Friday 17 February 2012

UBAT KURAP ARNAB


Berdasarkan ciri-ciri arnab dijangkiti kurap dalam entry lepas, bahan yang digunakan untuk mengubati kurap arnab adalah seperti berikut :
1.      Bexton (Ivermectin 0.1% Oral Solution)
2.      Picagari tanpa jarum
3.      Dettol

 Bexton (Ivermectin 0.1% Oral Solution)

Picagari tanpa jarum
pi
Dettol pembasmi kuman


Seterusnya langkah-langkah dalam mengubati kurap arnab adalah seperti berikut :
1.      Sediakan Bexton, picagari dan Dettol. Pastikan picagari tersebut adalah baru mahupun telah disterilkan terlebih dahulu bagi membasmi sebarang kuman.

sediakan bahan-bahan yang diperlukan

2.      Sukat Bexton menggunakan picagari mengikut kuantiti yang disyorkan. Sayasukaarnab akan memberi my beloved rabbits Bexton mengikut berat badannya (berdasarkan pengalaman rawatan di klinik haiwan terdahulu yang telah terbukti berjaya mengubati kurap arnabku). Contoh : 0.7kg – 0.7ml. Tetapi bagi siapa-siapa yang masih ragu, sila patuhi jadual dibawah.

sukat Bexton gunakan picagari

Bexton dosage

3.      Berikan kepada arnab. Pastikan Bexton tersebut masuk ke dalam mulut dan arnab anda benar-benar menghabiskannya.

4.      Berikan Bexton dalam tempoh selang 2 minggu. Contoh : kali pertama – 1 Februari 2012, kali kedua – 14 Februari 2012 dan kali ketiga – 28 Februari 2012.

5.      Setelah 3 kali rawatan, kuping kurap akan tertanggal dan kesannya hilang dengan sendirinya. Pastikan arnab anda dirawat tidak lebih daripada 3 kali. Sekiranya rawatan yang berikutnya diperlukan, sila selang 2 bulan kemudian. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya keimunisasian Bexton iantu kurap arnab sudah lali dengan Bexton dan tidak boleh dihapuskan menggunakannya lagi.

6.      Paling penting, pastikan keadaan persekitaran sangkar arnab berada dalam keadaan bersih dan selamat. Gunakanlah pembasmi kuman seperti Dettol untuk membersihkan kawasan persekitaran arnab dan anggota tubuh anda yang terkena arnab yang berkurap. Hal ini bukan sahaja dapat menghalang daripada kurap menjangkiti arnab semula, malah turut mengelakkan daripada kurap tersebut menjangkiti anda.

*PERINGATAN : Jangan berikan Bexton kepada bunnies yang berusia dibawah 3 bulan dan arnab yang sedang bunting. Hal ini kerana dikhuatiri kesan sampingan Bexton yang boleh memudaratkan kesihatan arnab tersebut. Segala langkah berkenaan adalah berdasarkan pengalaman sayasukaarnab yang tidak seberapa ini. Jadi terpulang kepada pencinta arnab diluar sana untuk mengaplikasikan langkah-langkah ini dalam merawat arnab anda.

Bagi pengetahuan semua, Bexton dapat membasmi kurap (hama), di samping cacing dalaman badan arnab. Bekalan Bexton juga boleh didapati daripada penternak arnab yang boleh dihubungi melalui laman maya. Itu sahaja, selamat mencuba.



33 komen:

  1. salam...mana nak dapat ubat nie...
    tanya kat vet diorang cuma ada injection je...agak mahal...1 dos rm15....saya ada 5 ekor yg dah ada tanda2 penyakit nie...
    tanya kat pet shop diorang takde jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Bexton tidak ada dijual di pet shop. Saya dapatkannya daripada breeder2 dan peminat arnab dilaman maya ini. Saya ada lebihan Bexton yang dibeli dahulu, kalau mahu sila tinggalkan maklumat diri anda. Terima kasih.

      Delete
  2. sayasukaarnab, kt mne nk beli Bexton online?bleh tak bg nme blogger tu..arnab sy pon ade masalah yg sme la..

    ReplyDelete
  3. Salam..bole bantu saya dapatkn ubat bexton ni tak?2 ekor arnab saya da kene penyakit kurap ni..bg cream sapu pon x berkesan sgt..kalo ada, bole contact sy kat 0132995122(zul)..thanx

    ReplyDelete
  4. Boleh x saya nak bli dri sayasukaarnab ubat nie....saya ada seratus lebeh arnab....dan ada arnab luar yg saya dpt dri luar yg rupanya ada kurap....skrang dh byk arnab yg saya bela berjangkit dgn arnab tu....please k...nie no phone saya...(0135881884)ayu...klo bleyh saya nak ubt nie dlm masa yg cepat....please yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ayu,setakat ni sayasukaarnab tidak ada lebihan ubat kurap ni untuk dijual. mungkin ayu boleh cuba dapatkan daripada pencinta/breeder arnab yang lain. atau pun ayu boleh dapatkan rawatan di klinik veterinar kerajaan, harganya sangat berpatutan. maaf ye saudari ayu.

