Wednesday, 12 October 2011

RABBIT BREEDING *MATING PROCESS



Pastinya ramai peminat arnab diluar sana masih kurang jelas bagaimana cara untuk mengawankan atau mengahwinkan arnab sehingga berjaya. Dahulu, sayasukaarnab juga begitu. Sepatutnya dengan spesis dan saiz yang kecil, Giorgio dan Tyra sudah melalui proses mengawan ketika usia 5-6 bulan. Namun, sehingga usia Tyra menjangkau 7 bulan, barulah Tyra benar-benar bersedia untuk melalui proses mengawan ini. Mungkin atas dasar Tyra sudah benar-benar matang ketika proses mengawan ini berlangsung, Tyra dilihat cemerlang dalam melaksanakan tugasnya sebagai ibu meskipun ini merupakan pertama kali Tyra melahirkan anak. Jadi, disini sayasukaarnab ingin berkongsikan sedikit ilmu dalam proses mengawankan arnab sehingga berjaya. Prosedurnya adalah seperti berikut :

1.      Periksa kemaluan arnab betina, sama ada bewarna merah pucat, merah jambu, merah menyala atau keungguan. Jika kemaluan arnab anda berwarna merah pucat atau merah jambu, ini bermakna arnab betina anda belum bersedia untuk mengawan atau tidak berada dalam keadaan subur. Jika berwarna merah menyala atau keungguan, bermakna arnab betina tersebut bersedia untuk mengawan. Hal ini terbukti melalui pengalaman sayasukaarnab sendiri iaitu setiap kali sebelum proses mengawan dijalankan, kemaluan Tyra akan diperiksa. Jika warnanya merah pucat atau merah jambu, letaklah berapa lama pun Tyra bersama dengan Giorgio, proses            mengawan tidak akan berjaya. Tetapi, apabila kemaluan Tyra berwarna merah menyala atau keungguan, sekelip mata sahaja proses mengawan akan berjaya dilakukan.

2.      Letakkan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan. Hal ini kerana arnab betina bersifat territorial iaitu jika arnab jantan memasuki kawasannya, besar kemungkinan pergaduhan akan berlaku. Tambahan lagi, jika arnab jantan memasuki sangkar arnab betina, persekitaran baru sangkar arnab betina akan mengubah perhatian arnab jantan daripada melakukan proses mengawan kepada mengeksplore sangkar tersebut dengan kencing disetiap sudut sangkar tersebut. Tyra sendiri merupakan arnab yang agresif. Biarpun Tyra       diletakkan dalam sangkar Giorgio, dia masih menyerang Giorgio   jika Giorgio terus-terusan cuba untuk mengawaninya. Jadi sayasukaarnab tidak akan sesekali cuba untuk memasukan Giorgio ke dalam sangkar Tyra. Memang cari nahas.

Giorgio menunggu masa untuk Tyra dimasukkan ke dalam sangkarnya

3.      Arnab jantan akan mengelilingi arnab betina dan memanjat belakang arnab betina tersebut. Jika arnab betina tersebut telah bersedia untuk mengawan, dia akan menaikkan bahagian punggungnya dan arnab jantan akan mengawaninya, seterusnya dalam beberapa saat sahaja arnab jantan akan jatuh terlentang atau jatuh ke tepi dengan mengeluarkan sedikit bunyi menderam. Jika arnab jantan anda jatuh dan mengeluarkan bunyi menderam tersebut sejurus selepas mengawani arnab betina, hal ini menandakan PROSES MENGAWAN BERJAYA! Hal ini terbukti melalui proses mengawan Tyra dan Giorgio dahulu. Apabila Tyra telah bersedia (warna kemaluan merah menyala), diletakkan dalam sangkar Giorgio, Giorgio terus memanjat belakangnya dan mengawaninya. Sekelip mata Giorgio jatuh ke sisi dan bingkas bangkit kembali. Video dibawah menunjukkan proses mengawan yang tidak berjaya kerana Tyra tidak menaikkan punggungnya dan Giorgio tidak terjatuh kebelakang atau sisi.

arnab betina tidak akan menaikkan punggungnya untuk mengawan sekiranya tidak berada dalam keaadaan bersedia atau subur

4.      Arnab jantan akan bangun dan menghentakkan kakinya beberapa kali menandakan dia telah ‘menguasai’ arnab betina. Proses mengawan akan berterusan sehingga 3-4 kali selepas proses kali pertama tersebut. Hal ini dapat meningkatkan kejayaan dan saiz anak arnab yang tinggi dalam proses mengawan. Giorgio sendiri mengawani Tyra sebanyak 3 kali dengan jayanya (bermaksud Giogio panjat belakang Tyra dan jatuh). Bagi cubaan kali ke-4, Tyra tidak lagi mengangkat punggungnya tatkala Giorgio cuba mengawaninya.

