Tuesday, 5 February 2013

ARNAB MINI REX JUNIOR UNTUK DIJUAL



Terdapat beberapa anak arnab Mini Rex ingin dijual kepada individu yang berminat. Berikut merupakan antara arnab tersebut:


Breed: Mini Rex
Color: Broken Blue
Sex: Doe
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal
SOLD


Breed: Mini Rex
Color: Broken Blue Otter
Sex: Buck
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal
SOLD



Breed: Mini Rex
Color: Broken Opal
Sex: Buck
Age: 2 months
Sire: MR Broken Blue (3rd Gen Pedigree)
Dam: MR Opal



Arnab Mini Rex ini dijaga dengan baik daripada segi pemakanan dan penjagaan sehari-hari. Sayasukaarnab memberikan pellet Cargill, alfalfa hay dan timothy hay sebagai makanan. Manakala, vitamin neurovit diberikan sebagai supplement kepada anak arnab tersebut. Arnab tersebut dijamin 100% terhindar daripada sebarang penyakit dan berada dalam keadaan yang terbaik. Jika berminat untuk bertanya berkaitan harga dan maklumat lain-lain, sila maklumkan kepada sayasukaarnab melalui ruangan komen mahupun di facebook Sayasukaarnab Blogspot. Selamat memelihara arnab.



Sunday, 20 January 2013

ARNAB HOLLAND LOP DI PLANET KIDS TV2



Kini TL’s Whitney boleh ditonton di Planet Kids yang disiarkan pada setiap pagi Sabtu di TV2. Pasti anda semua tertanya-tanya siapakah TL’s Whitney tersebut dan mengapakah Whitney muncul di kaca TV? Penghujung tahun 2012 yang lalu, sayasukaarnab dan salah satu holland lop kesayangan sayasukaarnab iaitu TL’s Whitney telah mengikuti sebuah pengambaran oleh pihak TV2 untuk disiarkan dalam rancangan berunsurkan pendidikan bagi kanak-kanak iaitu Planet Kids. Rakaman tersebut dilakukan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, terutamanya kanak-kanak mengenai kewujudan baka holland lop yang merupakan antara 47 baka arnab serata dunia yang telah diiktiraf oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA). Sayasukaarnab turut berpeluang untuk memberitahu kepada umum mengenai pemakanan, cara penjagaan dan keperluan arnab holland lop dalam pengambaran ini. Berikut merupakan sedikit rakaman foto ketika sesi rakaman sedang berlangsung.

pengambaran di kawasan rekreasi tepian tasik

pengacara Planet Kids, Iqmal sedang menerangkan tentang arnab holland lop

rakaman foto dalam studio

Jadi untuk mengetahui mengenai arnab holland lop dengan lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan sayasukaarnab dan Whitney dalam program Planet Kids di TV2 pada pagi Sabtu. Selamat menonton.



Sunday, 30 December 2012

BUNNY JOURNAL GATHERING 2012



Sebuah bunny gathering telah dianjurkan oleh Bunny Journal (Facebook) pada Sabtu, 29 December 2012 yang lepas. Buat julung kalinya sayasukaarnab berkesempatan untuk menyertai gathering tersebut.


Pelbagai aktiviti dianjurkan untuk pemilik arnab dan juga arnab-arnab yang dibawa. Antaranya ialah Bunny Fancy Contest, Cabutan Bertuah, Teka Suku Kata, Telefon Rosak, Tiup Belon Terbesar dan pelbagai lagi. Sayasukaarnab tidak terkecuali menyertai aktiviti tersebut. Oleh kerana arnab lain masih dalam kuarantin (molting, bunting, beranak dan masih menyusukan kits), sayasukaarnab hanya membawa Tyra (REW Teddy Bear) bersama untuk menyertai Bunny Fancy Contest. Sayasukaarnab turut menyediakan sepersalinan wedding gown untuk Tyra bagi pertandingan tersebut. Tetapi ketika pertandingan berlangsung, hanya beberapa ekor arnab sahaja yang memperagakan busana, selebihnya tanpa busana. Segan pula kerana Tyra nampak terlebih sudah! Haha. So sayasukaarnab hanya letakkan baju tersebut di sisi Tyra dan Tyra diadili oleh juri tanpa costume. Tanpa disangka-sangka, alhamdulillah Tyra berjaya meraih tempat ke-2 keseluruhan dan membawa pulang hadiah berupa pellet Genesis 500gram, botol air, sedikit makanan ringan serta arnab mongrel (arnab kampung). Keseluruhan aktiviti yang dianjurkan adalah menghiburkan dan bermanfaat bagi peminat arnab seperti sayasukaarnab, terutamanya Bunny Clinic yang disampaikan oleh saudara Tim daripada Truluvrabbitry.com. Gambar mata Tyra yang bewarna merah turut dikongsikan saudara Tim dalam blognya iaitu http://truluvrabbitry.com/2012/12/30/bunnys-journal-gathering-2-0/ . Berikut merupakan antara rentetan aktiviti dalam Bunny Journal Gathering tersebut:

pendaftaran

bunny clinic by Mr.Tim

contestant of the bunny fancy contest

Tyra sedang diadili juri

juri yang menyukai mata merah Tyra

pemenang petama dengan arnabnya, Molly dan hadiahnya, Reko's Rihanna arnab netherland dwarf

Tyra kiri dan Molly kanan

ahli gethering bergambar bersama


Sayasukaarnab berasa beruntung kerana berkesempatan menyertai bunny gathering ini kerana berjaya memperoleh pelbagai ilmu tentang arnab dan berjumpa rakan baru yang sudi untuk berkongsi idea dan input berkaitan dengan arnab. Pastinya sayasukaarnab berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan buat masa mendatang agar industri arnab di Malaysia terus berkembang seiring industri pertanian dan penternakan Malaysia. Terima kasih kepada penganjur, teman-teman yang menyertai dan penaja. Semoga ketemu lagi di masa hadapan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...