Sunday 16 September 2012

CARA-CARA MEMELIHARA ARNAB



Kebelakangan ini, dilihat semakin ramai individu yang tertarik untuk memelihara arnab atas pelbagai faktor, terutamanya pastilah disebabkan kecomelannya. Hal ini boleh dilihat melalui bilangan pengunjung dalam blog-blog arnab semakin meningkat, bilangan ahli dalam laman muka buku berteraskan peliharaan arnab semakin ramai, penjual arnab dipasar malam ataupun ‘downtown’ semakin ramai dan banyak lagi. Namun, apa-apa yang semua harus tahu adalah pemeliharaan arnab bukanlah semudah A, B, C iaitu beli, bagi makan dan biar. Semuanya lebih dari itu. Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan cara-cara memelihara arnab, rujuk info dibawah.

Tyra semasa junior

Giorgio semasa junior, kedua-duanya sangat comel sehinggakan sayasukaarnab terus memelihara arnab sehingga hari ini 


1)  Beri makanan dan air bersih setiap hari. Pemberian kuantiti makanan adalah berbeza-beza bagi arnab diusia bawah 5 bulan dengan arnab diusia 6 bulan ke atas. Arnab yang usianya bawah 5 bulan perlu diberi makan pellet secukupnya, manakala 6 bulan ke atas harus disukat kuantiti pelletnya bergantung kepada berat dan usia arnab. Timothy hay baik untuk arnab 6 bulan ke atas sebagai makanan ruji iaitu pemberian tanpa had, baik di siang hari atau malam hari. Manakala alfalfa hay baik untuk anak arnab bawah 5 bulan dan untuk induk yang mengandung serta menyusukan anak. Hal ini kerana alfalfa mengandungi kandungan protein yang baik untuk tumbesaran. Sayur-sayuran basah dan buah-buahan boleh diberikan sebagai ‘treat’ kepada arnab anda, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Waktu malam adalah waktu paling aktif bagi arnab, maka arnab akan makan lebih banyak diwaktu malam. Jadi jangan lupa untuk sediakan makanan yang secukupnya dan bekalkan air bersih yang ditukarkan setiap hari.

2) Bersihkan sangkar arnab dengan kerap. Sangkar yang kotor bukan sahaja akan mengundang bakteria, fungus dan juga makhluk perosak serta mampu membahayakan kesihatan arnab, malahan diri anda juga.

3) Beri perhatian kepada arnab anda setiap hari. Bermainlah dan luangkan masa dengan arnab anda sekurang-kurangnya sekali sehari agar arnab anda rasa disayangi. Jika anda merancang untuk melancong atau ke mana-mana sahaja, pastikan ada individu yang boleh membantu anda untuk menjaga arnab anda.

4) Sediakan permainan untuk arnab anda. Tidak perlu barangan mahal, cukuplah sekadar role tisu yang sudah tidak digunakan, mahupun loceng dan biarkan arnab anda bermain bersama barangan tersebut. Pastinya keletah arnab akan mengundang senyum dibibir anda.

5) Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan. Rutin pemeriksaan arnab ke klinik haiwan harus dilakukan, seminimumnya adalah 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan arnab diberi imunisasi merentang penyakit bahaya seperti kurap dan cacing.

6) Lepaskan arnab anda dihalaman yang bebas makhluk perosak. Pastikan arnab dibiar lepas bebas dikawasan yang tidak terdapat haiwan pemangsa dan makhluk perosak seperti kutiu mahupun cacing.

7) Sediakan ruang sangkar yang selesa bagi arnab anda. Jangan letakkan arnab dalam sangkar yang terlalu kecil mahupun terlalu banyak bilangan arnab dalam satu-satu sangkar. Pastikan arnab diletakkan seekor sahaja dalam setiap sangkar bagi memudahkan tugas memantau kesihatan dan proses mengawan arnab anda.

8) Arnab tidak perlu mandi. Lumrahnya, seperti haiwan lain arnab akan membersihkan diri sendiri. Namun jika arnab didapati terlalu kotor, cukuplah sekadar menggunakan ‘dry shampoo’ iaitu shampoo arnab tanpa bilas. Ditakuti jika arnab yang tidak biasa dimandikan akan mati secara tiba-tiba kerana terkejut dengan perubahan suhu badan.

9) Pegang arnab dengan cara yang betul. Jangan pegang arnab dengan mengangkat kedua-dua telinganya sahaja kerana dibahagian telinga arnab terdapat jutaan saraf yang dikhuatiri jika tersalah pegang akan membahayakan arnab anda. Genggam kulit belakang badan arnab dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan lagi atau peluk arnab macam peluk kucing (itu pun kalau arnab anda tidak menendang dan mencakar).

