Saturday, 6 August 2011

NEW MINI REX BUNNY


Mari kita ber POP POP POP KUIZ!!! sebentar. Tahukah anda bahawa arnab yang masih kecil tidak boleh tinggal bersendirian dan ini akan mendatangkan stress seterusnya kematian kepada arnab anda? Tettttttttt... Jawapannya adalah YA. 

Jadi bersandarkan kepada fakta ini, aku segera mencari pasangan kepada Luna agar dia tidak mengikut jejak Galileo. Aku terpaksa membeli pada individu yang sama kerana individu tersebut menjanjikan potongan harga (menggantikan Galileo yang dah mati katanya, padahal still mahal...) dan umur arnab yang sudah melebihi 2 bulan. Jadi, inilah hasilnya...

Galileo Givenchy Duke Jr. 
(sengaja aku letak nama yang sama kerana sebiji macam Galileo, fully black)


dapatlah jadi peneman kepada Luna...tengok tu, baru berkenalan sudah bermesra (nasib baik tak gaduh =) )

*actually setelah diteliti, saiz Galileo Jr. ni lebih kurang je dengan Luna yang berusia 1 bulan setengah. Buat peminat arnab di luar sana, adakah kita boleh menilai usia arnab yang sama spesis melalui saiz badannya? Hurm musykil, musykil...



Friday, 5 August 2011

PUNCA-PUNCA KEMATIAN ARNAB


Seperti yang telah dijanjikan, ini adalah entry mengenai PUNCA-PUNCA KEMATIAN ARNAB. Hakikatnya secara semulajadi, arnab tidak akan menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit untuk mengelakkan mudah dikesan musuh dipersekitaran. Dengan itu, arnab yang dipelihara juga akan seberapa daya menyorokkan penyakitnya sehinggalah menemui ajal, terutamanya untuk arnab yang masih muda. Hurm, no wonder lah Galileo mati tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda menghidap penyakit.

Setelah menjalankan sedikit kajian (rajin sungguh hari ni..hihi), antara penyebab utama kematian bunny atau anak arnab ialah bunny tersebut menghidap tekanan daripada persekitaran. Sepertimana bayi manusia, anak arnab yang masih muda juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik.

Namun malangnya, kemungkinan besar penjagaan rumit ini tidak dititikberatkan oleh sebahagian pengusaha arnab secara komersial. Hal ini kerana kadangkala untuk meraih untung yang cepat dan tinggi, anak arnab yang masih belum bercerai susu akan dipisahkan daripada induknya dan dijual kepada pet shop ataupun pet’s lover. Anak arnab yang masih kecil mempunyai tahap kecomelan dan permintaan yang tinggi buat masyarakat yang gemarkan arnab-arnab comel ini.

kalau dah kecil macam ni, aku pun akan tertawan dan terus membeli...

Lantas, memisahkan mereka dengan ibunya, sekali gus dijual akan dapat mendatangkan keuntungan buat pengusaha tersebut. Tetapi kesannya ialah anak arnab tersebut akan menghidap stress disamping mungkin bakal menghidapi cirit-birit akibat memakan makanan (pellet) yang masih asing bagi perut mereka. Seperti bayi manusia, adakah kita akan bagi anak kita makan-makanan yang keras pada usia bayi? Jadi selayakkan anak-anak arnab ini dilayan sebegini?

Tambahan lagi ketika proses pembelian dan penghantaran, anak arnab ini akan terdedah kepada stress dan risiko jangkitan bakteria serta virus. Hal ini kerana kebarangkalian tinggi anak arnab akan berpindah tempat daripada ladang penternak kepada penjual (pet shop atau individu persendirian) dan kemudiannya berpindah ke tangan individu lain mahupun dibeli oleh peminat haiwan untuk dijadikan pet. Namun adakah anda sedar, sepanjang kronologi proses penjualan tersebut, arnab ini menghidap stress kerana kepenatan mahupun ketakutan. Manusia juga memerlukan rehat setelah melalui perjalanan yang jauh, inikan pula baby arnab yang masih kecil. Dalam pada itu, ketika proses pertukaran tangan ke tangan ini, adakah anda pasti semasa proses pemilihan arnab yang ingin dibeli tersebut, si pembeli memiliki tangan yang bersih, memegang, memilih dan membelek arnab tersebut dengan cermat? Adakah anda pasti anak arnab yang dipilih tidak mengalami sebarang kesakitan, tidak stress dan tidak terhindar daripada sebarang kuman? Sedangkan bayi manusia, kita tatang bagai minyak yang penuh bagi mengelakkan mereka sakit dan menangis, bagaimana pula bunnies tersebut, ada sesiapa yang peduli akan tangisan mereka (teremosi pula..hihi). 

