Friday 30 September 2011

RABBIT BREEDING *APPROPRIATE TIME


Kini usia Giorgio Cavalli Marchese dan Tyra Annabelle Marchesa sudah menjagkau 7 bulan. Hal ini bermakna Giorgio dan Tyra sudah masuk ke alam remaja matang dan bersedia sepenuhnya untuk dibiakbakakan. Menerusi pencarian di laman maya, sayasukaarnab tertarik dengan info pembiakbakaan daripada zrrabbitry.com, (thanks for the info).
Disini sayasukaarnab paparkan sebuah jadual untuk membiakbakakan arnab mengikut tarikh dan masa yang sesuai.

Bagi pengetahuan semua, jika anda ingin meningkatkan bilangan anak arnab betina ketika dilahirkan kelak, bolehlah mengahwinkan pasangan arnab anda mengikut tarikh dan masa ketika bulan baru.  Manakala untuk menentukan kuantiti anak arnab jantan yang lebih banyak ketika dilahirkan, anda bolehlah kahwinkan arnab anda ketika bulan penuh berdasarkan tarikh dan masa pada jadual tersebut. Bagi arnab betina yang sukar dibiakbakakan, cubalah kahwinkannya ketika bulan penuh. Langkah ini dipercayai mempunyai kebernasan yang tinggi dalam membuahkan kejayaan mengandungkan arnab tersebut. 
Walaupun kaedah ini tidak disokong oleh mana-mana teori ulung dunia, namun tidak salah untuk anda mencuba sepertimana penternak arnab diluar sana. Selamat maju jaya. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...