Tyra dan Giorgio berehat seketika

5.      Letakkan arnab betina kembali ke dalam sangkarnya selepas 30-60 minit proses mengawan berlangsung. Hal ini bagi memastikan arnab betina tidak kencing sejurus memasuki sangkarnya. Hal ini memungkinkan benih arnab jantan terkeluar sekali ketika arnab betina tersebut kencing. Sayasukaarnab telah meletakkan Tyra ke dalam sangkarnya kembali selepas 30 minit dan selang 1 jam langkah melakukan proses mengawan diulang. Namun, Tyra sudah tidak menunjukkan reaksi positif dan mula bersifat agresif terhadap Giorgio. Hal ini memungkinkan proses mengawan tadi telah berjaya.

Tyra merapatkan punggungnya ke sudut sangkar dan bertindak agresif ketika Giorgio cuba untuk memanjatnya


Selepas melaksanakan ke semua 5 langkah tersebut, pengujian dalam menentukan arnab betina hamil mahupun tidak akan dikongsikan dalam entry RABBIT BREEDING *PREGNANT RABBIT kelak. Selamat mencuba.


13 komen:

  1. Info yg menarik dan berguna, Especially for beginner. Looking fwd for next post...

    ReplyDelete
  2. tanx.i'm also the beginner.baru belajar sikit2.anything juz kongsikan bersama disini,smoga industri arnab di Malaysia dapat dipertingkat. ;)

    ReplyDelete
  3. hi sye confius sbb arnb saye yg betina ade kt atas arnb jntan tu..knpe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. usia arnab berapa? biasanya hal itu terjadi apabila arnab betina ingin menjaga kawasannya mahupun belum bersedia untuk dikahwini. pastikan arnab benar2 bersedia untuk di mate kan.

      Delete
    2. arnab saye baru nk masuk 6 bulan..

      Delete
    3. usia matang dan sesuai untuk breeding process. cubalah, semoga berjaya. ;)

      Delete
  4. Arnab betina sy tdk boleh berjumpa dgn psgn nya, mesti akn bergaduh. Yg jantan cium2 kmaluan betina, pastu betina mesti serang si jantan. Mcm mana nak buat? Slmani ni dorg duk 1 kandang ok jek tade gado2..skrg ni die agresif gler..kdg2 sy pn d gigitnya..sy trpaksa pisahkn mereka. Pendpt anda? Pliss :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrahnya arnab betina akan lebih agresif berbanding arnab jantan dalam mengawal ruang lingkup kawasan hidup mereka. Rentetan itu, pabila proses mating dilakukan, arnab betina harus dimasukkan dalam sangkar pejantan agar masalah seperti arnab betina menyerang si jantan dapat dikurangkan risikonya.Mengikut penerangan saudara, pasangan arnab ini tinggal bersama, maka kemungkinan arnab betina tersebut telah bunting. Apabila arnab betina bunting, maka tingkah agresifnya akan bertambah. Seeloknya, arnab tersebut bunting atau tidak, asingkan arnab tersebut agar proses kelahiran berjalan baik mahupun kecederaan berterusan dapat dihindarkan. Selamat mencuba ;)

      Delete
  5. Info yang sangat menarik dan akan menjadi panduan saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. owh jdinyer kalau letak dlam satu sangkar dari kecik memang lambat la kan proses mengawan tu jadi?? rabbit sy pon mcm tu,,jantan dah matang tp betina tu lari2 je,.so kne asingkan dlu la kan,laahai penat nunggu cucu ni hiks, :3

    ReplyDelete
  7. Salam , saya nak Tanya kalau arnab jantan berusia 1 tahun 1 bulan manakala arnab Betina berusia 3 bulan bolehkah letak dlm sangkar yg sama ? Sbb bila saya cuba letak sekali arnab jantan datang duduk kat atas arnab Betina .. tak thu bergaduh ke atau apa 😂 saya masih newbie mengenai arnab . Mohon pencerahan apa patut saya buat ye ? Nak asingkan untuk sementara ke ???

    ReplyDelete
  8. Admin, sy cdgn nk tambah arnab tapi nk tahu cara spy x brgaduh. Skrg sy ada sepasang arnab @ jntan dimandul spy x membiak. Mhn nasihat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...