Friday, 29 July 2011

ARNAB AGRESIF



Tidak tahu di mana silapnya, Tyra kini semakin agresif. Berbeza di awal kemunculannya, kini Tyra kerap mendengus dan tidak gemar dibelai lagi seperti dahulu. Keadaan ni semakin hari semakin parah, sehinggakan aku kini semakin takut untuk memegangnya. Kemuncaknya adalah tadi, ketika aku ingin menangkapnya untuk dibawa berjumpa dengan vet. Almost 20 minutes diperuntukkan untuk menangkap Tyra yang lari ke sana kemari dan akan mendengus setiap kali dihampiri (biasanya petang-petang aku akan lepaskan rabbits bermain dalam rumah). 

suatu ketika dahulu, pasif je...

latest...ni pun jenuh kena berhati-hati sebelum Tyra melarikan diri...

Kedinginannya bukan sahaja terhadap aku dan housemate, tapi Giorgio turut terkena tempiasnya. Apabila Giorgio menghampiri Tyra ketika beriadah santai, pasti dengusan garang yang diterima Giorgio dan kemudiannya Tyra melarikan diri (harap maaf, pic tak sempat nak snap). Hurm, mahu kata aku tidak memberi perhatian kepada Tyra, tidak sama sekali. Kedua-duanya aku layan sama rata, bebaskan tiap-tiap hari, grooming selang 2 hari dan belaian setiap hari. Jadi, mengapakah TYRA SEMAKIN AGRESIF? Hal ini tidak pula terjadi kepada Giorgio, malah Giorgio lebih mudah dan manja untuk di grooming dan dibelai, exactly like a tame pet! Jadi rakan-rakan di luar sana, ada cadangan mahupun resolusi kepada permasalahan ini? Cadangan serta resolusi bernas anda amat dihargai. =)


*fyi KLINIK HAIWAN HAZLIM WERE CLOSED TODAY!!! So memang nasib badan aku lah pergi dan balik tanpa sebarang rawatan untuk rabbits niy…(ready untuk main kejar-kejar dengan Tyra lagi esok…)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...