Tuesday 16 August 2011

UBAT CIRIT-BIRIT ARNAB

Alhamdullilah, Giorgio kini semakin aktif dan bertambah cergas. Najisnya juga kembali berbentuk normal (bulat-bulat). Jadi disini, aku ingin berkongsi sedikit tips untuk menjaga dan merawat penyakit cirit-birit arnab. Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut :

a)     Antibiotik (mengikut preskepsi vet)
b)     Yogurt / yakult
c)     ORS (oral rehydration therapy solution)
d)     Oat natural dan Hay
e)     Pil Chi Kit Teck Aun
f)     Dettol
g)     Picagari (untuk menyuap makanan dan ubatan)


1)     Langkah pertama ialah bersihkan sangkar, tubuh arnab dan segala bekas makanan arnab anda menggunakan DETTOL. Pastikan sangkar dan bekas makanan tersebut dibilas sebaiknya selepas dicuci menggunakan DETTOL tersebut.

sila gunakan DETTOL, 100% berkesan membunuh bakteria berbahaya

      Paling penting sentiasa pastikan tubuh arnab anda berada dalam keaadaan yang bersih daripada najisnya. Cukur atau gunting bahagian bulu yang sukar dibersihkan. Hal ini bagi mengelakkan bakteria dan patogen lain daripada merebak dan menjejaskan lagi kesihatan arnab anda.

2)     Sila singkirkan semua makanan dan minuman sedia ada arnab anda dan gantikannya dengan OAT NATURAL dan HAY serta ORS (oral rehydration therapy solution). OAT dan HAY membantu proses penstabilan ph dalam perut arnab anda. Maka kesakitan perut akan beransur-ansur berkurangan. 

OAT yang digunakan, pastikan natural...
     
     ORS pula membantu untuk memberikan tenaga dan menggantikan air yang hilang ketika diserang cirit-birit (ORS tu sama macam air garam yang selalu doktor provide bila manusia cirit-birit). Tidak sukar untuk anda mencuba sendiri untuk menghasilkan ORS ketika disaat genting, aku juga menghasilkannya sendiri (yalah, di sini klinik tutup pukul 6 petang, farmasi pukul 9.30 dah tutup, mana nak cari???). Dalam entry yang seterusnya aku akan ajar bagaimana untuk menghasilkan ORS.

3) Jika didapati arnab anda tidak menjamah sebarang makanannya, anda WAJIB menyuapkan sendiri makanan tersebut ke mulut arnab anda. Caranya ialah ambil 2 sudu kecil oat, sedikit gula (menambah tenaga) dan dibancuhkan dengan sedikit air suam. Kacau sebati dan disuapkan menggunkan PICAGARI.

dengan PICAGARI, kerja menyuap arnab yang degil menjadi lebih mudah...
     
     Sila berikan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap agar makanan dapat dihadam sebaiknya oleh perut arnab.

4)  Selepas itu, ambil 3 atau 5 biji PIL CHI KIT TECK AUN dan hancurkannya dalam air suam. Sedut menggunakan PICAGARI dan suapkan kepada arnab anda. Pastikan pil yang telah dihancurkan dihabiskan. 

pil ini walaupun untuk manusia, tetapi juga sangat berkesan kepada arnab anda...
     
     Pil ini berfungsi untuk menstabilkan perut arnab anda dan mengurangkan kadar cirit-birit serta kehilangan air dalam badan. Kedengaran agak janggal bukan? Tetapi aku telah mencubanya dan BERJAYA memulihkan arnab peliharaanku, anda pula bagaimana?

5)     Berikan arnab anda ANTIBIOTIK (seperti yang telah ditetapkan oleh vet) dan diikuti pula dengan pemberian YOGURT NATURAL atau YAKULT menggunakan PICAGARI. ANTIBIOTIK berfungsi membunuh semua bakteria dalam badan arnab, dengan memberikan YOGURT sebagai selingan akan dapat mengekalkan kewujudan bakteria baik dalam perut arnab, seterusnya menstabilkan kondisi perut arnab anda.

