Monday 9 January 2012

UBAT ARNAB STRESS


Kebiasaannya my beloved rabbits akan dilepas bergerak bebas di dalam rumah bagi membolehkan arnab-arnab ini aktif dan bergembira bersama-sama keluarga. Dalam pada itu, membiarkan arnab bergerak bebas mampu  mengelakkan stress kepada arnab, melancarkan lagi peredaran darah dalam tubuh arnab ini, sekali gus menjamin tahap kesihatan yang lebih baik (seperti manusia, arnab juga perlu bersenam untuk hidup sihat dan kuat). Hal ini merupakan langkah paling asas dalam mengatasi stress arnab (tetapi kalau sudah sampai tahap stress yang kronik, preskepsi ubatan daripada vet adalah diperlukan). 

Lantaran itu, bagi membolehkan pergerakkan arnab kesayanganku ini tidak terbatas, rabbits ini akan dilepaskan dihalaman rumah pada hujung minggu. Selain dapat menghirup udara yang lebih segar, my beloved rabbits akan turut terkena tempias sinaran Matahari petang yang sedikit sebanyak sebenarnya mampu membunuh bakteria pada bulu arnab (jangan pula jemur arnab dibawah Matahari terik, dikhuatiri arnab bertambah stress kerana terkejut, seterusnya boleh mengakibatkan kematian). Minggu ini giliran Tyra’s family untuk beriang-ria di halaman rumah. Saksikanlah gelagat si comel ini keriangan. =) 


Tyra dan keluarga berkejar-kejaran...

Menginjak usia 3 bulan memperlihatkan Istabella begitu mirip kepada induknya...

Geese dan Istabella hanya bermain di sekeliling carriernya, mungkin kerana masih takut-takut untuk mengeksplore halaman rumah...

Berbeza dengan Selita, jauh meninggalkan yang lain...

Si comel Istabella Barbosa, semakin gebu daripada sehari ke sehari...


Begitulah gelagat arnab-arnabku tatkala dilepas bebas. Kadangkala terasa, bukan sahaja melepaskan my beloved rabbits ini dapat mengurangkan dan mengatasi stress arnabku, namun diri sendiri juga terasa terhibur melihat kelatah mereka yang pastinya mencuit hati. Ingin rasai pengalaman sebegitu? Selamat memelihara arnab. =)



7 komen:

  1. ya allah, sampai tak nampak mata dah... cantik..

    ReplyDelete
  2. tula, gebu sungguh. sebijik macam induknya masa kecil-kecil dulu. peminat arnab juga?

    ReplyDelete
  3. ada x org bawa jln2 arnab pakaikan dia tali yg mcm anjing tue? sbb sy ade bela arnab.. nak bawa jln2 kat taman bagi lepas takut hilang. so nak taw boleh ke x? if boleh sy nak buat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye,tentu sekali boleh sekiranya saiz tali tersebut berpadanan dengan saiz arnab anda. Jadi, saudari hanya perlu mencari saiz tali yg sesuai untuk arnab saudari dan bolehlah membawanya bersiar2 di taman. Tetapi sila pastikan dikawasan taman tersebut tidak ada anjing dan kucing liar yang boleh menerkam arnab saudari sekelip mata. Hati-hati. Selamat beriadah bersama arnab tersayang ;)

      Delete
  4. Kalau dah lps,dia x lari ke n nt x ssh nk tngkp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. setakat ni arnab sayasukaarnab masih dalam kawalan n mudah untuk ditangkap pabila dilepaskan. Ada yang tahu sendiri untuk balik ke sangkar. ;)

      Delete
  5. macam mana nak ajar dia buang air kat tempat yang sepatutnya bila lepas dia brmain?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...