Arnab merupakan sejenis haiwan yang aktif dan agak agresif
jika tidak kena pada tempatnya. Sementelah kini semakin ramai individu yang
memelihara arnab, pastinya ada antara mereka yang berdepan dengan masalah arnab yang
agresif mahupun sukar untuk dibelai. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor.
Antaranya ialah faktor baka (kalau netherland dwarf memang aktif sebab
salasilahnya daripada arnab liar), hormon (arnab bunting memang agak agresif),
persekitaran (rasa terancam dan tidak selamat) dan pelbagai lagi.
bukan mudah nak grooming arnab kalau agresif, silap hari bulan calar-balar tangan dibuatnya..
antara contoh arnab yang jinak, boleh dibelai tanpa melarikan diri dan tidak bertindak agresif dengan menggigit dan mencakar tangan
Walaupun sedemikian, jangan risau arnab
kesayangan kita masih boleh dijinakkan. Berikut merupakan antara langkah mudah untuk
menjinakkan arnab anda :
1) Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan
arnab anda bebas beriadah dan bermain serta belailah arnab tersebut. Jika kita
sentiasa meluangkan masa bersama arnab-arnab tersebut, pastinya arnab tersebut
akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak berasa terancam jika kita
memegang mereka.
2) Pegang arnab dengan cara yang betul. Sentiasa
mengangkat arnab anda dengan cara yang betul iaitu memeluk badannya seperti
kucing atau pun genggam kulit belakang badan arnab dan tampung punggung arnab
dengan tangan lagi sebelah. Ingat, jangan sesekali angkat arnab anda dengan
menggenggam telinganya kerana telinga arnab merupakan bahagian arnab yang sensitif,
bukan sahaja mengandungi ribuan malahan jutaan urat saraf. Jika arnab berasa
selesa dipegang kita, maka arnab tersebut akan merelakan dirinya diangkat oleh
kita kelak.
3) Hadiahkan treats berupa ganjaran kepada
arnab. Sekali-sekala ketika menjenguk arnab disangkar, hadiahkanlah mereka
sepotong buah-buahan segar mahupun kering. Sambil mengusap bulu arnab, berikan
mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan
tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita
untuk membelainya lagi.
4) Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang
dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat akan
keadaan persekitarannya, maka arnab akan sentiasa berjaga-jaga dan akan
menyerang sesiapa yang cuba menghampirinya (tak kisahlah orang mahupun arnab
lain) untuk mempertahankan diri. Oleh itu, letakkan arnab anda ditempat tiada
gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensif malahan
turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stres dan terkejut itu.
Itu sahaja antara
langkah yang dapat sayasukaarnab senaraikan. Hanya 4 langkah mudah, arnab jinak
anda gembira. Selamat mencuba =).
HAI,SALAM.saya ni tengah ada baby arnab 7 minggu.baru je beli.tapi takutlah apa2 jadi kt dia.mcm mane nk jage ye?????????
ReplyDeleteW.salam. Tahniah kerana baru sahaja mendapat baby arnab baru. Bagi mnjaga anak arnab,saudari bolehlah rujuk entry sayasukaarnab yg lepas2 kerana jika ingin dicatatkan disini terlalu panjang. Paling penting penjagaan pemakanan n minuman ibunya, makanan anak iaitu susu ibunya (adakh perutnya kembung memutih setelah mnyusu?) dan kebersihan sangkar. Itu secara ringkasnya lah. Jadi nak tau lbh lanjut, boleh rujuk entry2 yg lepas terutamanya dibawah label breeding,kits,diet dan lain-lain. Terima kasih ;)
Deletecuba buka google tulis cara cara penjagaan arnab
DeleteSalam . Saya nak tanya . Kenapa kalau saya pegang arnab saya dia macam nak gigit saya ?
ReplyDeleteMungkin dia rasa terancam.
DeleteAdakah arnab semamangnya tiada bunyi
ReplyDeleteAda, tapi susah nk ada. Dia ada time menjerit ketakutan. Kdg ada juga dia berdengkur
DeleteBoleh ke bagi arnab main dgn roll tisu? mcm mana klu dia gigit dan telan
ReplyDeleteAssalam...saya ada Arnab...selepas itu bila saya nak pegang ke nak usap2 dia je mesti lari dan cakar menggunakan kuku kaki...macam mana nak buat supaya dia ok jer?
ReplyDeleteBaru beli ke? Mungkin dia baru nk biasakan dgn persekitaran sekeliling yg baru dan owner yg baru. Atau mungkin , Tempat awak belai dan usap dia tu tmpat yg dia xsuka.
DeleteKenapa arnab suka gigit jari saya..biasa kuku
ReplyDeleteBoleh jd dia bergurau atau berasa terancam. Atau nakkan perhatian kita.
Deleteasslm...hai sya ade bli arnab baka lion head...sya nk tnya knapa arnab saya suka menggigit tangan??tpi arnab baka biasa pnya tk..
ReplyDeleteAssalam..arnab saya kena kacau tikus. Adakah dia rasa terancam.. sbb dia melompat lompat.
ReplyDeleteArnab memang selalu melompat kadang kadang Salam Cara Yang agak pelik Dan menakutkan
DeleteHai saya nk tnya knp arnab mata wrna merah
ReplyDeleteItu biasa
Deletehai assalammualaikum. saya baru je beli arnab berumur 40 hari. saya bawak balik bilik saya. die agresif lari sana sini. pastu cuba dekat2 dgn kite mcm nak gigit. agak2 die just nak bau ke skali package die nk gigit kite?
ReplyDeleteKenapa arnab kite jilat jari kita ?
ReplyDeleteBoleh ke potong kuku arnab?
ReplyDelete