Baka arnab mini rex terdiri daripada pelbagai warna. Antara warna yang telah diiktiraf oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA) ialah blue (kelabu kebiruan), blue eyed white (putih bermata kelabu), broken (bertompok), castor (perang mahogoni), chinchilla (campuran hitam dan putih mutiara), chocolate (keperangan), himalayan (putih kehitaman dibahagian telinga, hidung, kaki dan ekor), lilac (sederhana kebiruan), lynx (jingga pudar), opal, otter (warna asas dengan tan dibahagian bawah badan, rahang, ekor), red (jingga kemerahan), sable point (perang muda kehitaman dibahagian telinga, hidung, kaki dan ekor), seal (perang dan kepudaran dibahagian bawah badan dan rahang), tortoise (jingga terang keperangan) dan white (putih).
Menerusi projek penyelidikan dan pembangunan yang telah dijalankan dalam dunia arnab, terdapat beberapa warna baru telah diiktiraf oleh ARBA. Antaranya ialah sable, smoke pearl, silver marten dan tan mini rex.
Bagi warna opal untuk mini rex, bahagian tubuh atasnya harus berwarna sederhana kebiruan. Dibahagian sisinya pula berwarna sedikit perang pudar dengan campuran kelabu kebiruan dibahagian bawah warna perang pudar tersebut. Manakala dibahagian bawah badan, ekor, rahang, dalam telinga dan persekitaran mata haruslah berwarna perang pudar (krim). Mata arnab mini rex opal berwarna kelabu kebiruan.
opal mini rex, cantik bukan? =)
Lantaran kerana keunikan warna opal ini, sayasukaarnab seakan tertarik untuk memilikinya sebagai salah satu koleksi terbaharu sayasukaarnab. Adakah sayasukaarnab akan berjaya memiliki arnab mini rex bewarna opal? Sentiasa nantikan entry terbaharu dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/. Selamat membaca =)
No comments:
Post a Comment