Saturday 1 October 2011

RABBIT SUPPLEMENT *EM4


Acap kali apabila sayasukaarnab menjengah blog-blog arnab yang lain, didapati kebanyakkan daripada mereka menggunakan EM4 dalam memelihara arnab. Lantaran itu, menerusi pencarian di laman maya, sayasukaarnab mendapati Effective Microorganisms (EM) ini ada baiknya. EM merupakan bakteria baik hasil kultur campuran daripada mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen atau bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. EM adalah kultur campuran bakteria asid laktik, bakteria fotosintetik dan kulat penapaian atau yis yang digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isi rumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.

Bagi manusia dalam menjaga kesihatan sistem penghadaman, minuman yogurt, vitagen mahupun yakult dilihat sebagai kaedah terbaik. Samalah juga fungsinya EM4 ini dalam bidang pemeliharaan arnab. Kandungan bakteria baik yang terdapat dalam EM4 ini samalah juga seperti bakteria baik yang terdapat dalam minuman yogurt, vitagen dan yakult. Rentetan itu, sayasukaarnab menyenaraikan beberapa kelebihan menggunakan EM4 ini dalam memelihara arnab :
a)      Mesra alam iaitu tidak memberi efek negatif terhadap benda hidup.
b)      Memperbaiki sistem penghadaman arnab ke arah lebih baik.
c)      Meningkatkan tahap tumbesaran arnab.
d)      Mengurangkan penghasilan bau busuk daripada najis arnab.
e) Mengurangkan pembiakan lalat, sekali gus mengurangkan kadar penyebaran penyakit terhadap arnab anda.
f)  Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik untuk melawan patogen berbahaya yang menyerang arnab.
g)   Menghasilkan pendapatan sampingan iaitu baja organik tinja arnab yang baik untuk tumbesaran tumbuhan.

Manakala, berikut merupakan cara menyimpan EM4 :

a)   Sila simpan di kawasan kurang haba dan tidak bergoyang.
b)  Sila gunakan EM4 yang telah dibuka serta merta. Penjagaan yang baik membolehkan EM4 bertahan selama 2 bulan.
c)   Sila lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.
d)   Sila perhatikan perubahan bau EM4 setiap hari. Bau EM4 ialah masam-masam manis (seperti buah plum) dan jika berbau seperti telur tembelang, jangan gunakan lagi.

Berikut pula merupakan cara menggunakan EM4 :

a)   Sila gunakan air tidak berklorin untuk mencampurkan EM4 dalam penggunaan terhadap arnab anda.
b)      Sila campurkan 0.75 liter EM4 dengan 1.5 liter air tidak berklorin. Air campuran ini boleh digunakan sebagai air minuman arnab anda setiap hari. Campuran ini boleh juga digunakan sebagai air semburan pada sangkar arnab anda untuk menggurangkan bau najis arnab dan mengelakkan kehadiran lalat.

Melalui kebaikan EM4 ini, sayasukaarnab telah mendapatkan 3 liter EM4 ini daripada Saudara Nordin Arnab Pelangi (terima kasih ya).

air EM4 bewarna keperangan

Selepas penggunaan selama seminggu, kesan kebaikan EM4 ini jelas dapat dilihat, terutamanya dalam mengurangkan bau busuk najis my beloved rabbits. Jadi, jika sayasukaranab telah mencubanya, bagaimana pula peminat arnab diluar sana? Selamat mencuba =) 




5 komen:

  1. Mana nak dapat EM4 nie.. ada tak gambar EM4 sebelum dicampurkan air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapatkan daripada blogger dan penternak arnab yang lain. Jikalau berminat, sila rujuk blogger dan penternak lain untuk bertanyakan tentang stok dan harga EM4.

      Saya tidak ada gambar sebelum EM4 dicampur dengan air. Tetapi fyi EM4 asli bewarna perang tua. Jikalau ditambah air menjadi perang muda. EM4 yang asli masih dalam keadaan cecair.

      Delete
  2. salam..
    em4 ni boleh tak guna untuk buat mudball?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam laila. ya, salah satu bahan yang digunakan untuk membuat mudball adalah EM4 ini. Bakteria baik yang terdapat dalam EM4 bukan sahaja menjanjikan kesihatan usus yang baik kepada arnab dan haiwan lain, bahkan mampu menjernihkan air yang kotor (fungsi mudball).

      Delete
  3. Em1 bleh ke bg arnab minum hari2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...