Selain pemberian daun israel dalam entry MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL, sayasukaarnab turut memberikan daun pisang sebagai diet sayur-sayuran kepada arnab-arnab tersebut (yela, kalau selalu sangat makan daun israel mesti arnab pun jemukan). Jadi pokok pisang yang segar merimbun di belakang rumah sewa sayasukaarnab ini menjadi pilihan (selain dapat menjimatkan kos untuk makanan arnab anda).
banyakkan..dah macam kebun pisang pula
Oleh itu, mari ikuti langkah bagi penyediaan daun pisang untuk makanan my beloved rabbits :
1) Potong daun pisang yang sederhana muda.
potong daun yang sederhana muda
2) Buangkan bahagian pelepah daun pisang dan siat-siatkan daunnya menjadi sederhana kecil.
buangkan pelepahnya
siatkan daun agar menjadi sederhana kecil
3) Cuci dibawah aliran air bersih.
harus dicuci dahulu sebersihnya
4) Letakkan diatas pinggan atau apa-apa sahaja bekas dan dijemur dibawah terik Matahari sehingga petang.
daun diletakkan di atas pinggan
kemudian dijemurkan dibawah sinaran Matahari
5) Berikan daun pisang yang separa kering tadi kepada arnab anda lebih kurang segenggam sehari (bergantung kepada berat arnab anda).
daun pisang yang telah dijemurkeringkan, lihat warnanya sedikit keperangan
yummy! berselera sungguh Tyra menjamu selera daun pisang kering.
Tetapi awas, sila berikan makanan ini diwaktu siang sahaja, jika diberikan diwaktu malam dikhuatiri akan mengakibatkan arnab anda kekembungan dan cirit-birit.
6) Itu sahaja, selamat mencuba. =)
kalu ank arnb mkn daun pisang,carot,dan daun israil boleh ker??sbb sepup sya dia bela ank arnb yg beli di pasar bg mkn carot sian je tgok...
ReplyDeleteDalam entry sayasukaarnab yang lepas telah dinyatakan apa-apa yang boleh diberi kepada arnab dan apa yang tidak boleh. Kalau nak berikan daun pisang, daun israel dan carrot, boleh, tetapi perlu dicuci bersih dan dikeringkan dahulu. sila berikan carrot sedikit sahaja kuantitinya dalam seminggu agar arnab tidak cirit.
Delete