Thursday 6 October 2011

PREGNANT RABBIT *DUE DATE

Makluman semua, berdasarkan tahap usia Giorgio dan Tyra iaitu 7 bulan, maka my beloved rabbit telah bersedia untuk melalui proses breeding. Giorgio telah ditempatkan dalam sangkar Tyra pada petang 6 September 2011 yang lepas. 

tarikh proses breeding dicatat pada kalendar

Kini setelah 29 hari, Tyra seharusnya telah memasuki fasa due date iaitu kelahiran. 


pada hari ke 29 iaitu fasa due date, nest box dimasukkan dalam sangkar Tyra

Sehingga hari ini, sayasukaarnab masih belum pasti kejayaan proses breeding Giorgio dan Tyra tersebut walaupun pelbagai kaedah untuk menguji kadar kehamilan Tyra telah dijalankan (dalam entry seterusnya, sayasukaarnab akan berkongsi kaedah dalam menentukan kehamilan arnab). Jadi, adakah proses breeding tersebut berjaya? Maka anda diluar sana, sila nantikan perkembangan terbaru daripada sayasukaarnab mengenai kelahiran sulung Tyra. Teruja!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...