Apabila berpindah daripada satu lokasi ke lokasi yang lain, adakah jenis pemakanan yang sama dibekalkan buat anak arnab ini? Pada usia sebegini perut anak arnab masih lagi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya, maka pertukaran diet dan jenis makanan arnab secara drastik pastinya meningkatkan kadar stress serta mengundang sakit perut, cirit-birit dan selanjutnya kematian!

Secara kesimpulannya, dapat dirangkumkan bahawa Galileo mati adalah disebabkan stress (sebab tahi dia dalam keadaan normal, tidak cirit-birit). Tidak kiralah Galileo stress ketika dalam proses penjagaan penjual tersebut ataupun dibawah penjagaan aku, yang paling penting adalah elakkan daripada membeli anak arnab yang masih kecil. Hal ini dapat mengelakkan daripada wujud masalah stress mahupun cirit-birit kepada anak arnab anda. Jika ARNAB ANDA SUDAH TERKENA CIRIT-BIRIT, SILALAH BERIKAN ARNAB ANDA YOGURT ASLI MAHUPUN YAKULT kerana bakteria baik yang terkandung dalam minuman tersebut mampu menstabilkan semula kondisi perut arnab anda.

fyi, strawberry itu sekadar hiasan. jangan bagi strawberry tu sekali, bertambah sakit la pula perut bunny tu nanti...

tidak ada yogurt, bagilah yakult.untuk memudahkan urusan menyuap, sila gunakan picagari yea...

Tetapi bukankah mengelak itu lebih baik daripada mengubati? Jika aku dah terkena, janganlah sesiapa di luar sana juga ditimpa nasib seperti aku. Berhati-hati membeli dan memelihara arnab, supaya nanti tidak ada yang mati. =)

semoga Luna dan Galileo Jr. membesar dengan sihat, cantik dan menawan...(eyh, yang hitam tu bukan Galileo yea, tapi GALILEO GIVENCHY JR...mahu tahu apa kisahnya dengan Galileo Jr. ini, nantikan di entry yang seterusnya di sayasukaarnab.blogspot.com.jumpa lagi!!!)


R.I.P GALILEO GIVENCHY DUKE


Tidak tahu silap di mana dan apa puncanya, pada pagi 3 Ramadhan 1432H Galileo Givenchy Duke telah pergi buat selamanya. Kecewa dan sungguh terkilan kerana sebelum tidur pada pukul 2 pagi tersebut, Galileo masih boleh makan dengan berselera dan bermesra dengan Luna. Namun, apabila aku bangun untuk bersahur dalam jam 5 pagi, Galileo telah terbaring kaku. Awalnya dalam keadaan separuh sedar (kerana baru bangun tidur lagi) aku ingatkan Galileo tidur. Setelah lampu dibuka, sah, my bunny already dead!

terbaring tak bernyawa dah...

Tidak mengapalah, aku redhakan sahaja pemergiannya. Cuma yang aku terkilan sangat, Galileo tak menunjukkan tanda-tanda awal bahawa dia akan pergi selamanya. Tidak sakit, tidak cirit-birit malahan selera makannya meningkat. Jikalau tidak, bolehlah aku mengambil langkah berjaga-jaga dan sudah bersedia untuk kehilangannya. Aku ada juga bertanya kepada si penjual mini rex ni berkenaan puncanya, namun tiada sebarang jawapan yang diterima. Tetapi apabila aku bertanya tentang bagaimana untuk membeli mini rex yang baru, boleh pula membalas khidmat pesanan ringkas dengan segera. Aku bukannya mahukan duit ataupun ganti rugi, cuma aku inginkan kepastian dimanakah silap aku dalam menjaga bunnies yang baru aku peroleh dalam 4 hari ini, itu sahaja. Tidak mengapalah, nanti aku sendiri akan buat research tentang PUNCA-PUNCA KEMATIAN ARNAB. Nantikan dalam entry yang akan datang… Selamat bersemadi di sana Galileo =(

semoga berbahagia di sana...


khas buat GALILEO GIVENCHY DUKE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...