Sunday 31 July 2011

MINI REX IN THE HOUSE



apalah agaknya yang terdapat dalam kotak ni? hihi

Mahu tahu apa jawapannya?


Jeng..jeng..jeng... I present u, one couple of mini rex bunnies in the house. 

inilah jawapan kepada misteri penghuni kotak tersebut..hihi

Bunnies ni baru sahaja tiba di rumah sewa ini pada pagi kelmarin. Alangkah gembiranya aku apabila bunnies yang tiba ini dalam keadaan sihat dan cergas. Takut-takut juga kalau ditipu sebab tak pergi ambil sendiri. Jadi kini bilangan arnab di rumah sayasukaarnab bertambah menjadi 4 keseluruhannya. Semakin meriahlah rumah sewaku ini dengan pelbagai jenis arnab, hihi. So tanpa banyak cerita, tataplah pic close up Galileo Givenchy Duke dan Luna Veruschka Duchess. Selamat melihat =)

Galileo warna hitam & Luna warna krim tu...amacam, comel tak? =)


Saturday 30 July 2011

NEW BABIES COMING HOME


Nampakkah anda akan kotak di bawah ini? 


Tetapi apakah yang terdapat di dalamnya? Adakah kurma tangkai seperti yang tertera (mahu berbisnes sempena Ramadhan ke)? Tetapi kotak tersebut berlubang-lubang, adakah yang terdapat di dalamnya adalah hidupan bernyawa? Bagaimana pula rupa bentuknya? 

Jangan lupa untuk nantikan kemunculan GALILEO GIVENCHY DUKE dan LUNA VERUSCHKA DUCHESS dalam sayasukaarnab.blogspot.com. Yeay!!! =)


Friday 29 July 2011

ARNAB AGRESIF



Tidak tahu di mana silapnya, Tyra kini semakin agresif. Berbeza di awal kemunculannya, kini Tyra kerap mendengus dan tidak gemar dibelai lagi seperti dahulu. Keadaan ni semakin hari semakin parah, sehinggakan aku kini semakin takut untuk memegangnya. Kemuncaknya adalah tadi, ketika aku ingin menangkapnya untuk dibawa berjumpa dengan vet. Almost 20 minutes diperuntukkan untuk menangkap Tyra yang lari ke sana kemari dan akan mendengus setiap kali dihampiri (biasanya petang-petang aku akan lepaskan rabbits bermain dalam rumah). 

suatu ketika dahulu, pasif je...

latest...ni pun jenuh kena berhati-hati sebelum Tyra melarikan diri...

Kedinginannya bukan sahaja terhadap aku dan housemate, tapi Giorgio turut terkena tempiasnya. Apabila Giorgio menghampiri Tyra ketika beriadah santai, pasti dengusan garang yang diterima Giorgio dan kemudiannya Tyra melarikan diri (harap maaf, pic tak sempat nak snap). Hurm, mahu kata aku tidak memberi perhatian kepada Tyra, tidak sama sekali. Kedua-duanya aku layan sama rata, bebaskan tiap-tiap hari, grooming selang 2 hari dan belaian setiap hari. Jadi, mengapakah TYRA SEMAKIN AGRESIF? Hal ini tidak pula terjadi kepada Giorgio, malah Giorgio lebih mudah dan manja untuk di grooming dan dibelai, exactly like a tame pet! Jadi rakan-rakan di luar sana, ada cadangan mahupun resolusi kepada permasalahan ini? Cadangan serta resolusi bernas anda amat dihargai. =)


*fyi KLINIK HAIWAN HAZLIM WERE CLOSED TODAY!!! So memang nasib badan aku lah pergi dan balik tanpa sebarang rawatan untuk rabbits niy…(ready untuk main kejar-kejar dengan Tyra lagi esok…)



Thursday 28 July 2011

KURAP ARNAB!!!


Sekali sekala arnab kesayangan aku akan di lepaskan agar dapat bermain bebas dalam rumah. Mari kita teropong aktiviti seharian Tyra Annabelle Marchesa selaku queen kat rumah sewa ni. 

eyh, ada orang snap pic..pose baik punyeerrr...

wawa...ngantuknya...terlelap sekejap...

nyaman sungguh bersandar di dinding niy...