ANTIBIOTIK, sila titiskan ke dalam mulut arnab anda...(mengikut nasihat vet)

NATURAL YOGURT diberikan kepada arnab selepas pemberian antibiotik..

6)     Itu sahaja, selamat merawat dan meluangkan masa berkualiti bersama arnab anda. =)


**Semua ini berdasarkan rangkuman nasihat daripada vet, Puan Sofiyah, pembacaan di Google dan ibuku sendiri. Terima kasih kepada semua. Terpulang kepada anda semua untuk mencuba, tetapi jika sayasukaarnab berjaya memulihkan arnabnya, mengapa tidak anda?


15 komen:

  1. Arnab kecil boleh x makan pil CHI KIT TECK AUN ni ? kira kira sebulan macam tu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya kurang pasti kerana kondisi perut anak arnab masih belum stabil. Adakah pil tersebut akan memberikan impak negatif mahupun positif, saya kurang pasti. Maaf, sila rujuk yang lebih pakar. Terima kasih.

      Delete
  2. selain itu kita juga boleh memberikan ubat sakit perut manusia yang macam arang.boleh didapati di farmasi. ubat ini juga sangat berkesan untuk rabbit.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ryeen enying. Kalau anda pernah menggunakan pil chi ket teck aun, pasti anda tahu salah satu bahan dalamnya ialah arang. Arang memang berfungsi dengan baik untuk meneutralkan sesuatu, termasuklah bau najis arnab. ;)

      Delete
    2. Salam.... kalau arnab hamil boleh minum pil chi ket teck aun kah?????

      Delete
  3. Kalau sy just bg minum yogurt je tak bg antibiotik xpe tak? Tmpt sy kg xde vet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antibiotik penting untuk membunuh bakteria punca penyakit.kalau xde antibiotik,cuba gunakan pil chi kit teck aun.kalau usia arnab bawah 5 bulan,gunakan 3-4 biji sahaja.kalau lbh 6 bln, gunakan 7 biji.hancurkan dengan sdikit air,sedut guna picagari dan suapkan ke dalam mulut arnab perlahan-lahan.berikan pagi dan petang. perhatikan perubahan pada najis arnab.biasanya 2 hari dah memadai.

      Delete
  4. ouh.Arnab sy tu bru sebulan tp die still menyusu jugak. Ade jugak seleranya.air suam tu bnyk mn? Agak2 jeke ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baru menyusu sepatutnya tiada masalah cirit,mungkin disebabkan makanan/pellet yg baru dimakan tu kot.cuba je bagi pil chi kit teck aun tu,tp 2 biji je n hancurkan dan campurkan air suam,sikit je.kalau banyak2 kembung pulak anak arnab tu.bg sikit je kat anak arnab tu guna picagari paling kecil.kalau dia dah xna minum,jgn paksa,takut tersedak n boleh mati..

      Delete
  5. Arnab saya berusia 3 minggu. Terkena cirit birit. Menyusu pun dah tak mahu & sekarang dah tak bermaya. Camne ye? Pertama kali berdepan dgn situasi ni.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawah 2bulan sayasukaarnab sarankan saudari berikan kits tersebut natural yogurt atau yakult. Sila suapkan perlahan2 ke dalam mulut kits menggunakan syringe. Kemudian,boleh berikan pil chi kit teck aun 1-3 biji dihancurkan dengan air suam dan disuap juga menggunakan syringe. Cubalah, tapi biasanya perut anak arnab dibawah 2bulan masih belum stabil, dikhuatiri umurnya tak panjang. Setidak-tidaknya cuba, selamat mencuba ye.

      Delete
  6. Salam saya lie,saya nak tanye anak arnab saya ada masalah bulu diibahagian mulut serta bawah badan selalu basah dan cerit berit kenapa ye jadi mcm tu?? Minta bantuan terima kasih..

    ReplyDelete
  7. Macam mana nk buat ORS sendiri

    ReplyDelete
  8. Kalau arnab cirit berat MCM mne care

    ReplyDelete
  9. Nak tanya Klau kencing arnab warna MCM tea ais....itu normal ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...