Saturday 19 May 2012

VITAMIN UNTUK ARNAB *NEUROVIT



Persediaan lebih rapi dilakukan sayasukaarnab demi memastikan peristiwa kematian kits tidak akan berulang. Disebabkan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan vet untuk membeli vitamin dan keperluan arnab (rumah sayasukaarnab jauh daripada vet klinik), jadi berdasarkan nasihat breeder arnab, pembacaan dan pencarian di laman maya, sayasukaarnab telah menemukan sejenis vitamin yang berfungsi secara menyeluruh bukan sahaja kepada ibu arnab, malahan juga kepada anak-anak arnab tersebut. Pernahkah anda mendengar sejenis multivitamin yang digelar Neurovit? Ya, itulah nama multivitamin yang telah sayasukaranab uar-uarkan dalam entry yang lepas. Berikut merupakan antara ciri-ciri dan fungsi multivitamin Neurovit :

1) Multivitamin ini terdapat dalam botol berkapasiti 120ml.

Neurovit (120ml)

2) Multivitamin ini diberikan kepada arnab secara oral, pastinya dengan menggunakan picagari.

Neurovit dan picagari

3) Sukatan pemberian Neurovit bergantung kepada berat badan arnab anda. Contohnya: Arnab 1kg : Neurovit 1ml

1ml Neurovit : 1kg arnab

4) Fungsi Neurovit ini adalah untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan arnab anda daripada kekurangan nutrisi. Hal ini bermakna, vitamin ini bertindak bukan sahaja sebagai suppliment yang boleh membantu memberikan tenaga kepada arnab anda, tetapi turut dapat menjadikan arnab anda sihat dan kuat.

kepelbagaian jenis vitamin yang mempelbagaikan fungsi Neurovit

5) Apabila nutrisi yang mencukupi dapat diserap oleh tubuh arnab, maka daya rintangan arnab anda terhadap penyakit adalah tinggi. Oleh itu, arnab kurang diserang penyakit berbahaya dan kos rawatan arnab dapat dikurangkan.

6) Selanjutnya, dengan adanya bekalan nutrisi yang cukup, pejantan atau buck akan dapat berkhidmat dengan baik sebagai pembaka ketika proses mating. Hal ini akan meningkatkan kebernasan bagi satu-satu proses mating.

7) Apabila masalah kekurangan nutrisi dapat diatasi, maka kuantiti susu pada ibu mengandung dan menyusukan kits dapat ditingkatkan. Hal ini bermakna, tiadalah lagi masalah dam kurang susu dan kits tidak cukup susu (kurus).

8) Neurovit turut membantu anak-anak arnab membesar dengan baik iaitu dengan memberikan bekalan kalsium kepada pembentukan tulang arnab anda. Jika vitamin ini diamalkan sedari awal kehamilan, pastinya kits yang berkualiti dan sihat mampu dilahirkan.

9) Bukan itu sahaja, ibu arnab yang baru beranak serta buck dan doe yang kurang sihat akan mampu disembuhkan dengan segera jika mengamalkan penggunaan Neurovit ini.

10) Paling penting, Neurovit mampu mengatasi masalah stres arnab. Sebelum ini, sayasukaarnab ada menyatakan yang kelahiran tahun ini tidak berjaya disebabkan arnab stres bukan. Maka dengan adanya multivitamin ini masalah stress dalam kalangan arnab dapat dikurangkan.

Tetapi awas, penggunaan multivitamin ini haruslah dimulakan daripada awal dan secara berterusan agar segala kebaikan yang dinyatakan tadi diterima arnab secara menyeluruh. Segala info yang disenaraikan adalah daripada maklumat daripada breeder arnab, pembacaan, pencarian di laman maya serta testimoni daripada sayasukaarnab sendiri. Mahu tahu hasil penggunaan Neurovit ini kepada sayasukaarnab beloved rabbits? Silalah nantikan di entry yang akan datang dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/


*Bagi mendapatkan dan mengetahui tentang multivitamin Neurovit ini dengan lebih lanjut, anda bolehlah berhubung dengan pemilik Newhillz Rabbitry. Terima kasih En.Haril =)


4 komen:

  1. Salam, dimana boleh saya cari Vitamin ni? Farmasi eg Caring, Watsons atau di klinik2 biasa?

    untuk bawah 1kg arnab, berapa kali sehari utk 1ml?

    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Dalam makluman saya, vitamin ini boleh dibeli daripada penjual persendirian sahaja, tidak terjual di mana-mana outlet farmasi. Jikalau saudara/saudari berminat saya boleh dapatkannya untuk saudara/saudari.

      Penggunaannya mengikut berat arnab. Biasanya saya akan bagi 1ml untuk 1kg arnab.

      Terima kasih.

      Delete
  2. assalamualaikum, vitamin ni kena bagi brpa kali, dan untuk brapa hari?

    ReplyDelete
  3. Satu hari satu malam boleh minum berapa kali dokter?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...