Entry yang lepas ada sayasukaarnab sebutkan tentang
suatu ubat yang mampu berfungsi sebagai penghilang kelimumur arnab (rujuk HAMA, KELIMUMUR ARNAB ATAU RABBIT WALKING DANDRUFF, MITES). So hari ini sayasukaarnab nak kongsikan
dengan pencinta arnab di luar sana tentang
produk yang telah sayasukaarnab gunakan dan didapati berkesan untuk membunuh
kelimumur dalam kalangan arnab (sebab actually kelimumur ni kan sejenis hidupan yang digelar ‘walking
dandruff’ oleh orang Barat). Produk tersebut adalah Fungus Killer (fungus spray
for pets) keluaran Dr Bunny.
inilah rupa bentuk produk Fungus Killer tersebut
*pic kredit kepada CME Rabbitry
Didatangkan dalam bungkusan kotak kecil warna biru
putih dan dalam kotak tersebut terdapat sebotol spray warna putih yang
mengandungi cecair fungus killer ni. Cecair tersebut bewarna putih jernih dan
anda tidak perlu risau akan warna bulu arnab kesayangan anda terjejas.
Semburlah banyak mana pun, tiada kesan warna yang akan melekat pada bulu arnab.
Sayasukaarnab pun biasa semburkan pada Tyra (arnab baka teddy bear bewarna ruby
eyed white (REW)), tak pernah terkesan pun pada bulunya.
Tyra REW teddy bear rabbit
Bagi pencinta
alam, jangan risau. Cecair tersebut adalah 100% ekstrak tumbuhan semulajadi dan
bebas daripada alkohol mahupun toksid. Senang cerita produk ini memang mesra alam dan
mesra haiwan. Fungsi utamanya ialah untuk merawat kulat dan kuman pada haiwan
kecil sahaja. Contohnya seperti chinchillas, guinea pig, hamsters dan pastinya
arnab. Kekerapan penggunaannya pula adalah bergantung pada keperluan arnab
tersebut. Seeloknya gunakanlah secara kerap mahupun secara rutin. Tetapi perlu
diingat, semakin tinggi kekerapan penggunaan, maka semakin cepat jugalah cecair
tersebut berkurangan. Perlu disarankan, penggunaan produk ini adalah secara
luaran. Tetapi jika arnab anda menjilat dibahagian yang disemburkan tadi,
jangan risau kerana produk ini kan mesra alam, maka tiada kesan sampingan yang
membahayakan. Jika tersembur pada bahagian mata pula, cuci segera bahagian mata
haiwan yang terkena agar tidak berlaku
rengsa. Itu sahaja, mudah bukan.
So jika ada pencinta arnab
diluar sana yang ingin menggunakan produk ini, sila pastikan baca dahulu arahan
pada label kotak sebelum menggunakannya. Anda juga boleh dapatkan produk ini
daripada kedai haiwan yang berhampiran mahupun rakan pencinta arnab seperti CME
Rabbitry. Selamat mencuba =)