Itu sahaja. Selamat memelihara arnab =)



44 komen:

  1. Finally, update jugak. Hehehe...thank you for the latest post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab mengikuti blog ni. Sekarang sedikit sibuk dengan tugas2 lain, jadi kadangkala sahaja dapat jenguk2 blog. Jika tugas tersebut selesai, sayasukaarnab akan kembali berbloging seperti sediakala.Tq pencinta arnab Nas eyre ;)

      Delete
  2. You're welcome. Since saya pun baru nak mula jinak-jinak dengan arnab. So, blog ni sangat membantu. ^_^

    ReplyDelete
  3. Arnab sy degil btol klu suh msuk sangar ble dlepaskn main dhlmn rumah...dtg dekat je die da lari2..dlm sngkr pndai ddk diam..srnk bce blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangla,die x puas main lagi tu..kalau arnab saya, dah lama lepas,dorang dah puas main, barulah dorang akan duduk diam berehat. Masa tu la saya tangkap dan masukkan dalam sangkar. Seronok baca? Terima kasih. So, jangan lupa nantikan entry terbaharu daripada sayasukaarnab, k ;)

      Delete
    2. 2jam main xpuas ag.time die dok diam brehat pn ble kte dtg die lari. Sy baru mbela seminggu. Sy bcadang nak buat rumah mereka dhalaman rumah. Ada apa2 risiko x? Bila mereka duduk luar mungkin kurang stress. Nanti saya sdh mula blja xla kbosanan. Senang juga parent sy nk mjaga..:-):-):-)

      Delete
    3. Oh baru bela,memangla,die tak mesra lagi dengan tuan die tu. Selalulah bermain dengan arnab tu, lama2 die terbiasa dengan kita,kita datang dekat pun ok je. Buat sangkar dihalaman ok je, tapi pastikan terhindar dan selamat daripada ancaman pemangsa (kucing,anjing), cuaca (tak panas sangat,tak kena hujan)dan bersih persekitarannya. Itu sahaja ;)

      Delete
  4. Owhh.patutlah..sy akan sediakn bumbung dan phadang elak dr hujan.then pagar utk hlg kucing2.harap2 tiada apa y boleh mjejaskn kshtn mreka.syg sgt2 mrka.thankz ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.kalau boleh lokasi sangkar tu jangan ditempat yang terdedah terus kepada sinaran matahari sebab kalau cuaca panas sangat akan boleh membunuh arnab. suhu sejuk ok, tapi kalau panas, arnab boleh mati.kalau ada pokok, binalah sangkar bawah pokok tu.teduh sikit.ok ;)

      Delete
  5. Kawasan sngkr bhmpiran dgn pokok2 bunga dan kolam ikan.sy nk tye,arnab sy smjnk ni asyik bersin.tp sy sndri xtahu bgaimna bunyi bersin mrka.bunyinya seperti sesuatu tsekat di kerongkong..adakh mrka sakit?maaf bnyk btanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je kalau sangkar tu terlindung dari sinaran matahari dan ancaman cuaca yang lain. Kalau bersin tu tandanya selesema. Antibiotik yang boleh didapati drpd vet sahaja boleh menyembuhkan selesema. Supplement tambahan lain seperti vitamin juga wajar diberi kepada arnab agar daya tahan tubuh semakin meningkat. Kalau bunyi tersekat di kerongkong tu, saya tak pasti bunyi apa. Cuba bawa arnab anda berjumpa dengan vet segera. Kerana selesema arnab boleh mengundang maut. Tidak mengapa, teruskan bertanya,selagi saya boleh kongsikan tips, saya kongsi. Sharing is caring ;)

      Delete
    2. Tq. Nak tanya. Perlu letak kain kah dlm sangkar arnab tu

      Delete
  6. Hai,maaf mgngu. Sy nk tanya,arnab memang agresif waktu malam ke? Tiap pagi bangun mesti bterabur makanan mereka. Habis digigit sangkar dan makan dikuisnya.Ada apa2 solution tak? Risau pula saya, siapa lah yang akan beri perhatian time sy mula bljar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ruzana.Arnab akan aktif waktu malam, segala rutin yang dilakukannya waktu malam adalah melebihi rutin waktu siang.Hal ini kerana secara semulajadi haiwan akan aktif diwaktu malam (makan, minum, bermain) kerana dapat melindungi diri dari diburu pemangsa.Jadi, tidak hairanlah arnab saudari akan 'beriang-ria' dimalam hari. Kalau menggigit tu memang perkara normal bagi rodensia dan haiwan sespesies dengannya. Fungsi mengigit tu untuk memastikan gigi tidak terus memanjang. Ada kemungkinan juga arnab anda bunting. Makanan kalau letak makanan sepenuh bekas tersebut, pastinya jika arnab kuis sikit pun akan berserak. Ada arnab yang memang suka menguis (memang normal pun). So saudari bolehlah letak kuantiti makanan suku atau setengah dari kedalaman bekas (sukat ikut usia dan berat arnab).Jadi jika segalanya telah saudari patuhi, tiada apa lagi yang perlu saudari risaukan. Itu sahaja, mudah bukan? Selamat mencuba =)

