MAHA International
2012 (Malaysia Agriculture, Holticulture & Agrotourism International Show)
telah pun melabuhkan tirainya. Dianggarkan sejumlah 3 juta pengunjung telah
membanjiri Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang sepanjang seminggu lebih
penganjuran MAHA 2012. Sayasukaarnab tidak terkecuali mengunjungi Pameran
Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia tersebut. Selain ingin
mencuci mata melihat produk pertanian terbaharu, tujuan utama sayasukarnab
pastilah tertumpu kepada produk berkaitan arnab serta arnab itu sendiri. Menerusi
pemerhatian, tidak banyak booth berkaitan arnab yang dibuka. Sayasukaarnab hanya
berjaya singgah di booth Kuanter Jualan Arnab yang turut menyediakan Rabbit
Park, Agrotech Animal Feed Sdn.Bhd yang menjual produk Genesis serta sebuah
lagi gerai haiwan yang turut menjual arnab.
Sayasukaarnab banyak menghabiskan
masa di Rabbit Park kerana melayan kerenah arnab-arnab yang dilepas bebas dan
boleh diberi makan secara dekat. Cumanya kasihan sayasukaarnab melihat ada
arnab yang lumpuh (mungkin kesan stres daripada cuaca dan orang ramai), arnab
tidak cukup usia (rasa-rasanya dibawah usia 2 bulan sudah dijual) serta arnab diberi
makan carrot/lobak merah oleh pengunjung (carrot mengandungi air yang banyak
dan boleh mengakibatkan cirit-birit terhadap arnab).
pengunjung melihat arnab yang dijual
antara aksesori arnab dan arnab yang dijual
rabbit park yang menyediakan perkhidmatan bermesra dengan arnab
Kemudian, apabila sayasukarnab sampai sahaja di booth Genesis, hari dah malam dan penjaga booth pun dah siap-siap kemas booth untuk ditutup. Jadi tidak banyak yang sayasukaarnab dapat tanyakan kepada penjaga booth. Walaupun begitu, pengunjung booth tersebut masih ramai. Itulah dinamakan penangan Genesis ya.
makanan arnab yang dijual, Genesis
pengunjung yang membanjiri booth Agrotech Animal Feed
antara arnab yang dijual
lagi antara arnab yang dijual
Terakhir
sebelum pulang, sayasukaarnab sempat menjenguk sebuah booth yang menjual
pelbagai jenis haiwan kesayangan, termasuklah arnab.
arnab mix breed yang dijual
pelbagai jenis arnab yang dijual
Itu sahaja tentang jualan
arnab di MAHA 2012. Cumanya, sayasukaarnab tidak pun membeli mana-mana arnab
yang dijual disana kerana bilangan arnab dirumah sayasukaarnab juga telah melebihi
kuota yang sepatutnya. Jadi gigit jari sahajalah lihat arnab-arnab yang
menarik. Diharapkan jikalau panjang umur, sayasukaarnab dapat mengunjungi
pameran MAHA di tahun mendatang dan mungkin menyertainya bukan sebagai
pengunjung sahaja, bahkan sebagai peserta pameran dan jualan. Sehingga berjumpa
lagi dalam http://sayasukaarnab.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment