Friday 8 July 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *THIRD TRIP


Cuti hujung minggu niy tidak ada kuliah. So seperti yang dikehendaki, rabbits aku niy kene bawa pergi jumpa vet lagi. Setelah bertanya kepada blogger lain (thanks to kak Sofiyah) dan google di internet, aku sampailah akhirnya ke Klinik Haiwan Hazlim (KHH). Nak kata dekat je dengan rumah sewa aku, tidak juga. Walaupun agak jauh, tapi okela senang nak cari sebab klinik niy betul-betul tepi jalan utama Jalan Tenggiri, Bandar Sunway.

niy la signboard klinik tu, memang jelas kelihatan daripada jalan utama

Bagi memudahkan urusan berjumpa dengan vet niy, aku letakkan dorang dalam kotak kertas A4 yang ditebuk lubang sana-sini (nanti next post aku tunjuk cara-cara nak buat, senang je just DIY). 

snap masa on the way ke klinik...

Kali niy aku ditemani housemate yang turut memelihara arnab (tetapi just pelihara di hometown dia, Chini, Pahang). Sampai je kat KHH tu terdapat beberapa ’pesakit’ lain yang sedang menunggu giliran untuk dirawat, kesemuanya kucing. 

antara pesakit yang menunggu giliran untuk dirawat

After aku register (yela niy kan 1st time ke klinik niy), sambil menunggu giliran, kami pun duduk la sambil baca buku tentang kucing yang di provided kat KHH tu. Cari-cari juga buku tentang arnab, tapi tidak ada pun. Then after a few minutes menunggu, sampai lah giliran Giorgio dan Tyra untuk dirawat.

Mula-mula Giorgio dan Tyra di timbang berat dahulu. Sedihnya apabila berat Giorgio menurun daripada 0.7kg kepada 0.65kg sahaja. Terfikir-fikir juga aku, silap bagi makan ke sampai boleh menurun berat dia niy. Nasib baik berat Tyra meningkat daripada 0.5kg kepada 0.6kg, jadilah walaupun meningkat 100gram je. After berat badan dorang dicatatkan, Giorgio kena check up dulu. Vet tanya itu dan ini tentang macam mana penjagaan dan pemakanan dorang, grooming dan penyakit-penyakit terdahulu. Semuanya aku explain A to Z daripada start pembelian dorang sampai lah sekarang. Okey, after check up, vet cakap Giorgio kena SELESEMA (as what i expected) and debaran jantung dia agak terganggu. Hal ini mungkin disebabkan stress (mungkin perjalanan daripada Selangor ke Penang tu kot). Vet also said, mungkin disebabkan stress perjalanan yang jauh juga turut menyumbang kepada penurunan berat badannya. Pluss Giorgio sudah terkena kelimumur kat telinga pula, niy mungkin disebabkan cuaca panas ataupun stress (baru hendak sembuh yang kat tengkuk tu, jadi kat telinga pula). So vet cakap dia akan bagi ubat after this check up.

check kelimumur kat tengkuk

nak check kurap pula..

check debaran jantung pula..hurm, ada masalah...

Then Tyra pula kena rawat. Kali niy syok sikit sebab Tyra agak senyap dan kurang agresif (mungkin klinik baru, so malu-malu kucing sikit). Vet beritahu yang Tyra juga kena SELESEMA dan mengalami masalah debaran jantung (niy semua berpunca daripada stress la niy..now tuan dia pula  yang stress memikirkan bila lah dorang niy nak sembuh). Tyra also kena kelimumur kat telinga seperti Giorgio. 

check selesema..sampai terdongak Tyra..

 time check kelimumur kat telinga (nasib senyap ja..)

siap dengar debaran jantung melalui stetoskop...

After check up, aku cakap la kat vet yang before this dorang kena kurap dan diberi makan ubat kurap secara berkala (dah 2 kali) masa kat hometown. Then that vet inform me yang dia kena tengok kondisi rabbits aku dulu sebelum bagi ubat kurap tu (kira tak sewenang-wenangnya lah). So this week dorang tak lah makan ubat kurap. 

Sebelum pulang, aku dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti berikut :

ubat-ubatan untuk Giorgio dan Tyra

krim sapu kat telinga rabbits untuk kelimumur (siap la lepas niy mesti belemoih..)

eyh picagari lagi..untuk apa pula kali niy..??

ini antibiotik, 2 titis seekor untuk sehari secara oral..kaitan picagari tu adalah untuk menyuap natural yogurt kepada arnab anda setelah diberi antibiotiok
**fyi, dalam perut arnab ada bakteria baik..dengan memberikan antibiotik, bakteria baik akan terhapus. jadi bagi mengelakkan kejadian cirit-birit, yogurt perlu diberi sebagai susulan..
(kan yogurt ada bakteria baik untuk perut, manusia mahupun arnab.tak percaya, bolehla cuba..hihi)

Begitulah ceritanya dalam lawatan ke klinik haiwan kali ke-3 niy. Semoga dengan pemberian ubat-ubatan ini, arnab-arnab aku akan cepat sembuh dan lebih sihat daripada selalu. =)

9 komen:

  1. Berapa harga ubat-ubatan tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana entry ini sudah terlalu lama, jadi sayasukaarnab pun lupa berapa jumlah harga ubat-ubatan tu. Tapi seperti yang tertera pada gambar, krim untuk kulit tu harganya RM15. Tapi biasanya untuk rawatan di klinik vet swasta akan dikenakan kos tambahan seperti kos rawatan.

      Delete
    2. Kalau bawa arnab pergi cek semua Tu tanpa ubat ubatan Mahal tak kena caj?

      Delete
  2. Saya terfikir nak Spaykan arnab saya, tapi susah sangat nak cari klinik yang Spay Arnab.. Boleh bagi suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini saya tidak pernah dapatkan rawatan untuk spay arnab. Tetapi, saya rasa klinik haiwan kerajaan ada menyediakan perkhidmatan spay ini. Bagi kepastian, sila rujuk klinik haiwan kerajaan yang berdekatan. Terima kasih.

      Delete
  3. arnab saya sakit.. rasenye terkena selsema. mybe cuaca panas and sejuk mendadak kat mlysia ni, lgpon jiran cina saya suka bakar2 benda untuk sembahyang. nk letak dlm rumah x de tmpat..haih. boleh rekemen x vet specially untuk arnab kat JB?

    ReplyDelete
  4. di perak ada klinik arnab tak berikn nama klinik itu?

    ReplyDelete
  5. Boleh tahu x kos pembersihan dan rawatan utk arnb yg kne gigit smut api. Sebenarnya ad smut yg dh mati didlm mata ats bwh dn kedua ii mata . Begitu juga bahagian bwah bdn dia . Dia bhgian ats hmpir spruh hbis smut mkn dn buat sarang dia situ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...