Wednesday, 29 May 2013

UBAT HAMA, KELIMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES


Entry yang lepas ada sayasukaarnab sebutkan tentang suatu ubat yang mampu berfungsi sebagai penghilang kelimumur arnab (rujuk HAMA, KELIMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES). So hari ini sayasukaarnab nak kongsikan dengan pencinta arnab di luar sana tentang produk yang telah sayasukaarnab gunakan dan didapati berkesan untuk membunuh kelimumur dalam kalangan arnab (sebab actually kelimumur ni kan sejenis hidupan yang digelar ‘walking dandruff’ oleh orang Barat). Produk tersebut adalah Fungus Killer (fungus spray for pets) keluaran Dr Bunny.

inilah rupa bentuk produk Fungus Killer tersebut
*pic kredit kepada CME Rabbitry

Didatangkan dalam bungkusan kotak kecil warna biru putih dan dalam kotak tersebut terdapat sebotol spray warna putih yang mengandungi cecair fungus killer ni. Cecair tersebut bewarna putih jernih dan anda tidak perlu risau akan warna bulu arnab kesayangan anda terjejas. Semburlah banyak mana pun, tiada kesan warna yang akan melekat pada bulu arnab. Sayasukaarnab pun biasa semburkan pada Tyra (arnab baka teddy bear bewarna ruby eyed white (REW)), tak pernah terkesan pun pada bulunya.

Tyra REW teddy bear rabbit

Bagi pencinta alam, jangan risau. Cecair tersebut adalah 100% ekstrak tumbuhan semulajadi dan bebas daripada alkohol mahupun toksid. Senang cerita produk ini memang mesra alam dan mesra haiwan. Fungsi utamanya ialah untuk merawat kulat dan kuman pada haiwan kecil sahaja. Contohnya seperti chinchillas, guinea pig, hamsters dan pastinya arnab. Kekerapan penggunaannya pula adalah bergantung pada keperluan arnab tersebut. Seeloknya gunakanlah secara kerap mahupun secara rutin. Tetapi perlu diingat, semakin tinggi kekerapan penggunaan, maka semakin cepat jugalah cecair tersebut berkurangan. Perlu disarankan, penggunaan produk ini adalah secara luaran. Tetapi jika arnab anda menjilat dibahagian yang disemburkan tadi, jangan risau kerana produk ini kan mesra alam, maka tiada kesan sampingan yang membahayakan. Jika tersembur pada bahagian mata pula, cuci segera bahagian mata haiwan yang terkena agar tidak berlaku  rengsa. Itu sahaja, mudah bukan.

So jika ada pencinta arnab diluar sana yang ingin menggunakan produk ini, sila pastikan baca dahulu arahan pada label kotak sebelum menggunakannya. Anda juga boleh dapatkan produk ini daripada kedai haiwan yang berhampiran mahupun rakan pencinta arnab seperti CME Rabbitry. Selamat mencuba =)



Tuesday, 14 May 2013

ANAK ARNAB MIX TEDDY BEAR



Pengujung tahun lepas, sayasukaarnab telah join suatu gathering yang berkaitan arnab yang telah dianjurkan oleh group fb Bunny’s Journal (kalau nak tahu tentang gathering tu, boleh bace kat link ni BUNNY'S JOURNAL GATHERING 2012). Pada masa tu jugalah sayasukaarnab telah memenangi seekor arnab baka campuran ataupun digelar ‘mongrel’ dalam kalangan pencinta arnab. Arnab tersebut telah diberi nama Pinky (nama ni pun ada kaitan dengan gathering tersebut, hehe). Setelah sekian lama memelihara, akhirnya Pinky dimatingkan dengan Giorgio (arnab Teddy Bear) dan berjaya melahirkan 5 ekor kits, yeayyy! Dengan penjagaan yang sempurna oleh Pinky, akhirnya kits tersebut membesar menjadi arnab yang comel. Hurm, nampaknya mesti pencinta arnab di luar sana nak tengok rupa bentuk kits2 Pinky+Giorgio kan? So ini antara pics arnab-arnab tersebut yang sempat sayasukaarnab rakamkan.







