa hay secukupnya
5) Siap. Rabbit carrier anda sudah boleh digunakan!
beginilah rupa bentuk dalamannya apabila sudah siap...
jadi bolehlah letak Giorgio dan Tyra ke dalamnya untuk jumpa vet..
(perhatian, sila gunakan saiz kotak yang bersesuaian dengan saiz arnab anda, jangan jadi macam Giorgio dan Tyra kat atas niy sudah..hihi..next time kena separate kan lah dorang niy)
Itu sahaja, selamat mencuba! =)
No comments:
Post a Comment