Sunday 30 September 2012

CARA-CARA JINAKKAN ARNAB


Arnab merupakan sejenis haiwan yang aktif dan agak agresif jika tidak kena pada tempatnya. Sementelah kini semakin ramai individu yang memelihara arnab, pastinya ada antara mereka yang berdepan dengan masalah arnab yang agresif mahupun sukar untuk dibelai. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor baka (kalau netherland dwarf memang aktif sebab salasilahnya daripada arnab liar), hormon (arnab bunting memang agak agresif), persekitaran (rasa terancam dan tidak selamat) dan pelbagai lagi.

bukan mudah nak grooming arnab kalau agresif, silap hari bulan calar-balar tangan dibuatnya..


antara contoh arnab yang jinak, boleh dibelai tanpa melarikan diri dan tidak bertindak agresif dengan menggigit dan mencakar tangan


Walaupun sedemikian, jangan risau arnab kesayangan kita masih boleh dijinakkan. Berikut merupakan antara langkah mudah untuk menjinakkan arnab anda :

1)  Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda bebas beriadah dan bermain serta belailah arnab tersebut. Jika kita sentiasa meluangkan masa bersama arnab-arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak berasa terancam jika kita memegang mereka.

2)  Pegang arnab dengan cara yang betul. Sentiasa mengangkat arnab anda dengan cara yang betul iaitu memeluk badannya seperti kucing atau pun genggam kulit belakang badan arnab dan tampung punggung arnab dengan tangan lagi sebelah. Ingat, jangan sesekali angkat arnab anda dengan menggenggam telinganya kerana telinga arnab merupakan bahagian arnab yang sensitif, bukan sahaja mengandungi ribuan malahan jutaan urat saraf. Jika arnab berasa selesa dipegang kita, maka arnab tersebut akan merelakan dirinya diangkat oleh kita kelak.

3)  Hadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab. Sekali-sekala ketika menjenguk arnab disangkar, hadiahkanlah mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering. Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya lagi.

4)  Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat akan keadaan persekitarannya, maka arnab akan sentiasa berjaga-jaga dan akan menyerang sesiapa yang cuba menghampirinya (tak kisahlah orang mahupun arnab lain) untuk mempertahankan diri. Oleh itu, letakkan arnab anda ditempat tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensif malahan turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stres dan terkejut itu.


Itu sahaja antara langkah yang dapat sayasukaarnab senaraikan. Hanya 4 langkah mudah, arnab jinak anda gembira. Selamat mencuba =).



20 komen:

  1. HAI,SALAM.saya ni tengah ada baby arnab 7 minggu.baru je beli.tapi takutlah apa2 jadi kt dia.mcm mane nk jage ye?????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Tahniah kerana baru sahaja mendapat baby arnab baru. Bagi mnjaga anak arnab,saudari bolehlah rujuk entry sayasukaarnab yg lepas2 kerana jika ingin dicatatkan disini terlalu panjang. Paling penting penjagaan pemakanan n minuman ibunya, makanan anak iaitu susu ibunya (adakh perutnya kembung memutih setelah mnyusu?) dan kebersihan sangkar. Itu secara ringkasnya lah. Jadi nak tau lbh lanjut, boleh rujuk entry2 yg lepas terutamanya dibawah label breeding,kits,diet dan lain-lain. Terima kasih ;)

      Delete
    2. cuba buka google tulis cara cara penjagaan arnab

      Delete
  2. Salam . Saya nak tanya . Kenapa kalau saya pegang arnab saya dia macam nak gigit saya ?

    ReplyDelete
  3. Adakah arnab semamangnya tiada bunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, tapi susah nk ada. Dia ada time menjerit ketakutan. Kdg ada juga dia berdengkur

      Delete
  4. Boleh ke bagi arnab main dgn roll tisu? mcm mana klu dia gigit dan telan

    ReplyDelete
  5. Assalam...saya ada Arnab...selepas itu bila saya nak pegang ke nak usap2 dia je mesti lari dan cakar menggunakan kuku kaki...macam mana nak buat supaya dia ok jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru beli ke? Mungkin dia baru nk biasakan dgn persekitaran sekeliling yg baru dan owner yg baru. Atau mungkin , Tempat awak belai dan usap dia tu tmpat yg dia xsuka.

      Delete
  6. Kenapa arnab suka gigit jari saya..biasa kuku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jd dia bergurau atau berasa terancam. Atau nakkan perhatian kita.

      Delete
  7. asslm...hai sya ade bli arnab baka lion head...sya nk tnya knapa arnab saya suka menggigit tangan??tpi arnab baka biasa pnya tk..

    ReplyDelete
  8. Assalam..arnab saya kena kacau tikus. Adakah dia rasa terancam.. sbb dia melompat lompat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arnab memang selalu melompat kadang kadang Salam Cara Yang agak pelik Dan menakutkan

      Delete
  9. Hai saya nk tnya knp arnab mata wrna merah

    ReplyDelete
  10. hai assalammualaikum. saya baru je beli arnab berumur 40 hari. saya bawak balik bilik saya. die agresif lari sana sini. pastu cuba dekat2 dgn kite mcm nak gigit. agak2 die just nak bau ke skali package die nk gigit kite?

    ReplyDelete
  11. Kenapa arnab kite jilat jari kita ?

    ReplyDelete
  12. Boleh ke potong kuku arnab?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...