Tuesday 5 March 2013

BUNNY’S JOURNAL ROAD TOUR SHOW VOLUME 2 2013



Lama rasanya sayasukaarnab menyepi. Kini, ada bingkisan baru buat peninta arnab di luar sana. Para peminat arnab telah berkumpul kembali di Laman Budaya, Shah Alam pada 3 Mac 2013 yang lepas bagi menjayakan program ‘Bunny’s Journal Road Tour Show’ edisi ke-2 untuk tahun 2013. Pelbagai baka arnab dihimpunkan dalam perjumpaan kali ini bagi menyertai ‘Bunny Show’ dan juga ‘Fancy Bunny’. Sayasukaarnab turut tidak terkecuali. Kali ini sayasukaarnab membawa Tyra (masuk 2 acara) dan mini rex kits untuk di let go kan di sana. Program yang bermula pada 10.30 pagi ini dimulakan dengan ‘Bunny Clinic’ iaitu perkongsian ilmu berkaitan dengan arnab kesayangan yang disampaikan oleh Dr. Azam dari Global Vet Sdn Bhd. Tetapi malangnya, sayasukaarnab terlepas sesi tersebut kerana telah terlewat sampai di lokasi gathering akibat bersengkang mata menyiapkan baju Tyra untuk sesi ‘Fancy Bunny’. Ish sayang sungguh rasanya. Seterusnya program berterusan dengan sesi ‘Bunny Show’ iaitu pertandingan arnab tanpa sempadan baka dan jantina, tetapi kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kesihatan, penjagaan dan pengurusan arnab tersebut yang diadili oleh 2 orang juri yang tidak asing dalam kalangan pencinta arnab iaitu En.Didi dan En.Rosahairil Tan. Kemudiannya, pertandingan ’Fancy Bunny’ diadakan dalam cuaca sedikit mendung dan gerimis. Namun, acara tersebut tetap meriah dengan pelbagai jenis busana yang diperagakan oleh rabbits yang comel dan menawan. Ada yang berpakaian ala-ala kasanova, ada juga yang berpakaian ala-ala sang puteri jelita. Pemenang dinilai melalui undian orang ramai. Tyra turut serta dalam pertandingan ini. Mesti pencinta arnab di luar sana nak tahu jenis pakaian yang disarungkan oleh Tyra bukan? Sila saksikan sorotan rakaman foto yang sempat diambil sepanjang program tersebut berlangsung.

sesi perkongsian ilmu oleh Dr. Azam dari Global Vet Sdn Bhd. Rugi siapa yang tak join.hehe

acara 'Bunny Show'. En.Didi sedang mengadili peserta pertandingan

juri seterusnya untuk Bunny Show, En.Rosahairil Tan

acara selingan, pertandingan teka berat arnab. Pencinta arnab di luar sana, cubalah teka berat arnab ini. Hehe..Arnab yang berusia 8 tahun ini hakikatnya mempunyai berat 3.7kg! Berat sungguh.

Pemenang tempat pertama 'Bunny Show' dengan markah 96% iaitu saudari Min Bunnies dengan arnab Netherland Dwarfnya. Arnabnya sangat comel! =)

Tempat kedua diraih saudara Galaksi Kelinci dengan arnabnya yang putih bersih

Tempat ketiga pula jatuh kepada saudara Faliq Hazeq dengan arnab jenis Holland Lop

Acara 'Fancy Bunny' pula dijuarai oleh saudara Ainal Sharizal, nampak cute je arnab Netherland Dwarf ni pakai baju..

Tyra berjaya meraih tempat ke-2 dengan pakaian gaun kembangnya

Manakala saudara Mohd Faizal meraih tempat ke-3

Saudari Nurshahila pula di tangga ke-4

acara terakhir pastinya sesi merakamakan foto. 
Berikut merupakan barisan jawatankuasa penganjur yang membanting tulang bagi memastikan kejayaan Bunny's Journal Road Tour Show kali ini. Tahniah!

Manakala, ini merupakan peserta dan pencinta arnab yang hadir pada hari tersebut

Sorak-sorai selepas seharian bergathering


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada penganjur terutamanya En.Amza/Dadiqas yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Setidak-tidaknya dengan adanya aktiviti sebegini akan dapat memberi manfaat dan mengeratkan ikatan silaturrahim antara pencinta arnab di Malaysia. Terima kasih juga kepada saudara Bin Ahmad kerana kesudian beliau dalam berkongsi gambar. Hope sayasukaarnab berkesampatan menyertai program sedemikian di masa depan. Anda semua bila lagi? Next event jangan lupa join tau, jumpa anda di sana =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...