Haaa, comel bukan? Sememangnya diakui kecomelan mereka semakin hari semakin bertambah, bulu pun makin lama makin gebu dan kelincahan pun turut berganda. Nasiblah ada ahli keluarga sayasukaarnab yang turut membantu menguruskan arnab-arnab ni, haish kalau ikutkan seorang je, pasti tak menang tangan dibuatnya. So sehingga bertemu lagi dengan entry yang lebih terkini dan baharu dalam sayasukaarnab.blogspot.com =)




Friday, 12 April 2013

BUNNY’S JOURNAL ROAD TOUR SHOW VOLUME 3 2013



Sepintas tentang Bunny’s Journal Road Tour Show pada 7 April 2013 (Ahad) di Tasik Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur yang lalu:

Sesi pendaftaran


hadiah-hadiah buat pemenang

antara pencinta arnab yang hadir untuk BJRTS kali ini

ahli gathering dijamu sarapan pagi

antara arnab yang bertanding untuk pelbagai kategori yang dipertandingkan

antara arnab lain yang turut bertanding

juri pertandingan kategori A, En.Ahmad Syahrizal (arnab jenis holland lop, american fuzzy lop, rex, mini rex, netherland dwarf dan jersey wooly)

juri ke-2 daripada B Berry Rabbitry bagi kategori A

juri kategori B, En.Jamal (arnab jenis selain yang dipertandingkan bagi kategori A, rabbit Teddy Bear sayasukaarnab turut bertanding dalam kategori ini)

juri ke-2 kategori B, En.Didi Hashim datang nun daripada utara tanah air

peserta-peserta acara Fancy Bunny Costume

kepelbagaian fesyen pakaian diperaga arnab kesayangan =)

pemenang tempat pertama Fancy Bunny Contest dengan pakaian gaunnya

pemenang ke-2 dengan konsep yang lebih kasual

pemenang ke-3

antara peserta lain...

arnab yang kelihatan comel dengan konsep rockstarnya

arnab teddy bear sayasukaarnab dengan kostum lebah

pemenang hadiah cabutan bertuah berupa hamster dengan set kelengkapan

pemenang cabutan bertuah berupa vaucher tunai daripada B Berry Rabbitry

pemenang cabutan bertuah seterusnya daripada B Berry Rabbitry

Tyra (hehe nama sama dengan arnab sayasukaarnab) pemilik arnab yang memenangi tempat pertama Bunny Fancy Contest

Galaksy Kelinci meraih tempat pertama bagi Bunny Show kategori A dan juga merupakan pemenang Best In Show

Fatin, pemenang pertama bagi Bunny Show kategori B

arnab Holland Lop milik Galaksi Kelincy yang berjaya menjadi juara keseluruhan


Begitulah sepintas lalu berkenaan dengan Bunny's Journal Road Tour Show di Cheras yang lalu. Diharapkan aktiviti gathering sebegini akan dapat dianjurkan di masa hadapan dengan penglibatan bilangan pencinta arnab yang lebih ramai. Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan arnab tersayang =)





Thursday, 4 April 2013

PENDAFTARAN BUNNY’S JOURNAL ROAD TOUR SHOW VOLUME 3 2013



Bunny’s Journal Road Tour Show (BJRTS) kali ke-3 untuk tahun ini akan diadakan kembali. Ayuh sertainya sekarang! Buat pencinta arnab, ini adalah peluang anda untuk beramah-mesra sesama pencinta arnab dan jangan lupa untuk ajak ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan untuk berlibur memeriahkan aktiviti gathering tersebut. Kali ini bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur, BJRTS menganjurkan pelbagai aktiviti, pertandingan dan juga pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Cuba lihat gambar dibawah untuk maklumat lanjut:

lokasi gathering Bunny's Journal Road Tour Show Volume 3 2013

info gathering, segala maklumat lanjut boleh hubungi urusetia yang tercatit di bawah gambar

salah satu acara, fancy bunny show ataupun pertandingan pakaian arnab beragam

borang pendaftaran yang perlu dicetak dan diisi mengikut kategori yang ingin disertai dan dibawa pada hari gathering berlangsung, jimat masa pendaftaran kelak


Haaa, menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi, silalah hubungi urusetia untuk maklumat lanjut dan juga pendaftaran. Anda masih belum terlambat, tarikh tutup pendaftaran adalah pada jam 8.00 malam hari Sabtu, 6 April 2013. Jangan lepaskan peluang ini, jika tiada aral melintang sayasukaarnab akan jumpa anda di sana. Selamat mendaftar =)




