Thursday, 4 April 2013

PENDAFTARAN BUNNY’S JOURNAL ROAD TOUR SHOW VOLUME 3 2013



Bunny’s Journal Road Tour Show (BJRTS) kali ke-3 untuk tahun ini akan diadakan kembali. Ayuh sertainya sekarang! Buat pencinta arnab, ini adalah peluang anda untuk beramah-mesra sesama pencinta arnab dan jangan lupa untuk ajak ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan untuk berlibur memeriahkan aktiviti gathering tersebut. Kali ini bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur, BJRTS menganjurkan pelbagai aktiviti, pertandingan dan juga pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Cuba lihat gambar dibawah untuk maklumat lanjut:

lokasi gathering Bunny's Journal Road Tour Show Volume 3 2013

info gathering, segala maklumat lanjut boleh hubungi urusetia yang tercatit di bawah gambar

salah satu acara, fancy bunny show ataupun pertandingan pakaian arnab beragam

borang pendaftaran yang perlu dicetak dan diisi mengikut kategori yang ingin disertai dan dibawa pada hari gathering berlangsung, jimat masa pendaftaran kelak


Haaa, menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi, silalah hubungi urusetia untuk maklumat lanjut dan juga pendaftaran. Anda masih belum terlambat, tarikh tutup pendaftaran adalah pada jam 8.00 malam hari Sabtu, 6 April 2013. Jangan lepaskan peluang ini, jika tiada aral melintang sayasukaarnab akan jumpa anda di sana. Selamat mendaftar =)




Thursday, 28 March 2013

JOM MERIAH BERSAMA RABBIT HUB PERAK CLUB


Pemberitahuan, pemberitahuan. Buat pencinta arnab serata Perak dan juga Malaysia, kini giliran geng arnab di Perak akan menganjurkan gathering untuk mengumpulkan kesemua pencinta arnab dalam mahupun di luar negeri Perak. Gathering ini akan diadakan pada 31 Mac 2013 bersamaan hari Ahad yang akan berlangsung di Taman Herba Negeri Perak, Gopeng. Segala aktiviti akan bermula seawal 9.00 pagi dan dijangka berakhir sekitar jam 4.00 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik bakal disajikan oleh pihak penganjur. Antaranya ialah kursus asas penternakan arnab, pameran baka arnab, jualan arnab, pertandingan dan sukaneka serta pelbagai lagi. Anda yang turut serta juga akan dapat beramah mesra sesama breeder arnab di samping menambah kenalan baharu. Jika anda berminat untuk menyertai kursus yang dianjurkan, anda bolehlah membuat bayaran sebanyak RM20.00 sahaja. Manakala Pengunjung Taman Herba Negeri Perak ini akan dikenakan caj serendah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Bagi pencinta arnab yang turut mempunyai minat memancing, anda bolehlah membuat bayaran RM10.00 untuk aktiviti tersebut. Segala bayaran dan juga pertanyaan bolehlah dipanjangkan kepada urusetia iaitu:
  1. En.Johar – 012-28388815
  2. En.Erman – 012-5169758
  3. En.Hamdi – 013-6696748

iklan gathering oleh RHPC


Sayasukaarnab berharap semoga ramai pencinta arnab yang dapat memeriahkan aktiviti di Perak kali ini. Selamat bergathering =)




Monday, 18 March 2013

ARNAB UNTUK DIPELIHARA, BUNNIES FOR ADOPTION



Anda merupakan pencinta arnab? Mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara arnab dan berminat untuk memelihara arnab? Kini terdapat 2 ekor arnab yang sangat comel untuk dilepaskan sebagai haiwan peliharaan kepada tuan yang baru. Atas desakan beberapa faktor, penjaga kedua-dua ekor arnab ini ingin menyerahkan arnab tersebut kepada individu yang berminat untuk memeliharanya sebagai haiwan kesayangan. Arnab-arnab tersebut telah dijaga sebaiknya oleh tuan terdahulu dan telah dikasi atau dimandulkan. Lantaran kerana kedua-duanya telah dibesarkan bersama, maka individu yang berminat untuk mengambil arnab-arnab ini sebagai haiwan kesayangan haruslah mengadopt kedua-duanya sekali. 

Berikut merupakan iklan arnab untuk adoption tersebut http://truluvrabbitry.com/2013/03/18/changing-for-the-better/. Jadi jika anda berminat untuk melihat gambar-gambar terbaru bakal arnab yang ingin diadopt, bolehlah layari link tersebut.

Jikalau pencinta arnab diluar sana berminat untuk mengadopt arnab-arnab tersebut, anda bolehlah berhubung terus ke email furrybutts@hotmail.com. Ingin saya ingatkan sekali lagi, pastikan anda telah bersedia untuk memelihara arnab yang ingin diadopt sebaiknya.

Selamat memelihara arnab =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...