Monday 25 July 2011

VITAMIN UNTUK ARNAB



Last weekend, aku balik hometown kat Selangor. Pada awalnya aku balik niy pun kerana ingin menguruskan kerja-kerja penting yang tidak selesai pada cuti hujung semester lepas, contohnya tempah baju raya (penting sangat ke..hihi), ambil barang yang tertinggal masa start semester baru aritu (aku niy jenis cuai sikit, nasib  baik rabbits tak tertinggal) and etc. Dalam pada masa yang sama, aku juga sebenarnya nak pergi klinik haiwan kat hometown aku yang aku selalu pergi tu. Kenapa??? Mesti semua tertanya-tanya, klinik haiwan di Utara niy dah tutup ke??? Eh, tidak sama sekali. Klinik Haiwan Hazlim tu masih berdiri teguh ditempatnya. Cumanya aku nak beli vitamin warna merah jambu Giorgio dan Tyra yang dibekalkan oleh vet klinik hometown aku tu. Stok vitamin yang sedia ada dah tinggal nyawa-nyawa ikan (nak habis dah), takut tunggu cuti raya baru nak beli, terstop pula regim pemakanan ubat vitamin dorang tu. Pluss aku nak beli ubat selesema dorang yang confirm mujarab dulu tu (sila rujuk entry UBAT UNTUK ARNAB). Bukannya ubat daripada KHH tu tak mujarab, tapi antibiotik tu tak habis guna pun, ada lagi kat rumah. Susah sikit nak guna, after bagi ubat antibiotik kene pula disusuli dengan yogurt (sila rujuk entry LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *THIRD TRIP). Ahaiii… rumah aku niy rumah bujang, mana la nak cari peti sejuk nak simpan yogurt tu. So nak tak nak aku kene balik juga hometown untuk pergi beli ubat-ubatan niy (eyh, balik hometown untuk diri sendiri ke arnab? Alahai, nasib badan tuan korang la Giorgio, Tyra..).
                                                                                                       
Sebelum berangkat menyudahkan semua kerja (yang tidak selesai tu) di luar kawasan Selangor, aku bersama famili singgah la di klinik haiwan tersebut. Masuk-masuk je kedai tu, fuhhh aku tarik nafas lega, nasib baik tak ada anjing. So tanpa melengahkan masa, aku terus ke kaunter klinik dan minta ubat-ubatan tersebut. Selepas beritahu nombor pendaftaran segala kat receptionist, muncullah seorang vet niy. “Encik mahu apa?” vet berkata-kata. “Saya mahu vitamin and antibiotic for my rabbits as what I got for my first treatment here”, balas aku. Dengan muka yang blur vet tu terkial-kial memahami apa yang aku katakan. So aku nampak macam situasi ini akan menjadi sangat lambat (my mum dah pesan, sila cepat!), aku explain sampai lah dia faham. At last, hanya vitamin sahaja yang dia boleh bekalkan sebab tak perlukan pemantauan, tetapi antibiotik tak boleh sebab vet kena check dulu kondisi my rabbits and kene bagi mengikut sukatan yang betul. Ok fine.


vitamin, bau macam strawberry dan sangat digemari Giorgio dan Tyra


Then aku tanya which shampoo yang bagus untuk arnab (memang nak kena beli, dorang tu dah belemoih dengan krim ubat segala), terus dia past ke vet lain (eyh, kau tak faham lagi ke??). Nevermind, aku pun nak cepat niy. So vet ke-2 tu pun tunjuk la shampoo arnab jenama Bengy. Ada 2 jenis warna dan wangian, aku pilih styrawberry, harum dan yummy.


Bengy Spray Shampoo, RM10, mahal ke murah??


Selepas mendengar cara-cara nak mandikan arnab tu kat vet ke-2 niy, aku pun nak bayar lah. Eh, eh, eh..!!! Alamak ada anjing baru keluar daripada bilik rawatan la pula. Siap lalu belakang aku and mengeleng-gelengkan kepalanya. Aku nampak air (tak tahulah air rawatan ke, air apa ke) menitis-nitis daripada lukanya. Ish!!!!!! Siap merembes kat tempat yang dia lalu, dah lah lalu betul-betul belakang aku. Aku dah geli-geleman dah. Habes je bayar, aku melompat-lompat lah nak keluar (bukan kerana seronok yer dapat beli vitamin and shampoo rabbits aku, tapi sebab nak elak daripada terpijak air anjing tadi). Masa dalam kereta aku cerita la kat famili, dorang kata tak nampak air tu terkena kat aku,  tak yah la samak, tapi kalau WAS-WAS KENA SAMAK. And YES, I DO. Hurm, holiday kali niy bukan sahaja dapat beli barang-barang rabbits, tapi siap dapat samak lagi. Nasib oh nasib...

niy la hasilnya, vitamin dan shampoo untuk arnab..

senang jenis niy, tidak perlu bilas..jadi kurang sikit stress Giorgio dan Tyra tu



4 komen:

  1. kalau nak cmfdn lg,bilas jer lps guna shampoo tu..risau jgk kan,maklumla arnab nie suka sgt menjilat bulu dp..saya pun ada jgk shampoo jenis tu,penah guna sekali dua jer..lepas guna saya bilas ataupn lap dgn kain basah.. nie sbg nasihat jer..

    ReplyDelete
  2. ok kak.cuma vet tu nasihat jgn bg bsh sampai whole body,takut arnab stress.so stakat bilas2 oke kot.tq atas nasihat ;)

    ReplyDelete
  3. Arnab pun blh strees yek? Sy baru bela x pandai lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...