Thursday, 28 March 2013

JOM MERIAH BERSAMA RABBIT HUB PERAK CLUB


Pemberitahuan, pemberitahuan. Buat pencinta arnab serata Perak dan juga Malaysia, kini giliran geng arnab di Perak akan menganjurkan gathering untuk mengumpulkan kesemua pencinta arnab dalam mahupun di luar negeri Perak. Gathering ini akan diadakan pada 31 Mac 2013 bersamaan hari Ahad yang akan berlangsung di Taman Herba Negeri Perak, Gopeng. Segala aktiviti akan bermula seawal 9.00 pagi dan dijangka berakhir sekitar jam 4.00 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik bakal disajikan oleh pihak penganjur. Antaranya ialah kursus asas penternakan arnab, pameran baka arnab, jualan arnab, pertandingan dan sukaneka serta pelbagai lagi. Anda yang turut serta juga akan dapat beramah mesra sesama breeder arnab di samping menambah kenalan baharu. Jika anda berminat untuk menyertai kursus yang dianjurkan, anda bolehlah membuat bayaran sebanyak RM20.00 sahaja. Manakala Pengunjung Taman Herba Negeri Perak ini akan dikenakan caj serendah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Bagi pencinta arnab yang turut mempunyai minat memancing, anda bolehlah membuat bayaran RM10.00 untuk aktiviti tersebut. Segala bayaran dan juga pertanyaan bolehlah dipanjangkan kepada urusetia iaitu:
  1. En.Johar – 012-28388815
  2. En.Erman – 012-5169758
  3. En.Hamdi – 013-6696748

iklan gathering oleh RHPC


Sayasukaarnab berharap semoga ramai pencinta arnab yang dapat memeriahkan aktiviti di Perak kali ini. Selamat bergathering =)




Monday, 18 March 2013

ARNAB UNTUK DIPELIHARA, BUNNIES FOR ADOPTION



Anda merupakan pencinta arnab? Mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara arnab dan berminat untuk memelihara arnab? Kini terdapat 2 ekor arnab yang sangat comel untuk dilepaskan sebagai haiwan peliharaan kepada tuan yang baru. Atas desakan beberapa faktor, penjaga kedua-dua ekor arnab ini ingin menyerahkan arnab tersebut kepada individu yang berminat untuk memeliharanya sebagai haiwan kesayangan. Arnab-arnab tersebut telah dijaga sebaiknya oleh tuan terdahulu dan telah dikasi atau dimandulkan. Lantaran kerana kedua-duanya telah dibesarkan bersama, maka individu yang berminat untuk mengambil arnab-arnab ini sebagai haiwan kesayangan haruslah mengadopt kedua-duanya sekali. 

Berikut merupakan iklan arnab untuk adoption tersebut http://truluvrabbitry.com/2013/03/18/changing-for-the-better/. Jadi jika anda berminat untuk melihat gambar-gambar terbaru bakal arnab yang ingin diadopt, bolehlah layari link tersebut.

Jikalau pencinta arnab diluar sana berminat untuk mengadopt arnab-arnab tersebut, anda bolehlah berhubung terus ke email furrybutts@hotmail.com. Ingin saya ingatkan sekali lagi, pastikan anda telah bersedia untuk memelihara arnab yang ingin diadopt sebaiknya.

Selamat memelihara arnab =)






Saturday, 16 March 2013

PET LOVERS JOHOR RABBIT & GUINEA PIG SHOW



Pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 23 & 24 Mac 2013, akan diadakan pameran dan pertandingan berkaitan dengan arnab dan juga tikus belanda atau lebih dikenali dengan panggilan guinea pig. Bertempat di Pasaraya @Mart Kempas, Johor Bahru, pencinta arnab dan juga tikus belanda dialu-alukan kedatangan anda untuk memeriahkan lagi pameran dan pertandingan yang akan diadakan pada kedua-dua hari tersebut.

iklan Rabbit and Guinea Pig Show

tentatif program...

Sila download atau print atau copy borang penyertaan dan baca dengan teliti antara syarat-syarat penyertaan yang digariskan. Setelah borang permohonan diisi, sila hantarkan penyertaan anda kepada pihak urus setia dengan segera kerana tarikh tutup kian hampir. Makluman semua tarikh tutup penyertaan adalah pada AHAD 17 MAC 2013.




Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak urus setia di talian yang berikut:
  • Led Zepp Al Banjari 019-7548680
  • Mark Rabbitry 012-7813759
  • Asrol Nm 013-7722884
  • Muhd Arif R 013-7133012


Segala urusan pembayaran wang penyertaan bolehlah dibuat kepada akaun:
MOHD ISA BIN MOHD JAINURY (013-7857857)
  • MAYBANK - 101058060102
  • CIMB BANK - 01400004200527

*sila pm/kepilkan bukti pembayaran, atau fax ke 07-2324468 (Isa)

Penyertaan dan sokongan anda amatlah dihargai. Jika tidak keberatan, silalah uar-uarkan pameran dan pertandingan ini kepada rakan-rakan yang lain agar kemeriahan pameran dan pertandingan lebih terasa.

antara arnab yang akan terlibat dalam pameran milik Mark Rabbitry


So, pencinta arnab dan guinea pig di Malaysia serta sekitar Johor terutamanya, apa tunggu lagi? Jom daftar dan jangan lepaskan peluang keemasan untuk sertai pameran dan pertandingan ini =)




Thursday, 14 March 2013

HAMA, KELEMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES



Pernahkah anda melihat keruping-keruping putih seakan kelemumur di sekitar tengkuk, telinga mahupun dicelah-celah helaian bulu arnab anda?

ni keruping di sekitar bahagian hujung cuping telinga. kurang jelas bukan? 
tidak mengapa, sila lihat gambar dibawah...


haaa... inilah contoh keruping yang dimaksudkan. ni memang dah banyak ni, kadang kala keruping ini wujud dalam kuantiti yang sedikit... 
*pic tanx google


Macamana, adakah arnab anda mempunyai masalah keruping tersebut? Jika jawapan anda adalah ‘Ya’, maka anda perlu bertindak segera kerana arnab anda telah dijangkiti hama atau lebih dikenali dengan panggilan ‘walking dandruff’.

ni merupakan contoh ilustrasi hama 'walking dandruff' tersebut. 
*pic tanx google

Terdahulu, sayasukaarnab juga sering dilanda masalah ini berikutan kebanyakan my beloved bunnies adalah daripada kategori berbulu panjang. Jadi jika tidak sering di grooming dan dipantau, plus dengan climates Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, maka ‘kelemumur’ ini akan mudah berkoloni dibadan arnab anda. Tapi, jangan ingat arnab berbulu panjang sahaja yang berpotensi dijangkiti hama, malahan semua jenis arnab termasuklah kucing dan juga anjing boleh dihinggapi hama tersebut.

Antara simptom-simptom ketara yang ditunjukkan oleh arnab anda jika mengalami masalah hama ini adalah seperti berikut:

  1. Terdapat kepingan-kepingan putih seakan kelemumur dimana-mana bahagian anggota tubuh arnab. Selalunya terdapat di belakang tengkuk dan juga telinga arnab. Hakikat keruping itu merupakan sel kulit mati arnab yang menjadi tempat bersarangnya hama-hama tersebut.

  1. Berlaku keguguran bulu dibahagian yang diserang hama tersebut. Keguguran bulu ini tidaklah ketara seperti botak, namun dikawasan yang dijangkiti hama itu akan memiliki bulu yang jarang, sedikit dan pertumbuhan bulu baru adalah lambat. Hal ini adalah berbeza dengan situasi arnab yang mengalami proses pertukaran bulu atau molting secara semulajadi. Molting yang biasa akan berlaku mengikut perubahan makanan, tumbesaran dan usia arnab anda serta berlaku dikeseluruhan bahagian anggota tubuh arnab.

  1. Arnab akan kerap menggaru dibahagian tersebut. Contohnya jika terdapat ’kelemumur’ dibahagian telinga, maka arnab akan dilihat kerap menggaru telinganya. Hati-hati, jika arnab menggaru sesuatu anggotanya dengan kerap, luka boleh terjadi. Hal ini hanya akan menyebabkan hama melarat dan mungkin merebak ke bahagian lain tubuh arnab yang tidak dirawat.


Jadi, arnab anda yang mempunyai masalah tersebut perlu dapatkan rawatan segera kerana masalah hama ini AMAT SUKAR DI ATASI! Ya, sayasukaarnab sendiri mengambil tempoh masa yang panjang demi mencari rawatan yang sesuai dan menghapuskan hama tersebut. Memetik kata-kata saudara Tim daripada Tru-Luv Rabbitry, ”Hama ini sukar dihapuskan dan mungkin akan kekal selamanya di tubuh arnab yang dijangkiti. Penawarnya hanyalah rawatan yang berterusan”. Lantaran itu, sayasukaarnab ingin berkongsi bersama pencinta arnab semua ubat yang boleh mengurangkan, sekali gus menghapuskan hama atau ’walking dandruff’ yang mengganggu arnab semua. Mahu tahu apakah ubat itu? Bagaimana pula cara-cara untuk mengaplikasikannya? Nantikan kemunculan entry yang seterusnya dalam sayasukaarnab .blogspot.com.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan juga arnab tersayang =)