Wah senang-lenang je Tyra berehat santai. Nampak macam sihat walalafiat kan. Tapi... cuba kita zoom sikit kat bahagian kaki depan tu.


nampak tak sebarang kelainan pada kaki Tyra ni?

mari kita zoom lebih dekat agar lebih jelas...nampak bukan?

Ha!!! Nampak tak kerak-kerak putih bahagian yang tidak berbulu tu? Alamak, macam petanda-petanda awal kurap je. Niy memang nak kena bawa jumpa vet dalam kadar yang segera niy. Tidak boleh tangguh-tangguh, sekejap lagi melarat ke Giorgio pula. Tetapi aku terfikir juga beberapa perkara :

a)        Bagaimana kurap boleh kembali menjangkiti Tyra? Adakah diet harian yang aku berikan menyumbang kepada permasalahan ini?
b)     Ataupun adakah ini disebabkan Tyra suka bermain dibawah sinki dapur rumah sewa aku yang always wet itu? (kaki Tyra always basah apabila melepak dibawah sinki itu.) *fyi, bakteria akan cepat membiak di kawasan yang lembap.

Jadi, yang mana satukah penyebab kurap ini kembali menghinggapi kaki Tyra? Ohh, biar sahajalah vet yang menentukan jawapannya. So nantikan babak esok ~ journey to Klinik Haiwan Hazlim (jadi bersedialah untuk kching, kching kan wang anda..)


*niy hipotesis (ramalan awal) aku sebagai vet tak bertauliah yang mengecheck Tyra and Giorgio, tak tahulah pula jikalau tup-tup esok vet sebenar mengesahkan Giorgio pun kena kurap juga..alahai...

Monday 25 July 2011

VITAMIN UNTUK ARNAB



Last weekend, aku balik hometown kat Selangor. Pada awalnya aku balik niy pun kerana ingin menguruskan kerja-kerja penting yang tidak selesai pada cuti hujung semester lepas, contohnya tempah baju raya (penting sangat ke..hihi), ambil barang yang tertinggal masa start semester baru aritu (aku niy jenis cuai sikit, nasib  baik rabbits tak tertinggal) and etc. Dalam pada masa yang sama, aku juga sebenarnya nak pergi klinik haiwan kat hometown aku yang aku selalu pergi tu. Kenapa??? Mesti semua tertanya-tanya, klinik haiwan di Utara niy dah tutup ke??? Eh, tidak sama sekali. Klinik Haiwan Hazlim tu masih berdiri teguh ditempatnya. Cumanya aku nak beli vitamin warna merah jambu Giorgio dan Tyra yang dibekalkan oleh vet klinik hometown aku tu. Stok vitamin yang sedia ada dah tinggal nyawa-nyawa ikan (nak habis dah), takut tunggu cuti raya baru nak beli, terstop pula regim pemakanan ubat vitamin dorang tu. Pluss aku nak beli ubat selesema dorang yang confirm mujarab dulu tu (sila rujuk entry UBAT UNTUK ARNAB). Bukannya ubat daripada KHH tu tak mujarab, tapi antibiotik tu tak habis guna pun, ada lagi kat rumah. Susah sikit nak guna, after bagi ubat antibiotik kene pula disusuli dengan yogurt (sila rujuk entry LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *THIRD TRIP). Ahaiii… rumah aku niy rumah bujang, mana la nak cari peti sejuk nak simpan yogurt tu. So nak tak nak aku kene balik juga hometown untuk pergi beli ubat-ubatan niy (eyh, balik hometown untuk diri sendiri ke arnab? Alahai, nasib badan tuan korang la Giorgio, Tyra..).
                                                                                                       
