Berdasarkan entry RABBIT BREEDING *PREGNANT RABBIT, pada hari ke 28 dalam tempoh bunting, sayasukaarnab telah menempatkan nest box ke dalam sangkar Tyra agar memudahkannya untuk proses kelahiran. Namun sayasukaarnab hanya menggunakan plastic basket sebagai nest box Tyra (nak bertukang tak sempat, pluss tangan bangku..nak tempah, duit semakin susut..hehe). So kepada pembaca diluar sana, berikut merupakan bahan yang digunakan beserta langkah menyediakan nest box untuk persediaan kelahiran anak arnab :
a) 1 bakul kayu/plastik
b) Secukupnya alfalfa/timothy hay
c) Secukupnya dedaun kering mahupun carikkan surat khabar atau kain lama
1) Bersihkan bakul tersebut dengan Dettol dan dibilas sebaiknya untuk membasmi kuman. Pastikan bakul tersebut kering sepenuhnya sebelum langkah yang seterusnya.
bakul plastik perlu dicuci dahulu
2) Letakkan dedaun kering/carikkan surat khabar/kain lama untuk mengalas nest box tersebut. Jangan risau, dedaun kering yang diletakkan tidak akan menyesakkan nest box arnab anda tetapi akan menjadi semakin berkurang kerana dimakan arnab anda ataupun jatuh ke lantai sangkar ketika arnab anda menyusun nest box tersebut. Sayasukaarnab menggunakan dedaun kering (pisang) dan bukannya carikkan surat khabar/kain lama kerana memberi peluang kepada ibu arnab untuk makan daun tersebut jika kelaparan ketika melahirkan atau selepas kelahiran. Tambahan pula, carikkan surat khabar dikhuatiri akan mengotorkan bulu arnab anda kerana mengandungi dakwat karbon.
daun pisang kering diletakkan dalam bakul
Berikut merupakan video yang dirakam pada pagi hari ke 30 Tyra bunting. Lihatlah bagaimana hay dan dedaun kering yang memenuhi sangkarnya akhirnya telah berkurang apabila sarangnya dikemaskini oleh Tyra sendiri.
3) Kemudian, letakkan alfalfa/timothy hay secukupnya sebagai alas bakul. Letakkan hay secara rawak dan tidak perlu disusun kerana arnab anda akan menyusunnya sendiri. Sayasukaarnab menggunakan alfalfa hay sebagai alas kerana peluang untuk menggalakkan anak arnab yang lahir kelak untuk memakan hay tersebut adalah tinggi. Paling penting, kandungan protein yang terkandung dalam alfalfa adalah baik untuk tumbesaran anak arnab berbanding timothy hay.
letakkan hay secara rawak
4) Setelah selesai, letakkan nest box tersebut di suatu sudut dalam sangkar arnab anda.
letakkan juga lebihan dedaun/hay tadi ke dalam bekas makanan arnab anda kerana ketika arnab menyiapkan sarangnya, dedaun tersebut akan turut digunakan
Itu sahaja, mudah bukan? Apa tunggu lagi, selamat mencuba =)