      Delete
  7. Oh..terima kasih. Saya sangka mereka stress duduk dalam sangkar. Saya akan cuba tips ini. Tidak pasti pula arnab tu bunting. Tapi sebelum ni sy ada meletakkan dia dengan arnab jantan selama seminggu. Sekarang tuan arnab tersebut sudah mgambil arnab tu. Ingatkan die stress tidak bteman sebab sebelum tu die tidaklah seagresif sekarang. Die juga suka myerang arnab jantan lain y brusia 5bulan. Arnab betina sy 7bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bunting tu. cuba kira tempoh masa daripada tarikh arnab tersebut diletakkan bersama,genap 30 hari beranaklah arnab saudari tu...jgn lupa lakukan persediaan sebelum kelahiran arnab.rujuklah entry sayasukaarnab yang lepas2,ada diceritakan apa yg perlu dan lain-lain.selamat maju jaya ;)

      Delete
  8. salam sayasukaarnab sy ni berminat sngt2 membela arnab...dri dlu lg..skrg tgh2 usha arnb bru nak beli..last week testi jaga arnb member mum selama 3 hari..omg teruk sngt..adkh teruk nk menjaga rabit ni???sya pn nk msuk 17 msuk 2013,,,risau mybe arnb next week smpai d rumh jenis tb :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam.mana-mana haiwan yang ingin dipelihara sebaik mungkin mesti ada kesukarannya.paling penting kita kene tahu apa yang perlu dan tak perlu untuk memelihara haiwan tersebut. begitu juga dengan arnab. So apa-apa pun hazel kena tahu cara-cara memelihara arnab dengan baik dan aplikasikannya. boleh rujuk mana-mana maklumat tentang arnab di web, buku mahupun apa-apa sumber yang boleh dipercayai. InsyaAllah, takdelah sesukar mana untuk pelihara arnab dengan baik.

      Delete
  9. saya ada arnab umur 2 bulan...dy mkan pellet je...n duduk dalam sangkar..dy ni asyik mkan je...xpe ke???tkut overload je...saya letak dy dlam sangkar n jarang bermain dgn dy...xpe ke??and sy kna ke bg susu kat dy???rsau jgak tkut nanti arnab sy...lpas 2 macamana nak ajar dy toilet train??tlong la reply cpat...rsau sy...tkut2 mati arnab y...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling penting, pemberian makanan arnab yang baik haruslah mengikut piramid makanan arnab. Kuantiti terbanyak yang harus diberikan adalah hay iaitu alfalfa/timothy hay.seterusnya pellet dan yang paling sedikit adalah manisan seperti carrot, betik mahupun nanas. Jadi dikhuatiri pellet sahaja tidak cukup untuk memenuhi diet anak arnab yg sedang meningkat usia. Digalakkan anda memberinya alfalfa hay dengan banyak agar nutrisi dan protein yg banyak dpt dibekalkan kepada arnab. Kadangkala luangkanlah masa bersama anak arnab anda dan biarkannya lepas bebas diluar sangkar. dengan ini dapat menggalakkan tumbesaran tulang dan otot yang kuat. Jikalau usia 2 bulan, anak arnab telah pun cerai susu. Maka tidak perlulah diberikan susu lagi, cukuplah sekadar air bersih bertapis. Kalau nak latih arnab guna toilet tray, boleh rujuk entry2 sayasukaarnab yg terdahulu. Terima kasih.

      Delete
  10. As salam.. saya baru saje bela arnab. Hr ni hr yg kedua. Saya nak tau bagaimana cara utk membersihkan arnab. Arnab saya sekor br 2 bln dan sekor lagi x smpi sebln.. yang di beritahu arnab x perlu mandi. Cuma sy nak tau cara yg terbaik utk membersihkan mereka..