Sebelum berangkat menyudahkan semua kerja (yang tidak selesai tu) di luar kawasan Selangor, aku bersama famili singgah la di klinik haiwan tersebut. Masuk-masuk je kedai tu, fuhhh aku tarik nafas lega, nasib baik tak ada anjing. So tanpa melengahkan masa, aku terus ke kaunter klinik dan minta ubat-ubatan tersebut. Selepas beritahu nombor pendaftaran segala kat receptionist, muncullah seorang vet niy. “Encik mahu apa?” vet berkata-kata. “Saya mahu vitamin and antibiotic for my rabbits as what I got for my first treatment here”, balas aku. Dengan muka yang blur vet tu terkial-kial memahami apa yang aku katakan. So aku nampak macam situasi ini akan menjadi sangat lambat (my mum dah pesan, sila cepat!), aku explain sampai lah dia faham. At last, hanya vitamin sahaja yang dia boleh bekalkan sebab tak perlukan pemantauan, tetapi antibiotik tak boleh sebab vet kena check dulu kondisi my rabbits and kene bagi mengikut sukatan yang betul. Ok fine.


vitamin, bau macam strawberry dan sangat digemari Giorgio dan Tyra


Then aku tanya which shampoo yang bagus untuk arnab (memang nak kena beli, dorang tu dah belemoih dengan krim ubat segala), terus dia past ke vet lain (eyh, kau tak faham lagi ke??). Nevermind, aku pun nak cepat niy. So vet ke-2 tu pun tunjuk la shampoo arnab jenama Bengy. Ada 2 jenis warna dan wangian, aku pilih styrawberry, harum dan yummy.


Bengy Spray Shampoo, RM10, mahal ke murah??


Selepas mendengar cara-cara nak mandikan arnab tu kat vet ke-2 niy, aku pun nak bayar lah. Eh, eh, eh..!!! Alamak ada anjing baru keluar daripada bilik rawatan la pula. Siap lalu belakang aku and mengeleng-gelengkan kepalanya. Aku nampak air (tak tahulah air rawatan ke, air apa ke) menitis-nitis daripada lukanya. Ish!!!!!! Siap merembes kat tempat yang dia lalu, dah lah lalu betul-betul belakang aku. Aku dah geli-geleman dah. Habes je bayar, aku melompat-lompat lah nak keluar (bukan kerana seronok yer dapat beli vitamin and shampoo rabbits aku, tapi sebab nak elak daripada terpijak air anjing tadi). Masa dalam kereta aku cerita la kat famili, dorang kata tak nampak air tu terkena kat aku,  tak yah la samak, tapi kalau WAS-WAS KENA SAMAK. And YES, I DO. Hurm, holiday kali niy bukan sahaja dapat beli barang-barang rabbits, tapi siap dapat samak lagi. Nasib oh nasib...

niy la hasilnya, vitamin dan shampoo untuk arnab..

senang jenis niy, tidak perlu bilas..jadi kurang sikit stress Giorgio dan Tyra tu



Tuesday 12 July 2011

TUTORIAL VIDEO *HOW TO GROOM RABBIT


Entry terdahulu sudah memaparkan tentang Cara-cara Menyikat Bulu Arnab dengan panjang lebar. Jadi bagaimana, sudahkah anda mula mengroomingkan arnab anda? Hihi. Bagi menambah kejelasan kepada semua tentang Cara-cara Menyikat Bulu Arnab dengan betul, entry kali niy aku akan tayangkan kepada semua video tutorial yang paling sulung daripada sayasukaarnab.blogspot.com. Jeng..jeng..jeng..!! Selamat menonton!!

so how, are u clear enough about How to Grooming Rabbit?

**oleh kerana ini adalah kali pertama aku hasilkan video, maka segala kekurangan harap di maafi. Kalau ada yang kurang please inform me, at least by next time I can improve it (kalau rajin la..hehe). Terima kasih to semua yang terlibat dalam menjayakan pembikinan video tutorial ini (dan terima kasih juga kat Giorgio yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang video ini dirakamkan).

Saturday 9 July 2011

CARA-CARA MENYIKAT BULU ARNAB


Sememangnya di akui kerja-kerja menyikat bulu arnab adalah kerja yang paling kerap perlu dilakukan dalam aktiviti grooming arnab anda (terutamanya arnab yang memiliki bulu yang panjang). Cara-caranya :

1)     Sediakan arnab anda, helaian surat khabar dan penyikat bulu arnab atau kucing yang boleh dibeli dimana-mana pet shop. Saya memilih sikat dwi permukaan iaitu satu bahagian bergerigi halus dan rapat-rapat (untuk meleraikan kekusutan bulu), manakala permukaan satu lagi memiliki gigi sikat yang lebih kasar (untuk menarik sisa-sisa bulu yang tertanggal).

fuyyoo Tyra jadi model (nasib arini kurang agresif..kalau tak, tukar model lain..hihi)

2)     Letakkan arnab anda di atas surat khabar yang sudah dibentangkan.

letakkan Tyra atas old news paper..

