Arnab merupakan sejenis haiwan yang aktif dan agak agresif
jika tidak kena pada tempatnya. Sementelah kini semakin ramai individu yang
memelihara arnab, pastinya ada antara mereka yang berdepan dengan masalah arnab yang
agresif mahupun sukar untuk dibelai. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor.
Antaranya ialah faktor baka (kalau netherland dwarf memang aktif sebab
salasilahnya daripada arnab liar), hormon (arnab bunting memang agak agresif),
persekitaran (rasa terancam dan tidak selamat) dan pelbagai lagi.
bukan mudah nak grooming arnab kalau agresif, silap hari bulan calar-balar tangan dibuatnya..
antara contoh arnab yang jinak, boleh dibelai tanpa melarikan diri dan tidak bertindak agresif dengan menggigit dan mencakar tangan
Walaupun sedemikian, jangan risau arnab
kesayangan kita masih boleh dijinakkan. Berikut merupakan antara langkah mudah untuk
menjinakkan arnab anda :
1) Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan
arnab anda bebas beriadah dan bermain serta belailah arnab tersebut. Jika kita
sentiasa meluangkan masa bersama arnab-arnab tersebut, pastinya arnab tersebut
akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak berasa terancam jika kita
memegang mereka.
2) Pegang arnab dengan cara yang betul. Sentiasa
mengangkat arnab anda dengan cara yang betul iaitu memeluk badannya seperti
kucing atau pun genggam kulit belakang badan arnab dan tampung punggung arnab
dengan tangan lagi sebelah. Ingat, jangan sesekali angkat arnab anda dengan
menggenggam telinganya kerana telinga arnab merupakan bahagian arnab yang sensitif,
bukan sahaja mengandungi ribuan malahan jutaan urat saraf. Jika arnab berasa
selesa dipegang kita, maka arnab tersebut akan merelakan dirinya diangkat oleh
kita kelak.
3) Hadiahkan treats berupa ganjaran kepada
arnab. Sekali-sekala ketika menjenguk arnab disangkar, hadiahkanlah mereka
sepotong buah-buahan segar mahupun kering. Sambil mengusap bulu arnab, berikan
mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan
tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita
untuk membelainya lagi.
4) Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang
dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat akan
keadaan persekitarannya, maka arnab akan sentiasa berjaga-jaga dan akan
menyerang sesiapa yang cuba menghampirinya (tak kisahlah orang mahupun arnab
lain) untuk mempertahankan diri. Oleh itu, letakkan arnab anda ditempat tiada
gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensif malahan
turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stres dan terkejut itu.
Itu sahaja antara
langkah yang dapat sayasukaarnab senaraikan. Hanya 4 langkah mudah, arnab jinak
anda gembira. Selamat mencuba =).