Tuesday, 5 March 2013

BUNNY’S JOURNAL ROAD TOUR SHOW VOLUME 2 2013



Lama rasanya sayasukaarnab menyepi. Kini, ada bingkisan baru buat peninta arnab di luar sana. Para peminat arnab telah berkumpul kembali di Laman Budaya, Shah Alam pada 3 Mac 2013 yang lepas bagi menjayakan program ‘Bunny’s Journal Road Tour Show’ edisi ke-2 untuk tahun 2013. Pelbagai baka arnab dihimpunkan dalam perjumpaan kali ini bagi menyertai ‘Bunny Show’ dan juga ‘Fancy Bunny’. Sayasukaarnab turut tidak terkecuali. Kali ini sayasukaarnab membawa Tyra (masuk 2 acara) dan mini rex kits untuk di let go kan di sana. Program yang bermula pada 10.30 pagi ini dimulakan dengan ‘Bunny Clinic’ iaitu perkongsian ilmu berkaitan dengan arnab kesayangan yang disampaikan oleh Dr. Azam dari Global Vet Sdn Bhd. Tetapi malangnya, sayasukaarnab terlepas sesi tersebut kerana telah terlewat sampai di lokasi gathering akibat bersengkang mata menyiapkan baju Tyra untuk sesi ‘Fancy Bunny’. Ish sayang sungguh rasanya. Seterusnya program berterusan dengan sesi ‘Bunny Show’ iaitu pertandingan arnab tanpa sempadan baka dan jantina, tetapi kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kesihatan, penjagaan dan pengurusan arnab tersebut yang diadili oleh 2 orang juri yang tidak asing dalam kalangan pencinta arnab iaitu En.Didi dan En.Rosahairil Tan. Kemudiannya, pertandingan ’Fancy Bunny’ diadakan dalam cuaca sedikit mendung dan gerimis. Namun, acara tersebut tetap meriah dengan pelbagai jenis busana yang diperagakan oleh rabbits yang comel dan menawan. Ada yang berpakaian ala-ala kasanova, ada juga yang berpakaian ala-ala sang puteri jelita. Pemenang dinilai melalui undian orang ramai. Tyra turut serta dalam pertandingan ini. Mesti pencinta arnab di luar sana nak tahu jenis pakaian yang disarungkan oleh Tyra bukan? Sila saksikan sorotan rakaman foto yang sempat diambil sepanjang program tersebut berlangsung.

sesi perkongsian ilmu oleh Dr. Azam dari Global Vet Sdn Bhd. Rugi siapa yang tak join.hehe

acara 'Bunny Show'. En.Didi sedang mengadili peserta pertandingan

juri seterusnya untuk Bunny Show, En.Rosahairil Tan

acara selingan, pertandingan teka berat arnab. Pencinta arnab di luar sana, cubalah teka berat arnab ini. Hehe..Arnab yang berusia 8 tahun ini hakikatnya mempunyai berat 3.7kg! Berat sungguh.

Pemenang tempat pertama 'Bunny Show' dengan markah 96% iaitu saudari Min Bunnies dengan arnab Netherland Dwarfnya. Arnabnya sangat comel! =)

Tempat kedua diraih saudara Galaksi Kelinci dengan arnabnya yang putih bersih

Tempat ketiga pula jatuh kepada saudara Faliq Hazeq dengan arnab jenis Holland Lop

Acara 'Fancy Bunny' pula dijuarai oleh saudara Ainal Sharizal, nampak cute je arnab Netherland Dwarf ni pakai baju..

Tyra berjaya meraih tempat ke-2 dengan pakaian gaun kembangnya

Manakala saudara Mohd Faizal meraih tempat ke-3

Saudari Nurshahila pula di tangga ke-4

acara terakhir pastinya sesi merakamakan foto. 
Berikut merupakan barisan jawatankuasa penganjur yang membanting tulang bagi memastikan kejayaan Bunny's Journal Road Tour Show kali ini. Tahniah!

Manakala, ini merupakan peserta dan pencinta arnab yang hadir pada hari tersebut

Sorak-sorai selepas seharian bergathering


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada penganjur terutamanya En.Amza/Dadiqas yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Setidak-tidaknya dengan adanya aktiviti sebegini akan dapat memberi manfaat dan mengeratkan ikatan silaturrahim antara pencinta arnab di Malaysia. Terima kasih juga kepada saudara Bin Ahmad kerana kesudian beliau dalam berkongsi gambar. Hope sayasukaarnab berkesampatan menyertai program sedemikian di masa depan. Anda semua bila lagi? Next event jangan lupa join tau, jumpa anda di sana =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...