3)  Ambil sikat, dan sikatlah bulu arnab anda dengan permukaan yang bergigi halus. Seterusnya ulang langkah ini dengan menggunkan permukaan bergigi kasar.

sikat guna sikat bergigi halus dan rapat..

diikuti dengan sikat berbulu kasar untuk menarik bulu-bulu yang berlebihan

4)     Hasilnya, bulu arnab kembali terurus (iklan syampoo ke? Hihi).

fewwhhiitt cun lah Tyra..(lepas niy mesti Giorgio tergoda punya! hihi)

DIY *RABBIT CARRIER


Seperti yang telah di janjikan, entry kali niy aku nak tunjukkan macam mana hendak buat rabbit carrier daripada bahan terpakai (niy untuk sesiapa yang mahu menjimatkan kos, especially student macam aku). Paling penting bahan-bahannya ialah kotak kertas A4 atau A3 yang bertutup (tidak kisah jenama apa-apa pun), gunting, pisau dan sedikit alfalfa (sebagai alas kotak).

1)     Mula-mula sekali, kita perlu membuat ruang udara. Kotak kertas A4 tersebut digunting sisinya untuk membentuk ruang petak kecil (guntingkan sahaja mengikut kreativiti anda, asalkan ruang udara tersebut mencukupi untuk arnab anda dan tidak pula membolehkan arnab anda terkeluar kelak). Bagi bahagian yang sukar digunting, pisau boleh digunakan (tetapi pastikan anda berhati-hati ketika melakukannya).

gunting dengan cermat mengikut kreativiti anda

2)     Langkah 1 diulangi dengan menggunting atau memotong penutup kotak tersebut pula.

begini hasilnya setelah siap ditebuk lubang pada sisi dan penutup kotak

3)     Apabila kotak tersebut sudah mempunyai ruang udara, sisa kotak yang digunting tadi boleh digunting-gunting menjadi petak kecil dan ditaburkan dalam kotak supaya boleh dijadikan sebagai alas kotak tersebut.

taburkan ke dalam kotak secara rawak...

4)    Bagi menambahkan lebih keselesaan untuk arnab kesayangan anda, letakkan sedikit alfalfa ke dalam kotak tersebut. Hal ini membolehkan arnab tersebut memakan alfalfa apabila lapar dan tidak pula menjadikan carrier box anda sebagai hidangannya.

letakkan alfalfa hay secukupnya

5)     Siap. Rabbit carrier anda sudah boleh digunakan!

beginilah rupa bentuk dalamannya apabila sudah siap...

jadi bolehlah letak Giorgio dan Tyra ke dalamnya untuk jumpa vet..
(perhatian, sila gunakan saiz kotak yang bersesuaian dengan saiz arnab anda, jangan jadi macam Giorgio dan Tyra kat atas niy sudah..hihi..next time kena separate kan lah dorang niy)

Itu sahaja, selamat mencuba! =)

Friday 8 July 2011

LAWATAN KE KLINIK HAIWAN *THIRD TRIP


Cuti hujung minggu niy tidak ada kuliah. So seperti yang dikehendaki, rabbits aku niy kene bawa pergi jumpa vet lagi. Setelah bertanya kepada blogger lain (thanks to kak Sofiyah) dan google di internet, aku sampailah akhirnya ke Klinik Haiwan Hazlim (KHH). Nak kata dekat je dengan rumah sewa aku, tidak juga. Walaupun agak jauh, tapi okela senang nak cari sebab klinik niy betul-betul tepi jalan utama Jalan Tenggiri, Bandar Sunway.

niy la signboard klinik tu, memang jelas kelihatan daripada jalan utama

Bagi memudahkan urusan berjumpa dengan vet niy, aku letakkan dorang dalam kotak kertas A4 yang ditebuk lubang sana-sini (nanti next post aku tunjuk cara-cara nak buat, senang je just DIY). 

snap masa on the way ke klinik...

