Senario pemeliharaan arnab di Malaysia dilihat masih tidak mementingkan
kualiti pemakanan arnab itu sendiri. Sayasukaarnab juga tidak terkecuali, mujurlah sayasukaarnab tidak terlalu berani mencuba sesuatu yang drastik kepada my beloved rabbits. Semua perlu tahu, dengan hanya
mencampakkan pellet (tidak kisah cap apa pun) ke dalam bekas makanan arnab dan
kadangkala memberikan buah-buahan busuk mahupun sayur-sayuran, dedaun yang
dipetik di halaman rumah kepada arnab kita merupakan antara etika yang tidak
wajar dilakukan oleh pencinta arnab. Perkara sebegini hanya akan memberikan
impak buruk kepada kadar nutrisi arnab, bahkan boleh membawa maut. Ingatlah,
arnab tidak boleh makan makanan yang tidak akan dimakan oleh manusia (seperti
buah dan sayur-sayuran lebihan yang telah busuk serta berbahaya). Memanglah
kalau kita letakkan dalam sangkar arnab, semuanya akan habis dimakan. Kesannya
pasti nanti akan menjejaskan kesihatan arnab.
Sayur yang paling mudah didapati dimana-mana pasaraya,
tetapi tidak boleh diberikan kepada arnab ialah salad iceberg ataupun lebih
dikenali sebagai ‘iceberg lettuce’. Salad ini sangat terkenal dalam kalangan
masyarakat Malaysia
kerana menjadi kegunaan seharian kita, terutamanya sebagai hidangan masakan.
beginilah pokok sayur iceberg lettuce
jikalau ingin dijadikan hidangan, sayur ini akan dibelah dan diracik...
Salad
ini mengandungi susu getah yang berwarna putih dan boleh diekstrak untuk digunakan
oleh manusia sebagai pengkhayal dalam ubat-ubatan. Namun jika diberikan kepada
arnab, arnab anda akan mengalami kekembungan dan boleh berlaku cirit-birit. Hal ini kerana sayur ini akan menghasilkan gas ketika proses penghadaman berlangsung dan arnab
tidak boleh sendawa untuk mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut. Jadi kekembungan ini
akan mengakibatkan cirit-birit yang melampau, seterusnya kematian arnab tersayang.
beginilah rupa susu getah yang terhasil daripada sejenis pokok daripada keluarga lettuce
Antara sayuran lain yang
dianggap berbahaya dan sama kesannya seperti salad iceberg kepada arnab adalah daun pokok kentang, daun pokok tomato dan kobis.
daun pokok kentang
daun pokok tomato
pokok sayur kobis
sayur kobis yang sedia dibelah
Jadi, jangan berikan arnab anda sayur-sayuran tersebut (walaupun arnab anda kelihatan suka akannya) agar masalah perut kembung, cirit-birit dan kematian arnab tidak berlaku. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Selamat mencuba =).
*p/s:keseluruhan gambar credits to Google (yela di rumah sayasukaarnab manalah ada sayur-sayuran ini..hehe). Thanks Google.







.jpg)
.jpg)