      Delete
  5. Salam. dekat mana saya boleh dapatkan bexton ni? Saya da msg kt fb, blog yg berkaitan arnab tpi mereka xbg respon pun. Arnab saya sangat memerlukan bexton ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Saya pun dapat bekalan daripada breeder2 tersebut, mungkin setakat ni stock habis. Saya punya pun akan expired pada Januari2013, so mmg x dapat nak membantu. Maaf ye.

      Delete
  6. Kalau arnab bunting y kene kurap pula cmane ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut penternak arnab yang lebih berpengalaman, mereka kata boleh diberikan bexton. Tetapi, sayasukaarnab sendiri akan cuba elakkan untuk memberi sebarang ubat berunsurkan kimia kepada arnab yang sedang bunting. Dikhuatiri akan menjejaskan kandungan ataupun kesihatan anak yang sedang menyusu. Jadi, sayasukaarnab akan biarkan induk tersebut sehingga beranak dan anaknya cerai susu, barulah ubat kurap tersebut diberikan. Selamat mencuba.

      Delete
  7. Assalamualaikum..nak tny,mana nak dapat ubat ni?..saya ada 5 ekor arnab yg kn kurap..brp ye harge ubat bexton ni sbotol?..sy duk area s.alm..

    Siti
    013-3003962

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Maaf reply lambat, insyaAllah jika ada stock saya akan beritahu saudari ye. Tq.

      Delete
  8. salam,boleh pm sy x mn nk dpt bexton ni? mira-0192627637

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Maaf reply lambat, jika ada stock saya akan jualkan kepada saudari ye. tq.

      Delete
  9. Salam, sy nak kan bexton tue boley x? yg dettol tue apa fungsinya? nnt tlg pm sy yer via email normalaMY86@gmail.com
    sgt2 memerlukan pertolongan sayasukaarnab nie.hmm arnab sy sakit sbb kurap tue la. please yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Maaf reply lambat. Jika ada stock, saya akan maklumkan kepada saudari. tq.

      Delete
  10. salam...bley x saya nk beli bexton dr tuan...ni emel saya...balqishraihana@gmail.com....

    ReplyDelete
  11. Assalam.... selain daripada bexton, da x ubat lain yang boleh sembuhkan arnab x ?....... sebab arnab saya waktu kena kurap tu hanya pakai ubat penyebur shaja tpi x baik juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Hakikatnya terdapat pelbagai jenis ubat kurap di pasaran. Namun, sayasukaarnab lebih mudah dan percaya dengan kemampuan Bexton dalam menghilangkan kurap. Ada ubat kurap lain yang menggunakan kaedah suntikkan dan ada yang hanya perlu disembur,terpulang kepada pencinta arnab untuk memilih prosedur dan jenis ubatan untuk rawatan kurap arnab. Apa-apa yang cuba sayasukaarnab cadangkan adalah, gunakan sahaja Bexton kerana mudah diberi secara oral kepada arnab dan didapati mujarab.tq

      Delete
  12. Pm hrga brxton ny kt sya bleh pencintaarnab...0179763197 keyrol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tiada stok ubat bexton tersebut buat masa ni. Kalau masih berminat, boleh pm individu dibawah. Trima kasih.

      Delete
  13. salam tuan tanah. saya ade membekal ubat kurap untuk arnab dan ubat2 lain. mengikut pemahaman saya tuan bukan menjual ubattapi berkongsi ilmu. jika saya salah boleh padam coment sy ni.. tq. :)

    http://arnab-banting.blogspot.com/2012/06/ubat-selsema-oral-solution-ubat-selsema.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, saya tidak menjual ubat-ubatan, tetapi jika ada stok yang lebih, saya akan share dengan pencinta arnab lain.

      Buat pencinta arnab yang masih berminat untuk mendapatkan ubat-ubatan arnab, sila hubungi individu ini.Tq.

      Delete
  14. Sesapa di alor setar bleh dptkan ubat ni di kedai e-world dkt jln stadium
    Baru je beli 3 hari lps

    ReplyDelete
  15. Nak tanya kenapa saya bagi makan xde kesan. tapi sekali makan jela. pastu bulu dia terus kerap gugur.

    ReplyDelete
  16. Blh bantu sy dpat kan ubat bexton ni x?? Blh pm sy 01127749557 untuk sbrang information tntng cra nk dptkan ubat bexton

    ReplyDelete
  17. Blh bantu sy dpat kan ubat bexton ni x?? Blh pm sy 01127749557 untuk sbrang information tntng cra nk dptkan ubat bexton

    ReplyDelete
  18. Blh bantu sy dpat kan ubat bexton ni x?? Blh pm sy 01127749557 untuk sbrang information tntng cra nk dptkan ubat bexton

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  21. Mane nak cari ubat ni ye kalau ade sila msj saya 0176261731 saya btol2 perlukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...