Kali niy aku ditemani housemate yang turut memelihara arnab (tetapi just pelihara di hometown dia, Chini, Pahang). Sampai je kat KHH tu terdapat beberapa ’pesakit’ lain yang sedang menunggu giliran untuk dirawat, kesemuanya kucing. 

antara pesakit yang menunggu giliran untuk dirawat

After aku register (yela niy kan 1st time ke klinik niy), sambil menunggu giliran, kami pun duduk la sambil baca buku tentang kucing yang di provided kat KHH tu. Cari-cari juga buku tentang arnab, tapi tidak ada pun. Then after a few minutes menunggu, sampai lah giliran Giorgio dan Tyra untuk dirawat.

Mula-mula Giorgio dan Tyra di timbang berat dahulu. Sedihnya apabila berat Giorgio menurun daripada 0.7kg kepada 0.65kg sahaja. Terfikir-fikir juga aku, silap bagi makan ke sampai boleh menurun berat dia niy. Nasib baik berat Tyra meningkat daripada 0.5kg kepada 0.6kg, jadilah walaupun meningkat 100gram je. After berat badan dorang dicatatkan, Giorgio kena check up dulu. Vet tanya itu dan ini tentang macam mana penjagaan dan pemakanan dorang, grooming dan penyakit-penyakit terdahulu. Semuanya aku explain A to Z daripada start pembelian dorang sampai lah sekarang. Okey, after check up, vet cakap Giorgio kena SELESEMA (as what i expected) and debaran jantung dia agak terganggu. Hal ini mungkin disebabkan stress (mungkin perjalanan daripada Selangor ke Penang tu kot). Vet also said, mungkin disebabkan stress perjalanan yang jauh juga turut menyumbang kepada penurunan berat badannya. Pluss Giorgio sudah terkena kelimumur kat telinga pula, niy mungkin disebabkan cuaca panas ataupun stress (baru hendak sembuh yang kat tengkuk tu, jadi kat telinga pula). So vet cakap dia akan bagi ubat after this check up.

check kelimumur kat tengkuk

nak check kurap pula..

check debaran jantung pula..hurm, ada masalah...

Then Tyra pula kena rawat. Kali niy syok sikit sebab Tyra agak senyap dan kurang agresif (mungkin klinik baru, so malu-malu kucing sikit). Vet beritahu yang Tyra juga kena SELESEMA dan mengalami masalah debaran jantung (niy semua berpunca daripada stress la niy..now tuan dia pula  yang stress memikirkan bila lah dorang niy nak sembuh). Tyra also kena kelimumur kat telinga seperti Giorgio. 

check selesema..sampai terdongak Tyra..

 time check kelimumur kat telinga (nasib senyap ja..)

siap dengar debaran jantung melalui stetoskop...

After check up, aku cakap la kat vet yang before this dorang kena kurap dan diberi makan ubat kurap secara berkala (dah 2 kali) masa kat hometown. Then that vet inform me yang dia kena tengok kondisi rabbits aku dulu sebelum bagi ubat kurap tu (kira tak sewenang-wenangnya lah). So this week dorang tak lah makan ubat kurap. 

Sebelum pulang, aku dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti berikut :

ubat-ubatan untuk Giorgio dan Tyra

krim sapu kat telinga rabbits untuk kelimumur (siap la lepas niy mesti belemoih..)

eyh picagari lagi..untuk apa pula kali niy..??

ini antibiotik, 2 titis seekor untuk sehari secara oral..kaitan picagari tu adalah untuk menyuap natural yogurt kepada arnab anda setelah diberi antibiotiok
**fyi, dalam perut arnab ada bakteria baik..dengan memberikan antibiotik, bakteria baik akan terhapus. jadi bagi mengelakkan kejadian cirit-birit, yogurt perlu diberi sebagai susulan..
(kan yogurt ada bakteria baik untuk perut, manusia mahupun arnab.tak percaya, bolehla cuba..hihi)

Begitulah ceritanya dalam lawatan ke klinik haiwan kali ke-3 niy. Semoga dengan pemberian ubat-ubatan ini, arnab-arnab aku akan cepat sembuh dan lebih sihat daripada selalu. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...