    ReplyDelete
  11. Salam....saya ada arnab fuzzy loop. tapi kencing dia berwarna putih dan menyembur nyembur hingga ke dinding. Kencing dia berselerak. Nape yer dan adakah cara untuk mengatasinya. Satu lagi... boleh tak beri arnab makan brewer yeast

    ReplyDelete
  12. Bagaimana nak menyusukan anak arnab??..ibu arnab x mahu menyusukan anaknya...ibu arnab ni kerap membiak tp anaknya cuma hidup 2 3 hati sahaja...bantu saya plz

    ReplyDelete
  13. Jom tanam sendiri pokok Alfalfa untuk makanan arnab tersayang.... Biji benih Alfalfa untuk dijual rm50.00 (100gm)...... Harga sudah termasuk kos poslaju. Whatsapp 0132071229.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, slam sejahtera, pokok alfalfa ni sesuai d tnam tmpat yg mcm mna ya? Pokok nya besar mcam apa?

      Delete
  14. saya terlupa bagi arnab saya makan sampai 3 hari sekarang dia baring je taknak makan kenape eh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai betul hati awak sampai 3hari terlupa nk bagi makan kalau sejam dua tu boleh la dimaafkan. ini penganiayaan tau baik awak bagi arnab tu kat orang lain.
      baring tak nk makan tu sebab perut dah masuk angin.awak pun tak makan dlm beberapa jam kan sakit perut.
      kalau saya yang jadi arnab tu saya makan awak biar awak tu sedar aniaya dia tak bagi makan.
      langsung tak logik 3 hari tak bagi makan.
      nasihat saya baik awak bagi arnab awak kat orang lain. arnab saya tk ada makan dlm beberapa jam pun saya dah susah hati ni berhari2. zalim sgt awak ni.

      bagilah dia multivitamin segera untuk pulihkan tenaga dia balik itupun kalau dia masih hidup lagi.

      manusia macam ni mmg ramai pun kat dunia ni

      Delete
  15. saya terlupa bagi arnab saya makan sampai 3 hari sekarang dia baring je taknak makan kenape eh???

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum sis... kalau sy nk potong kuku dia boleh atau pn kikis... tq

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum sis... kalau sy nk potong kuku dia boleh atau pn kikis... tq

    ReplyDelete
  18. salam sis sya bru start bela rebit , yg sekor tuu agk agresif laa . sya letak sngkar dia ats almari . dia terjun keluar dr sngkar tuuu , skrg kaki dia mcm capik sebelah . bila pgg je dia agk mnggelupur . mcm mnaa nk rawat kaki dia tu sis

    ReplyDelete
  19. arnab sy xmao makan pellet la.. lg 1.. die xpndai minum sndiri.. mcm mne nk buat ye..

    ReplyDelete
  20. arnab sy xmao makan pellet la.. lg 1.. die xpndai minum sndiri.. mcm mne nk buat ye..

    ReplyDelete
  21. Hai admin.saya org baru dlm bela arnab.saya nak tanya pasal arnab saya tu.kenapa kulit di bahagian kuku arnab saya nampak kering dan mcm tak sihat saja.apakah itu satu penyakit bagi arnab.tolong bagitahu saya apa arnab saya itu sakit kuku atau kurap

    ReplyDelete
  22. Hai admin.saya org baru dlm bela arnab.saya nak tanya pasal arnab saya tu.kenapa kulit di bahagian kuku arnab saya nampak kering dan mcm tak sihat saja.apakah itu satu penyakit bagi arnab.tolong bagitahu saya apa arnab saya itu sakit kuku atau kurap

    ReplyDelete
  23. mula2 saya bela 2 ekor..sekarang dah beranak 8 ekor..semuanya hidup...saya bagi makamna pallet dan kangkung dan carrot....

    ReplyDelete
  24. Nk tanya kenapa bulu arnab sya tanggal

    ReplyDelete
  25. Arnab tido dlm aircond. Setiap petang mandi. Setiap hari ikut saya keluar jadi saya terpaksa pakaikan pampers ok ke

    ReplyDelete
  26. Arnab sya npa x mkn ap²... Sebb sya bru beli...Harap blh org tolong sya ler

    ReplyDelete
  27. Nk tyk skit .. Kenapa ea arnab sya.. Sya ksih keluar dri sangkar... And dia nk lari pulak.. Plizz tolong.. Tkut nnty dia lari

    ReplyDelete
  28. Slm sy nk tny arnb blh ke bela dlm kwsn yg ad mthri dn cerah

    ReplyDelete
  29. Arnab saya baru keguguran..ada org ckp sy xasingkan dari jantan..adakah itu punca keguguran..1 time bunting..

    ReplyDelete
  30. Saya mahu keluarkan arnab dari sangkar, tapi saya risau dia berak atau kencing, boleh tak saya pakaikan Pampers?. Ke ada solusi lain?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...