Thursday, 29 September 2011

MAKANAN ARNAB *CARROT


Dalam entry terdahulu MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL, sayasukaarnab ada menyatakan arnab boleh diberikan makanan sampingan seperti buah-buahan sebagai manisan kepada arnab anda dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, jika berat badan arnab anda 2.5kg, maka bolehlah anda anda berikan makanan sampingan ini dalam kuantiti kurang 100gram sehari atau pun selang sehari. Pemberian manisan tidak digalakkan kepada rabbit kerana kandungan gula yang tinggi dalam manisan ini dipercayai mampu mengakibatkan arnab obesiti. Lantaran itu, berpada-pada dalam memberikan manisan ini sebagai ganjaran atau selingan kepada arnab anda. Sememangnya diakui, arnab seperti budak kecil yang gemarkan manisan, maka kita sendiri sebagai tuan yang bertanggungjawab harus memberikannya dalam kuantiti yang disyorkan pakar. 

Carrot atau lobak merah dipilih sebagai ganjaran kepada my beloved rabbit jika berkelakuan baik atau pun ketika waktu bermain bersama. Berikut merupakan langkah yang aku lakukan dalam menghasilkan makanan sampingan ini :

a)     Bersihkan sebiji carrot dengan air bersih secukupnya.

b) Tidak perlu dibuang kulit luarnya (dalam persekitaran semulajadi arnab tidak mengupas buah-buahan ini), carrot ini dipotong dadu agar mudah diberikan kepada arnab, di samping tidak mengotorkan mulut mereka.

c)      Keringkan dibawah sinaran Matahari terik.

setelah dipotong dadu, carrot dijemurkeringkan

d) Apabila separa kering, bolehlah diberikan kepada arnab anda diwaktu siang. Peringatan, elakkan memberi manisan ini diwaktu malam kerana dikhuatiri arnab mengalami kekembungan dan cirit-birit.

berikan manisan ini sebagai treat kepada arnab anda

lihat, Giorgio amat menyukai carrot kering ini

sampai habis keempat-empat ketul carrot dijamah Giorgio. Itu sudah memadai untuk hari tersebut.

e)     Selamat mencuba. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...